Quantcast
Channel: Mimpi Senja
Viewing all 2146 articles
Browse latest View live

Lelaki Saman Hospital Sebabkan Kemaluan Pendek 3 Sentimeter

$
0
0

Kemaluan lelaki warga Kanada ini dikatakan pendek tiga sentimeter selepas menjalani pembedahan.


SEORANG lelaki mendakwa pembedahan ke atas kemaluannya menyebabkan ukuran alat kelaminnya itu menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter.
Berikutan itu, lelaki itu sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak hospital sebanyak £90,000 kerana cuai apabila tersalah diagnos penyakitnya hingga menyebabkan beliau menanggung kesakitan.

Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital.


Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya.

Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberitahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sedikit trauma dan kemudian membenarkannya pulang.

Bagaimanapun, lelaki itu yang juga penghidap paraplegik iaitu bermasalah rangsangan deria mendakwa insiden itu menyebabkan beliau gagal untuk mengadakan hubungan seks.

Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga bulan baharu pihak hospital memaklumkan kemaluannya retak dan perlu dibedah.

Pembedahan itu menyebabkan beliau 'kehilangan' kira-kira tiga sentimeter panjang kemaluannya, selain kesan parut kekal.

Lelaki berasal dari Quebec, Kanada itu juga mendakwa pembedahan di Hospital Le Gardeur di Montreal itu menjadi punca keruntuhan rumahtangganya kerana beliau tidak mampu mengadakan hubungan seks selama dua tahun.

LHDN pilih kasih, beri diskaun kepada hartawan, kata Utusan

$
0
0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilihat lebih memberi layanan istimewa kepada hartawan dan syarikat besar berbanding pembayar cukai individu, kata Utusan Malaysia.
Pengarang akhbar milik Umno itu yang menggunakan nama Awang Selamat menerima laporan daripada pembayar cukai individu terhadap sikap pilih kasih LHDN dalam urusan kelewatan membayar cukai.
“Antaranya aduan memohon pengurangan denda kerana terlewat membayar cukai, yang bukan saja tidak dilayan malah tidak dijawab surat rayuan mereka.
“Lain pula ceritanya apabila berurusan dengan seorang bilionair sehingga boleh mendapat 'diskaun' lebih RM100 juta.
“Itu pun melalui ansuran selama 18 bulan, yang rakyat biasa tidak akan menikmati diskaun dan kelonggaran luar biasa itu,” katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Bagaimanapun, Awang Selamat berkata, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan namun ia sememangnya hangat diperkatakan.
Katanya kes berkenaan melibatkan kepentingan umum dan Utusan Malaysia menggesa LHDN tampil memberikan penjelasan.
“Memandangkan ia isu kepentingan awam, LHDN wajar tampil memberi penjelasan termasuk menafikannya jika hal tersebut tidak benar,” katanya.
Awang Selamat berkata, jika ketirisan berkenaan tidak ditangani secara serius, Malaysia akan menjadi seperti Mexico yang kehilangan 30% hasil pendapatan akibat penipuan dan mengelak daripada membayar cukai.
“LHDN boleh mengutip lebih banyak hasil jika lebih efisien dan tidak mengira bulu.
"Aneh di Malaysia, tiada jerung besar yang didakwa kerana kesalahan tersebut walaupun gejala itu diketahui berlaku,” katanya.
Penulis itu turut memberikan contoh pengerusi Kumpulan Samsung, Lee Kun-hee dari Korea Selatan yang didakwa kerana mengelak membayar cukai.
Pada Julai 2008, Mahkamah Seoul mendapati Lee bersalah kerana mengelak daripada membayar cukai dan dikenakan RM318 juta.
Awang Selamat turut menyentuh isu rasuah di kalangan penjawat awam yang disifatkannya dahsyat dan memalukan.
Katanya, terutama kes yang melibatkan penyeludupan diesel bersubsidi di darat mahupun di laut.
“Di darat, ada pihak bekerjasama dengan sindiket termasuk membocorkan maklumat operasi serbuan. Ini meliputi segelintir petugas sebuah kementerian dan agensi penguatkuasa.
“Siasatan yang dilakukan mendapati ada anggota bawahan memiliki wang dalam akaun berjumlah RM1 juta dan pegawai mempunyai RM40 juta.
"Di laut pula, ada kalangan pegawai agensi yang mengambil 'tol' bagi setiap kapal yang menyeludup diesel. Sebab itu, aktiviti penyeludupan diesel dan penjualannya di pasaran gelap berleluasa," katanya.
Awang Selamat berkata, ‘pemenang’ dalam isu ini adalah penjual diesel haram dan operator nelayan.
Utusan Malaysia menggesa Putrajaya tampil dengan kaedah baru bagi memastikan diesel bersubsidi diterima golongan sasar.
“Formula lama pengagihan subsidi hanya memperkasakan golongan yang kaya raya, orang asing, dan membiakkan gejala rasuah,” katanya. – 15 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lhdn-pilih-kasih-beri-diskaun-kepada-hartawan-kata-utusan-malaysia#sthash.jERcWACK.dpuf

Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan

$
0
0
Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan
ASM pertahan imej JAKIM, tidak gentar dikecam

KUALA LUMPUR: “Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusanstatus halalyang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”


Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal olehJAKIMmencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.

Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesaKementerian Kesihatan Malaysia(KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujianDNA babike atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja.”

Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.

Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.

Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam  175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal.

Orang jahil sahaja kata hudud tidak adil

$
0
0


HARAKAHDAILY | .

SERDANG: Pihak yang mendakwa kononnya undang-undang jenayah syariah atau hudud, sebagai tidak adil, malah memperlekehkan perkara ini, hanya menampakkan sikap jahil mereka sendiri.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mereka ini sebenarnya telah gagal memahami hikmah kehebatan undang-undang yang menggerunkan orang untuk melakukan kesalahan.

Sebab itu katanya ada dikalangan tertentu yang mengatakan seperti "jika undang-undang hudud ini dilaksana, maka ramailah kena potong tangan".

