Quantcast
Channel: Mimpi Senja
Viewing all 2146 articles
Browse latest View live

Ini lah dia kilang bihun cap masjid

$
0
0
  • Keadaan di depan premis kilang bihun cap masjid.Keadaan di depan premis kilang bihun cap masjid.
 1 / 1 
TIADA tanda-tanda kilang beroperasi atau urus niaga dijalankan sebaik wartawan Sinar Harian tiba di depan sebuah premis kilang bihun.

Premis kilang ini dipercayai gagal mematuhi aspek kebersihan dan sudah diarahkan tutup serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kelmarin.

Semalam, Sinar Harian melaporkan berkenaan kilang bihun berserta gambar-gambar aktiviti pemprosesan yang begitu meloyakan.

Tidak bersih, peralatan digunakan menjijikkan. Banyak perkakas digunakan sudah berkarat dan tidak terurus.


Wartawan Sinar Harian meninjau ke premis itu untuk melihat sendiri keadaan sebenar di situ.

Kami berkumpul di depan sebuah sekolah rendah di Jalan Ipoh, sebelum memulakan perjalanan.

Daripada maklumat awam, lokasi kilang bihun itu sebenarnya berada di sekitar pasar borong Selayang.

Setibanya berhampiran pasar borong Selayang, anggota polis memberi kerjasama dan memaklumkan lokasi sebenar kilang bihun itu yang terletak kira-kira tiga kilometer dari pondok polis tersebut.

Sebaik tiba, seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh memberhentikan motosikalnya di depan premis berkenaan.

Namun ketika ditanya adakah beliau pekerja kilang berkenaan, ini jawapannya.

“Saya bukan kerja sini, saya kerja di Shah Alam,” katanya dan terus berlalu, dipercayai ke kawasan kilang lain yang berdekatan.

Jawapan yang diterima amat meragukan dan kami mengambil keputusan melihat keadaan sekeliling.

Notis Penutupan Premis Makanan (DBKL) bertarikh 10 Jun 2014  ditampal di depan kilang. Kilang tiada penghuni namun, lampu di dalam premis terbuka.

Terdapat banyak bungkusan bihun dipercayai cap Masjid (bungkusan berwarna biru) dan bungkusan berwarna merah di dalam kilang.

Premis itu pula kelihatan seolah-olah seperti bengkel kereta. Di depannya terdapat tong-tong dan beberapa barangan yang mungkin sudah tidak digunakan lagi.

DAP bawa Dyana ke Kota Bharu ... kesian ... org KB tak terima Dyana

$
0
0
Ini kisah benar di Kota Bharu Rabu malam. Bintang berwajah pelakon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dibawa untuk berceramah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Kubu kuat PAS Kota Bharu.


Stadium ini merupakan tempat biasa untuk PAS kumpul kurang-kurang 5000 penyokongnya untuk dengar ceramah. Ia kawasan yang ada steady crowd.


Namun cubaan DAP bawa Dyana ke situ nampaknya gagal. Tak ada sambutan. Sepi dan lenggang saja ceramah tersebut. Orang kata petugas lagi ramai dari penceramah.

Ada yang kata berlaku penolakan secara senyap... yang menjadi faktor kenapa penyokong tegar PAS tak keluar dengar ceramah semalam.


Mungkin ramai ahli PAS sudah sedar taktik DAP yang mula mengetengahkan Melayu muda sebagai usaha untuk tarik sokongan kerana parti itu tidak mahu bergantung sokongan Melayu melalui PAS dan PKR saja.

DAP yang tidak puas hati dengan kekalahan Dyana di Teluk Intan kerana gagal tawan hati orang Melayu. Kini cuba bawa setiausaha politik Lim Kit Siang itu ke kawasan macam Kota Bharu.

Jangan terkejut Dyana dan beberapa kerat lagi Melayu dalam DAP lepas ini akan menjelajah ke kawasan-kawasan Melayu untuk berceramah.


Ia macam program suai kenal, sambil-sambil rekrut ahli baru terutamanya dikalangan orang muda Melayu.

Dengar cerita hajat DAP ini bukan main-main atau hangat-hangat tahi ayam. Khabarnya mereka ada program khas untuk tarik sokongan Melayu muda terhadap parti itu.

Seorang wartawan yang cover PRK Teluk Intan cerita, beliau kebetulan lunch dengan seorang pemimpin kanan DAP di sebuah restoran di sana ketika kempen.

Wartawan muda ini tanya mengapa letak Dyana di Teluk Intan... kata pemimpin DAP itu, parti Cina itu mahu keluar dari stigma bahawa mereka parti kaum Cina sahaja.


Mereka mahu tarik sokongan orang Melayu juga, sambil ajak wartawan tersebut join DAP.

Kata pemimpin DAP itu, parti tersebut ada program khas untuk tarik sokongan Melayu dengan menjadikan ahli-ahli muda Melayu DAP sebagai idola.

"Kita akan make sure imej you sempurna... jika perlu kita sikat rambut you belah tengah (untuk nampak menarik), kita akan buat begitu..."ujarnya.

Namun orang Melayu bukanlah mudah sangat tertarik dengan ahli politik berwajah cantik. Wajah main peranan, tapi bukan satu-satunya peranan untuk tarik sokongan.

Kenyataan Dyana bahawa beliau akan ikut line parti dalam undian Hudud di Parlimen sebelum PRK Teluk Intan telah melukakan hati orang PAS. Melaksanakan undang-undang Hudud merupakan perkara yang ada dalam perlembagaan parti itu ketika ditubuhkan pada tahun 1955.


Manakala bagi rata-rata orang Melayu, Dyana ini 'tool' bangsa lain.

Mungkin sebab itu tidak hairan ceramah Dyana di Kota Bharu tiada sambutan. Kesiannnn dia...-12/6/2014

Kemaluan Lelaki Tersekat Pada Paip

$
0
0
alt
Seorang lelaki warga China terpaksa menahan malu apabila kemaluannya tersekat pada sebatang paip selama dua hari.
Bagaimanapun yang menarik perhatian apabila lelaki itu yang dikenali sebagai Lian Tien memberikan alasan yang mungkin paling pelik di dunia mengenai punca