"Adalah salah akal jika memahami bahawa rakyat akan berlumba-lumba untuk mencuri supaya dipotong tangan dan kaki.

"Apa yang sebenarnya berlaku, ramai kalangan penjenayah akan bertaubat," kata beliau dalam ucapan perasmian Seminar Tegak Syariat Islam. (Tegas) di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasruddin Hassan yang juga pengarah program.

Katanya, undang undang jenayah syariah adalah bersifat mendidik, bukan menghukum.

Malah ujarnya, ianya mempunyai syarat yang ketat untuk dikenakan hukuman dan hakim pula perlu mencari jalan dengan seboleh-bolehnya untuk membebaskan pesalah.

Dalam pada itu beliau berkata, perjuangan ke arah pelaksanaan undang-undang Islam ini perlu didahului dengan ilmu dan kesedaran.

Pada masa ini, apa yang wajib katanya adalah membetulkan kefahaman dan menjelaskan salah faham terhadap kekeliruan yang ditimbulkan.

Apatah lagi kata beliau, di saat negara kini sedang berdepan masalah jenayah berat tanpa mengira kaum yang sehingga kini tiada satu pun undang-undang ciptaan manusia dapat mengatasinya.

Dalam seminar sehari ini juga, beberapa kertas kerja turut dibentangkan.

Antaranya kertas kerja bertajuk Kanun Jenayah Syariah: Hikmah Pelaksanaannya yang dibentangkan oleh Musyrif Pondok Sungai Durian Dr Abdul Basit Abdul Rahman.

Kertas kerja bertajuk Kanun Jenayah Syariah: Menegakkan Syariat Islam Satu Kewajipan pula dibentangkan oleh Pemangku Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik pula bergandingan dengan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali membentangkan tajuk Kanun Jenayah Syariah: Kejamkah Pelaksanaanya?

Satu lagi kertas kerja bertajuk Kanun Jenayah Syariah: Mendepani Undang-Undang Negara, dibentangkan oleh Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar. -HARAKAHDAILY 15/6/2014

PKR dakwa Syed Mokhtar untung RM2 bilion kerana pengecualian duti import beras

$
0
0

Ahli Parlimen PKR hari ini mendakwa Tan Sri Syed Mokhtar dapat untung RM2.25 bilion daripada pengecualian duti import beras melalui Bernas. – Gambar The Malaysian Insider.Ahli Parlimen PKR hari ini mendakwa Tan Sri Syed Mokhtar dapat untung RM2.25 bilion daripada pengecualian duti import beras melalui Bernas. – Gambar The Malaysian Insider

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung dalam satu kenyataan berkata, melalui peningkatan tahunan dijangka untuk import beras, Syed Mokhtar yang menguasai Bernas akan terus mengaut keuntungan besar memandangkan syarikat itu monopoli pasaran beras negara.
"Saya terkejut dengan pendedahan menteri pertanian di Parlimen, dalam lima tahun sahaja kerajaan mengecualikan kutipan bernilai RM2.25 bilion (atau purata RM450 juta setahun) atas duti import bagi beras yang diimport oleh Bernas dari 2008 sehingga 2013.
"Statistik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menganggarkan import beras Malaysia pada 2014 akan meningkat sebanyak 24% berbanding tahun 2013, daripada 890,000 tan beras kepada 1.1 juta tan beras pada tahun 2014," katanya dalam kenyataan itu.
Gooi berkata, Bernas mempunyai monopoli ke atas import beras dan dikecualikan daripada membayar duti import ke atas beras.
"Kerajaan melalui perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan Bernas melanjutkan status pengimport nasional tunggalnya untuk beras daripada tahun 2011 sehingga 2021," katanya.
Katanya Bernas juga menghasilkan beras Super Tempatan 15% (ST 15%) untuk golongan berpendapatan rendah dan isi rumah miskin dan mendapat sejumlah besar subsidi kerajaan, sebanyak RM800 setiap tan beras.
"Adalah satu kemungkiran besar kerajaan terhadap kepentingan awam untuk membenarkan Syed Mokthar untuk menyahsenaraikan keluar Bernas berdasarkan surat peribadi yang ditulis oleh Syed Mokhtar kepada menteri pertanian sendiri yang tidak mempunyai nilai langsung dalam undang-undang, seperti yang dinyatakan oleh menteri dalam Parlimen," katanya.
Beliau berkata, jawapan yang diterimanya di Parlimen oleh menteri mendedahkan Syed Mokhtar memberikan akujanji peribadi, yang antaranya termasuk menjamin kepentingan padi dan beras negara.
Dalam proses penyenaraian semula Bernas, 10% saham dalam IPO Bernas akan diperuntukkan kepada kerajaan untuk Persatuan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).
Selain itu, Gooi berkata, surat peribadi itu juga mendedahkan Syed Mokhtar akan menyumbang setiap tahun kepada program kebajikan Nafas dan Nekmat selama lima tahun atau sehingga proses penyenaraian semula di Bernas selesai.
"Saya mengatakan surat peribadi swasta Syed Mokhtar kepada menteri, di sebalik kekayaan peribadinya dan pengaruhnya, adalah sekeping kertas tidak bernilai," katanya.
Surat itu katanya tidak terikat dari aspek perundangan dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Bernas kerana Syed Mokhtar bukanlah satu pihak kepada perjanjian konsesi yang ditandatangani antara Bernas dan kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab sosialnya yang dikenakan oleh kerajaan sehingga 2021.
Beliau berkata, surat itu tidak mengenakan sebarang tarikh akhir atau tempoh masa untuk penyenaraian semula Bernas.
"Bilakah ia akan disenaraikan semula, dalam lima atau 10 tahun?" soalnya.
"Dengan tiada tarikh yang pasti untuk penyenaraian semula, Bernas tidak akan tertakluk kepada penelitian awam atau penyeliaan Bursa Malaysia melalui peraturan-peraturan dan prosedur-prosedurnya yang ketat dan tegas mengenai laporan yang wajib diberikan tentang operasi syarikat – dan ini amat memudaratkan kepentingan negara kita," katanya.
Beliau menambah, tindakan kerajaan dalam cara mereka mengendalikan dan membenarkan Bernas dinyahsenaraikan sehingga menjadi sebuah syarikat milik penuh persendirian dan dimiliki oleh seorang individu, adalah kronisme yang paling teruk sekali. – 15 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-dakwa-syed-mokhtar-untung-rm2-bilion-kerana-pengecualian-duti-import-be?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.zmlJ0riT.dpuf

Isteri muda Bade, Aida Abdul

$
0
0
Umum ketahui mengenai berita suami Erma Fatima iaitu Bade telah berkahwin sekali lagi dengan gadis pilihan hati yang berusia awal 30-an bernama Aida Abdul.
Buat masa ini, pihak media masih tidak memaparkan lagi gambar-gambar majlis perkahwinan yang berlangsung di Cherating namun forum kuat gosip mak jemah di forum cari sudah mula membincangkan siapakah gadis yang menawan hati Bade itu.
Gambar sudah mulai tersebar di forum dan kini semakin menjadi hangat

Wah kemain mesra lagi Aida Abdul dan Bade bergambar bersama-sama macam ni dalam Insta. Gambar penuh selepas ini.

Lagi penculikan di Lahad Datu : Seorang penjaga pusat ternakan ikan dan seorang suku kaum Suluk dilarikan empat lelaki bersenjata di Kunak ... mana Esscom?

$
0
0
Dengan segala usaha yang dibuat pihak berkuasa, nampaknya belum berhasil menangani kejadian penculikan di perairan Sabah.

Dalam satu kejadian terbaru awal pagi Isnin, dua lelaki - seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum Suluk - dilarikan oleh empat lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, di Semporna, Sabah.

Menurut laporan awal, penjaga pusat ternakan itu Chan Sai Chiun, 32, berasal dari Perak dan lelaki Suluk itu yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an.


Mereka diculik empat lelaki bertopeng dan bersenjata kira-kira pukul 12.40 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, dua suspek naik ke atas rumah di pusat ternakan ikan itu manakala dua lagi menunggu di dalam bot.

Mereka dikatakan diculik kira-kira jam 12.40 tengah malam tadi di pusat ternakan ikan milik syarikat Davel Bay di Semporna.

Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.

Pada 6 Mei, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.-16/6/2014

Kes Culik Di Kunak: Seorang Mangsa Berjaya Terjun Dari Bot

$
0
0
LAHAD DATU: Salah seorang daripada dua orang yang diculik oleh lelaki bersenjata Filipina dari pusat ternakan ikan dalam sangkar berhampiran Kunak di pantai timur Sabah awal Isnin telah berjaya melarikan diri. 

Difahamkan, pekerja yang hanya dikenali sebagai Maslan itu bertindak terjun dari bot laju kumpulan lelaki bersenjata, manakala penternak ikan Chan Sai Chiun dari Perak masih tidak diketahui nasibnya. 

Maslan dipercayai melarikan ketika bot itu memecut dan berenang naik ke darat untuk membuat laporan polis.


Kumpulan lelaki bersenjata itu telah menculik Chan dan Maslan kira-kira pukul 12.45 pagi dari pusat ternakan di Kampung Sapang di Kunak kira-kira 60km dari sini.

Bersenjatakan senapang, dua lelaki bertopeng menyelinap masuk ke kawasan yang gelap yang merupakan kawasan tempat tinggal pekerja pusat ternakan ikan itu dan menculik dua orang yang sedang tidur di dalam bilik mereka, menurut sumber.

Mereka berkata Chan dan Maslan telah ditolak ke dalam sebuah bot laju dengan kelajuan 40 kuasa kuda di mana dua lagi rakan sejenayah dilihat menunggu di dalam bot berasingan.

Berita penculikan awal DI SINI

Kesatuan TNB: Singkir YTL dari industri tenaga

$
0
0

Kesemua empat kesatuan pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) bergabung dalam satu demonstrasi hari ini bagi menggesa kerajaan menamatkan pertalian dengan konglomerat YTL Corp.

Kesatuan dianggotai 35,000 orang itu menggesa agar TNB tidak memperbaharui perjanjian pembelian tenaga dengan YTL apabila ia tamat pada 2015, kerana firma itu didakwa masuk campur dan mendapat keuntungan besar dari sektor tenaga penting negara.



Mereka turut menuntut agar TNB menghentikan kerjasama dengan YTL Power untuk projek Track 4A – satu cadangan baru untuk loji tenaga di Johor, yang baru dianugerahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

“Pastikan YTL tidak diberikan apa-apa projek janakuasa tenaga atau elektrik di negara ini," kata presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB (TNBJOU), Mohd Roszeli Majid kepada pemberita di luar ibu pejabat TNB Kuala Lumpur hari ini.

“Kami ada pengalaman buruk dengan mereka. Sekali tersengat, selalu beringat," katanya yang menambah, kerjasama itu perlu dihentikan demi masa dengan generasi akan datang," katanya. - Malaysiakini

ADUN UMNO Kepala Batas diberi projek pembinaan & penyelengaraan UiTM Pasir Gudang - Rafizi

$
0
0


Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa satu kontrak pembinaan dan penyelenggaraan untuk kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Pasir Gudang diberikan kepada seorang ADUN Umno Pulau Pinang.

Rafizi mendedahkan bahawa kontrak tersebut diberikan kepada satu firma, yang mana 20 peratus pegangan dalam syarikat itu dipegang oleh ADUN berkenaan.

Beliau mendakwa demikian berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.



"Penyata kewangan syarikat itu menyatakan kedudukan asetnya hampir RM6 juta tetapi pendapat tahunan hanya RM150,000,” katanya.

Malaysiakini sedang menghubungi ADUN terlibat untuk mendapatkan maklum balas beliau. Namanya tidak disiarkan buat masa ini. - Malaysiakini




Jawapan Perdana Menteri kepada soalan Parlimen saya bertarikh 10 April 2014 mengesahkan bahawa satu perjanjian konsesi telah ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan Cosmic Dimension Sdn Bhd bagi pembinaan UiTM Kampus Cawangan Pasir Gudang yang akan dibina oleh Cosmic Dimension Sdn Bhd dan disewakan kembali kepada UiTM.
Dalam jawapan yang sama, Perdana Menteri mengakui bahawa kos kampus adalah di antara RM280 juta ke RM315 juta tetapi UiTM terikat dengan satu perjanjian konsesi selama 23 tahun dengan bayaran sewa tahunan di antara RM56 juta hingga RM69 juta.

Semakan menunjukkan bahawa Cosmic Dimension Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mana salah seorang pemilik saham utamanya adalah YB Shariful Azhar Othman, ADUN Bertam (Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang) dari Umno.
Beliau memegang sebanyak 1 juta saham Cosmic Dimension Sdn Bhd iaitu 20% saham pemegang konsesi tersebut. Bersama-sama seorang lagi pengarah dan pemegang saham utama iaitu Mohamed Rafik Mohd Idris (pemegang 45% saham), YB Shariful Azhar Othman mengawal secara majoriti Cosmic Dimension Sdn Bhd.
Kedua-dua YB Shariful Azhar Othman dan Mohamed Rafik Mohd Idris mempunyai hubungan rapat melalui satu yayasan iaitu Yayasan Abadi yang ditubuhkan secara bersama oleh mereka. YB Shariful Azhar Othman adalah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah sementara Mohamed Rafik Mohd Idris adalah pengarah urusan Yayasan Abadi.
Semakan terkini pada 14 April 2014 dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa penyata kewangan terakhir yang difailkan oleh Cosmic Dimension Sdn Bhd dengan SSM adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2008.
Penyata kewangan itu menunjukkan kedudukan aset sebanyak hampir RM6 juta dan perolehan tahunan sebanyak RM150,000 sahaja.
Sebab itu, bukan sahaja saya mempersoalkan kaedah penswastaan kampus cawangan UiTM yang digunapakai oleh Barisan Nasional, malah saya berpendapat latar belakang syarikat pemegang konsesi tidak menunjukkan kedudukan kewangan yang kukuh dan pengalaman yang panjang dalam sektor pembinaan.
Apabila dibandingkan dengan konsesi kampus-kampus cawangan lain yang menunjukkan setiap konsesi berkait dengan seorang yang rapat dengan Umno, saya menggesa Perdana Menteri menjawab sama ada perjanjian konsesi ini diberi kepada Cosmic Dimension Sdn Bhd kerana syarikat itu berkait rapat dengan seorang ADUN Umno?
Perjanjian konsesi 23 tahun yang membebankan UiTM ini sudah tentu akan membawa kesan kepada yuran dan perbelanjaan-perbelanjaan lain satu hari nanti seperti mana perjanjian tol dan IPP telah mengekang kemampuan kewangan Kerajaan Persekutuan.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
16 Jun 2014
SUMBER

Selamat bertunang Amir [Raja Lawak] & Intan

$
0
0




Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 12:05 AM


Gambar Amir dan tunangnya, Intan selepas majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada Jumaat lalu. Foto Ihsan The Permaisuris.

PETALING JAYA: Peserta program Raja Lawak musim ke-3 (RL3) iaitu Amir masih belum menetapkan tarikh sebenar untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang dikenali sebagai Intan.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 26, bagaimanapun berkata, mereka merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan selepas mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan dirumah pihak perempuan di Sungai Besi, Kuala Lumpur Jumaat lalu.

"Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan kami akan bertunang selama setahun.

"Bagaimanapun masih belum ditetapkan tarikh sebenar kami akan bernikah namun menjangkakan ia akan dilangsungkan lebih awal daripada tempoh bertunang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Amir sebelum ini pernah membuat pengakuan hatinya sudah terbuka dan berhasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya selepas enam bulan berkenalan.

Perasaan cinta tersebut berputik selepas dia melakukan solat sunat istikharah bagi mengetahui sama ada wanita berkenaan sesuai untuknya ataupun tidak.

Amir memberitahu Intan sangat memahaminya. 
Dalam pada itu, Amir berkata, mereka merancang majlis berkenaan sejak sebulan lalu selepas hubungan tersebut mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

"Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan syukur semua yang dirancang berjalan dengan baik. Paling penting ia mendapat restu daripada kedua-dua keluarga," ujarnya.

Sementara itu, Amir berkata, Intan adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri kerana wanita berkenaan sangat memahami dan sentiasa menyokongnya dalam pelbagai perkara.

Jelas Amir lagi, Intan juga adalah orang yang bertanggungjawab menyakinkannya untuk memulakan perniagaan dan sentiasa menyokongnya sehingga usahanya membuahkan hasil.

"Selain itu Intan seorang yang sangat penyabar dan tidak pernah mengongkong saya, itu adalah sikap dia yang paling saya kagumi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amir berkata, selain sibuk dengan aktiviti seni dia kini semakin ligat mempromosikan sabun pencuci (detergen) yang dijualnya sejak beberapa bulan lalu.

Orang ramai yang ingin mencuba sabun pencuci bagi menyokong perniagaan Amir ini bolehlah menghubungi rakan kongsinya iaitu Azrai di talian 012-6991164.

'Jangan pulangkan Bible pada BSM'

$
0
0


Kira-kira 100 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam hari ini mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak tunduk kepada arahan kerajaan Selangor yang meminta jabatan itu memulangkan semula 300 naskhah Bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas pada Januari lepas.

Pengerusi Pembela-pembela Islam Malaysia (PEMBELA) Hafiz Nordin yang mewakili gabungan kira-kira 100 NGO itu berkata ini berikutan naskhah Bible tersebut mengandungi kalimah Allah yang dilarang penggunaannya oleh kaum bukan Islam di negeri ini.



"Tidak perlu dipulangkan kitab Bible yang dirampas itu kerana kitab itu bercanggah dengan titah Sultan Selangor dan fatwa negeri ini yang melarang kaum bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam kegiatan agama mereka," katanya
dalam sidang media di Shah Alam, hari ini.

Khamis lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan mengarahkan JAIS memulangkan semua kitab tersebut kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Arahan itu dibuat berikutan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes rampasan Bible dan kes itu ditutup.Abdul Gani berkata naskhah Bible yang dirampas itu adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian.

Selain Pembela, gabungan NGO itu turut diwakili Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Bernama

Pekerja TNB ancam buat demo lebih besar dari BERSIH

$
0
0
Belum jelas ini ugutan main-main atau serius tapi Kesatuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengancam untuk mengajak ahli-ahlinya berarak di jalanraya sekiranya majikan mereka masih meneruskan kontrak dengan syarikat YTL sebagai penjana tenaga bebas (IPP).

YTL merupakan syarikat yang dikuasai taikun Tan Sri Francais Teoh yang baru-baru ini bikin kecoh dengan kenyataan mengenai kroni kapitalisme yang dakwanya diamalkan di Malaysia.

Presiden TNB Junior Officers Union (TNBJOU), Mohd. Roszeli Majid berkata, selain 34,900 ahli, pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat awam - dan menjanjikan bilangan yang hadir nanti jauh lebih besar daripada perhimpunan Bersih.


“Sekiranya kontrak YTL sebagai IPP yang tamat tahun 2015 diperbaharui dan kontrak stesen janaletrik Pasir Gudang, Johor diberi kepada mereka tidak mustahil perkara sedemikian akan berlaku.Kami akan berjuang habis-habisan kali ini.

“Ia bukan sahaja menjadi punca kakitangan TNB menjadi mangsa malah rakyat sendiri akan terbeban dengan kenaikan tarif elektrik pada masa depan,” ujarnya.

Terdahulu, TNBJOU bersama Persatuan Eksekutif  Tenaga Nasional, Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB dan Persatuan Unit Keselamatan TNB mengadakan demonstrasi aman dan menghantar memorandun kepada pimpinan TNB membantah pelantikan YTL sebagai IPP.

Memorandum berkenaan disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Azman Mohd .

Mohd. Roszeli berkata, TNB tidak menikmati sebarang manfaat sejak berurusan dalam pembelian tenaga dengan YTL sejak tahun 1993 malah perjanjian pembelian tenaga generasi pertama dengan syarikat itu menyebabkan TNB terpaksa menanggung beban kewangan dengan membayar harga belian tenaga yang lebih tinggi daripada apa yang TNB mampu janakan pada masa itu.

“Berdasarkan angka dan maklumat yang kami peroleh, sehingga kini TNB telah membayar lebih RM20 bilion kepada YTL,”  katanya sambil memberitahu pelantikan YTL sebagai IPP dilakukan secara runding terus.

Mereka juga percaya pelbagai implikasi melibatkan jaminan pekerjaan akan berlaku kesan daripada projek berkapasiti 1,400 megawatt (MW) hingga 2,000 (MW) yang ditawarkan kepada YTL.

“Kami masih ingat bagaimana YTL membina loji janakuasa elektrik di Paka, Terengganu dengan menyewa tanah TNB hingga menyebabkan ahli-ahli kami terpaksa dipindahkan bersama kaum keluarga masing-masing.

“Kami juga bersimpati dengan kaum pekerja dan rakyat yang terpaksa menanggung bil elektrik yang tinggi selepas wujudnya IPP milik YTL,” katanya.

Beliau juga bimbang sekiranya projek IPP di Pasir Gudang diberikan kepada YTL, ia memaksa kerajaan menyambung kontrak IPP yang lain yang menjadikan kes YTL sebagai rujukan utama seterusnya mewujudkan dominasi dalam projek IPP.

Mohd. Roszeli juga mendesak supaya pengurusan TNB mempertahankan dan tidak menyerahkan tanah TNB di Stesen Elektrik Pasir Gudang kepada pihak YTL dalam jua keadaan.

“TNB beritahu akan beri keputusan mengenai sama ada penglibatan YTL diterima atau tidak pada 25 Julai ini..kalau tidak selain berarak di jalanan, kami juga akan berkhemah di Pasir Gudang beramai-ramai walaupun ia berlarutan sampai bulan Ramadan,” ujarnya.

Pihaknya juga kesal dengan kenyataan seorang pengurusan YTL yang mengkritik dasar kerajaan dengan menyifatkan Malaysia mengamalkan kronisme sedangkan ia seolah-olah peribahasa 'menepuk air di dalam dulang terkena muka sendiri'.

Menurutnya, sebagai kesatuan dalaman TNB, ini adalah tindakan kali pertama pihak kesatuan TNB  membuat demonstrasi dan menghantar memorandum dan mereka tidak akan berbuat sedemikian sewenang-wenangnya melainkan benar-benar terpaksa seperti senario yang berlaku sekarang.-16/6/2014

Pengurusan Pensijilan Halal Jais Kurang Memuaskan - Ketua Audit Negara

$
0
0


Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 7:30 PM

SHAH ALAM: Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 mendapati pengurusan pensijilan halal oleh Seksyen Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah kurang memuaskan dari segi pemprosesan baru Sijil Pengesahan Halal (SPH) dan pemantauan terhadap pemegang SPH.

Menurut laporan itu, antara kelemahan yang ditemui adalah pemprosesan SPH mengambil masa yang panjang di mana ia boleh menjejaskan reputasi serta keyakinan industri terhadap kecekapan Jais.

Ketua Audit Negara turut mendapati pemantauan terhadap pemegang SPH kurang memuaskan dan aduan terhadap produk atau premis yang diragui halal tidak diurus dengan cekap.


Selain itu, kelemahan lain yang ditemui ialah SPH yang belum diambil oleh pengusaha menyebabkan pemohon terbabit menjalankan proses pengeluaran produk makanan tanpa mempamerkan SPH di premis masing-masing.

Sehubungan itu, Ketua Audit Negara mengesyorkan supaya Jais mengkaji semula prosedur proses permohonan SPH serta pengurusan aduan awam dengan menyediakan norma masa yang lebih jelas dan bersesuaian untuk setiap peringkat pemprosesan agar tempoh penyelesaian permohonan SPH serta aduan dapat dioptimumkan.

JAIS juga disyorkan untuk meningkatkan pemantauan secara berkala terhadap produk perkilangan, premis makanan dan premis sembelihan dengan mempercepatkan pelantikan kakitangan baharu selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Jabatan itu perlu segera memuktamadkan pelantikan Penolong Pengawal Perihal Dagangan yang akan menjalankan aktiviti penguatkuasaan selaras dengan Seksyen 3 Akta Perihal Dagangan 2011.

Laporan Audit turut mengesyorkan supaya JAIS mengepos SPH kepada pemohon memandangkan sijil yang diterima daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disertakan dengan surat yang dialamatkan kepada pemohon terbabit.

Mengenai pemantauan terhadap pemegang SPH yang kurang memuaskan, Jais memberi maklumbalas bahawa tindakan pemantauan akan dijalankan oleh Pegawai Pemantau, Unit Pengawasan Dan Audit di Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan.

JAIS juga memaklumkan pihak Ketua Audit Negara bahawa jabatan itu telah menyediakan proses kerja pengurusan aduan berkaitan halal dan menetapkan syarat masa 90 hari bagi penyelesaian aduan yang diterima.

Mengenai SPH yang belum diambil oleh pengusaha, Jais turut memaklumkan bahawa rekod pemakluman berkaitan urusan pengambilan SPH telah diselenggarakan dan pihaknya akan mengepos SPH sekiranya pemohon gagal mengambil sijil dalam tempoh sebulan seperti cadangan pihak audit.

EDISI LAWAK MALAM : Nah ambik dua ringgit ni ...

$
0
0


Tersebut alkisahnyer..... adalah di sebuah kampung... namenyer kampung Hulu. Pak Imam nyer memang hari hari setaip masuk waktu p masjid, masuk waktu pi masjid. Ade lah satu hari ni, time tu masuk ler waktu zuhur, tok imam ni pun p la amik basikal die nak mengayuh p masjid kpg hulu, on the way die nak p masjid tu, lalu ler die kat satu umah tu, tiba2 die ternampak seorang budak dalam lingkungan 5 tahun tak pakai seluar sedang berlari2 kat depan halaman umah. Tok imam tu apa lagi, panggil ler budak tu.

Tok Imam: budak, mai sini sat.
Budak: ye tok imam, naper ni?
Tok Imam: hang ni tak pakai sluar psai apa?
Budak: mak tak bg.

Tok imam tu pun mengelengkan kepala lalu memberi wang kepada budak tu tadi.

Tok imam: hang p bagi kat mak ni 10 ringgit, suruh p beli seluar.
budak tu pun dgn happy nyer p la panggil mak dier dan mencerita segalanyer. Mak budak tu pun td merasa terharu. Die pun berfikir lah...

ke esokkan harinyer...time nak masuk waktu zuhur, tok imam ni pun nak gi masjid. lalu lah kat depan umah yg smalam. tiba2 die ternampak lagi seorang budak pompuan dalam umur lingkungan 12 tahun tak pakai seluar sedang berlari2 kat depan umah. pak imam pun mengeleng kepala nyer lalu memanggil budak popuan itu td

Tok imam: awat tak pakai seluar?
budak pompuan: mak tak bagi.
Tok imam: tak cukup kot duit bg smalam, tak per la...hang amik duit ni 20 ringgit ni p bg kat mak sruh beli seluar.

ape lagi, budak pompuan tu happy nyer, pastu bgtau la kat mak dier.... 

emak dier berfikirlah lagi..."klo budak kecik 5 tahun bg 10, 12 tahun 20 ringgit... klo umur lagi tue, lagi byk ler.... " 

ke esokkan hari nyer... tok imam pun lalu lah kat depan umah tu seperti biase. tiba2,tok imam ternampak mak budak tu tak pakai seluar sedang berlati2 kat depan umah. 
tok imam aper lagi.... geleng ngan terhangguk terus.die pun panggil la mak budak itu.

Tok imam: awat hang tak pakai seluar?
Mak budak itu pun malu2 tersipu2 tak tau nak jwb...sbb die fikir nak duit lebih dari tok imam.

.pas tu tok imam pun menyeluk saku nyer nk bagi duit...
Tok Imam: nah! amik dua ringgit ni, p beli gillette (pisau cukur),

cukuq bulu lebat tu.... hahahhahhahahhahha............. lepas tu...mak dan tok imam tu pun blah la...

LAWAK GILA

Budak Dihalau Dari KFC Ditawar AS$30,000 Dan Perkelahan Keluarga

$
0
0




Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 12:15 AM


Victoria Wilcher.

JACKSON (MISSISSIPPI): KFC Corp berkata, syarikat itu memberi sumbangan wang berjumlah AS$30,000 (RM96,684) sebagai bayaran perubatan kepada seorang kanak-kanak perempuan yang diserang oleh anjing sehingga menyebabkan mukanya berparut yang diusir keluar dari restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Jackson, Mississippi.
Syarikat turut memaklumkan bahawa ia sedang menyiasat dakwaan mengenai tindakan seorang pekerja restoran yang mengusir kanak-kanak berkenaan.
Dakwaan mengenai KFC dibuat Khamis yang dikongsikan di laman Facebook bertajuk 'Victoria's Victory' (Kemenangan Victoria).
"Adakah wajah ini menakutkan anda? Minggu lepas di KFC di Jackson MS wajah ini diminta meninggalkan restoran kerana wajahnya menakutkan pengunjung lain," demikian 'posting' yang dibuat di laman Facebook tersebut.
KFC bagaimanapun memohon maaf pada keesokan harinya.
"Sebaik sahaja kami dimaklumkan laporan ini pada Jumaat, kami segera memulakan penyiasatan, dengan menyifatkan tindakan yang menyinggung perasaan dan tidak menghormati orang lain, yang tidak boleh diterima KFC," kata jurucakap Rick Maynard pada Ahad.
"Tidak kira apakah hasil siasatan kami, kami telah memohon maaf kepada keluarga Victoria dan komited untuk membantu mereka. Syarikat ini memberikan sumbangan AS$30,000 kepadanya bagi membantu menjelaskan bayaran perubatan. Seluruh keluarga KFC menyokong Victoria."
Sementara itu, pentadbir halaman Facebook Victoria itu pada Ahad memberitahu bahawa Victoria's Victory mencatatkan lebih 32,500 tanda suka 'like' pada Ahad.
Satu mesej disiarkan pada malam Jumaat oleh sebuah lagi francaisi KFC Mississippi, Dick West of West Quality Food Service in Laurel, menawarkan "satu perkelahan besar KFC" untuk kanak-kanak perempuan itu dan keluarganya.
West turut menulis bahawa ia tahu pemilik restoran Jackson "dan mereka yang tidak pernah menjalankan operasi membenarkan sesiapa yang memasuki restoran mereka dengan diberikan layanan buruk sejak 50 tahun.
"Saya menawarkan untuk belanja Victoria untuk menikmati perkelahan KFC tanpa mengira hasil siasatan tersebut. Vicoria melalui banyak perkara berbanding kanak-kanak perempuan lain dan saya mahu memberikan layanan istimewa untuknya."

BERITA AWAL : Budak Perempuan Dihalau Dari KFC Kerana Muka Berparut 

Michael Schumacher Sedar Daripada Koma

$
0
0


Diterbitkan: Selasa 17 Jun 2014 7:02 PM


Michael Schumacher.

BEKAS juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher dilaporkan kembali sedar daripada koma yang dialaminya selama enam bulan sejak akhir tahun lalu dan dibenarkan keluar dari hospital di Grenobel, Perancis.
Menurut keluarganya dalam satu kenyataan, Schumacher sudah dibenarkan keluar hospital dan akan menjalani rawatan pemulihan di satu lokasi yang tidak didedahkan.
Terkini, Schumacher dikatakan dimasukkan ke Hospital University Lausanae di Switzerland selepas keluar dari hospital di Perancis.
Schumacher mengalami kecederaan parah pada kepalanya selepas dia terjatuh ketika bermain ski di Pergunungan Alps di Perancis 29 Disember lalu.
Keluarganya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghantar mesej sokongan dengan berkata: "Kami pasti ia (sokongan) membantu dia (untuk kembali sedar."
Tambah kenyataan itu, keluarga Schumacher turut memuji tugas kakitangan perubatan di hospital di Grenoble di tenggara Perancis.

10 PERKARA MENARIK DI PIALA DUNIA 2014

$
0
0




Stadium Maracana

BEBERAPA perkara yang menarik berkenaan dengan Piala Dunia 2014 yang kini sedang berlangsung di Brazil.

1. Pertama kali perlawanan menggunakan teknologi garisan gol sekaligus menutup kelemahan kontroversi gol yang berlaku pada edisi Piala Dunia sebelum ini.

Pengadil kini mempunyai 14 kamera dan komputer utama membantu pengadil membuat keputusan tepat.Jika keputusan gol, jam tangan khas yang dipakai pengadil akan memaparkan 'gol'.




2. Edisi 2014 ini juga menyaksikan satu-satunya pasukan baharu yang pertama kali layak ke final Piala Dunia, Bosnia-Herzegovina.



3.Aksi Piala Dunia melibatkan 12 buah bandaraya berbeza, melebihi rekod yang kejohanan sebelum ini. Lokasi perlawanan di Manaus, Fortaleza,Natal,Recife,Salvador,Cuiaba, Brasilia,Belo Horizonte, Rio de Janeiro, Sao Paolo dan Porto Alegre.


4.Kapasiti stadium paling kecil ialah Stadium Arena de Baixada yang hanya menempatkan 38,000 penonton, manakala Maracana mampu memuatkan 75,000 penonton.



5.FIFA mengumumkan jumlah kapasiti keseluruhan pada Piala Dunia 2014 dijangka 3,720,225 peminat.


6.Brazil menggondol trofi Piala Dunia sebanyak lima kali, kali terakhir 2002. Manakala lapan pasukan yang pernah bergelar juara mengambil bahagian pada tahun ini - Itali, Uruguay, Argentina, England, Perancis dan Sepanyol.



7.Tahun ini maskot FIFA Piala Dunia dinamakan Fuleco The Armadillo yang diundi oleh orang awam di Brazil.




8.'Caxirola' menjadi peralatan bunyi rasmi digunakan di Brazil. Bagaimanapun pegawai persekutuan menggantung peralatan ini bagi tujuan keselamatan. Pun begitu ia tidak menghalang bunyi peralatan ini di luar stadium (sebutan ka-shee-role-ah).



9. Brazil menjadi tuan rumah Piala Dunia buat kali kedua. Kali pertama pada tahun 1950, namun tewas kepada Uruguay pada aksi akhir.Sejak itu, Brazil tidak pernah menang trofi Piala Dunia di laman sendiri.



10. Slogan rasmi Piala Dunia 2014 ialah 'Juntos num so rirmo", atau "Satu Iram

Adik Shahrizat dengan syarikat RM2 dapat konsesi bina UiTM Seremban III - Rafizi

$
0
0


SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat hanya bermodalkan RM2 diberikan pegangan saham sehingga 29 peratus di dalam satu konsesi pembinaan kampus Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) yang bernilai RM1.5 billion.

Tentu Selesa Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat dengan saham terbitan hanya RM2 dikuasai oleh dua tokoh yang rapat dengan Umno.

Menurut Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, semakan SSM menunjukkan bahawa pengarah-pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah Datuk Shahrir Abdul Jalil dan Datuk Aidit Ghazali.

Semakan lanjut menunjukkan Shahrir adalah adik kepada Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Beliau pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai yang kemudian digantung selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin Umno pada tahun 2005 kerana didapati bersalah dengan amalan politik wang.

Katanya, Shahrir adalah pengarah kepada pemegang konsesi Inovatif Mewah Sdn Bhd yang mendapat konsesi penswastaan 23 tahun termasuk pembinaan, operasi dan penyelenggaran UiTM di Seremban III.

Tambah Rafizi, seorang lagi pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah Datuk Aidit merupakan Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) sebuah NGO sayap kanan yang ditubuhkan oleh Datuk Hassan Ali selepas dipecat daripada PAS.

"Susun atur pemegang konsesi penswastaan UiTM ini menunjukkan bagaimana kroni kapitalisme digunakan di Malaysia untuk mengkayakan ahli-ahli politik yang rapat dengan Umno,"katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Jelas Rafizi model ini diguna pakai di dalam beberapa konsesi yang lain iaitu tokoh-tokoh Umno menjadi pemegang saham minoriti dan syarikat yang membina memegang saham selebihnya.

"Ia membayangkan seolah-olah syarikat yang dikawal oleh ahli politik mendapat pegangan kerana membuka ruang atau kabel politik untuk dianugerahkan satu konsesi lumayan sedangkan syarikat pembinaan menjalankan kerja-kerja pembinaan sebenar,"katanya.

Jawapan Perdana Menteri pada 10 April 2014 menunjukkan bahawa konsesi selama 23 tahun yang dianggarkan mencecah RM1.5 billion sepanjang tempoh konsesi ini dianugerahkan kepada sebuah syarikat bernama Inovatif Mewah Sdn bhd.

Tiga syarikat mempunyai pegangan saham di dalam  Inovatif Mewah iaitu Menang Development Sdn Bhd (51%), Menang Industri Sdn Bhd (20%) termasuk Tentu Selesa Sdn Bhd (29%).

Nasi Kandar Pokok Ketapang, Butterworth .... Sedapnya Menjilat Jari

$
0
0


Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 3:33 PM


NASI kandar di Pulau Pinang...sedap ke.
Kalau Abang Fen sembang dengan kawan-kawan dari luar Pulau Mutiara ini, mereka akan beritahu semuanya nasi kandar di sini sedap belaka.
Baiklah, oleh itu kali ini Abang Fen nak kongsi dengan you all tentang Nasi Kandar Pokok Ketapang yang terletak di Butterworth.
Apa istimewanya? Jawapannya ialah Nasi Kandar Pokok Ketapang bukan sahaja sedap tahap menjilat kelima-lima jari tapi waktu operasinya juga agak eksklusif.
Lauk-pauk yang baru tiba ditolak menggunakan kereta roda tiga.
Bagi pembaca-pembaca yang diet pada waktu malam, mereka memang rugi, sebab nasi kandar ini memang sedap...Abang Fen tak tipu.
Cuma waktu operasinya bermula pada pukul 11 malam hingga 7 pagi. Bagi pembaca yang tiba di Butterworth pada tengah hari, kenalah bersabar sehingga 11 malam untuk menikmatinya.
Untuk pengetahuan pembaca yang Abang Fen sayangi dan hormati, bagi berkongsi kisah keenakkan Nasi Kandar Pokok Ketapang, Abang Fen sanggup beratur panjang dan menjadi pelanggan ke-27 (gambar bawah).
Asalkan, pembaca dapat tahu mengenai kisah nasi kandar ini.
Semasa beratur, haruman kari ikan dari periuk betul-betul memukau hinggakan Abang Fen rasa nak makan nasi dengan kari ikan sahaja pun sudah berbaloi.
Untuk pengetahuan terdapat dua jenis nasi yang disediakan iaitu nasi putih dan nasi minyak, Abang Fen memilih nasi minyak sebab baunya memikat selera semasa beratur.
Setelah menjamah Nasi Kandar Pokok Ketapang ini, Abang Fen nak bagi tahu pada kamu-kamu semua bahawa nasi kandar ini adalah yang paling sedap pernah Abang Fen makan...bukan nak propa tapi ikhlas.
Telur ikan yang menjadi antara lauk kesukaan pelanggan.
Bila dah sedap, Abang Fen pun mula nak tahu lebih lanjut tentang sejarah Nasi Kandar Pokok Ketapang ini dan siapa tuan empunya atau pengurusnya, rempah apa yang diguna serta macam-macam lagi.
Cari punya cari siapa yang mampu merungkai keenakkannya, akhirnya, Abang Fen berjumpa dengan pengurusnya, Mohd Abu Tahir Jamal (gambar).
Jelasnya yang berusia 38 tahun, premis tersebut tidak mempunyai rahsia besar yang digunakan untuk menyedapkan makanan selain resipi dan bahan asli.
"Kami menggunakan rempah giling untuk masakan kari, dan lauk-lauk lain," jawabnya ringkas.
Abang Fen tidak puas hati dan terus mengasak dengan beberapa soalan lagi terutama mengenai nasi minyak yang rasanya cukup menyelerakan walaupun dimakan begitu saja.
"Nasi minyak itu adalah resepi warisan dan kami menggunakan minyak sapi untuk menjadikan ianya harum selain bahan-bahan yang perlu dirahsiakan.
"Tetapi jangan bimbang setiap bahan yang digunakan adalah halal dan terdiri daripada bahan asas makanan yang biasa digunakan, cuma kaedah campuran sahaja berlainan," ceritanya.
Nasi kandar Pokok Ketapang itu juga sebernarnya mempunyai sebuah restoran yang terletak kira-kira 100 meter dari pokok ketapang yang menjadi tapak perniagaan mereka pada waktu malam.
Restoran yang dimaksudkan ialah Nasi Kandar Jamal Mohamad yang diusahakan sejak 1988 dan beroperasi pada pagi dan ditutup pada 12.00 tengah malam.
Mohd Abu Tahir memberitahu, pada sebelah malam mereka menumpu pada perniagaan di bawah pokok ketapang kerana pelanggan lebih suka makan dalam keadaan bersantai serta terbuka.
Diakhirnya, Abang Fen ingin kongsikan tentang satu perkara iaitu jika kamu ke sini nanti jangan lupa juga mencuba masakan telur sotong (gambar bawah).
Lazatnya memang tidak terkata...
Viewing all 2146 articles
Browse latest View live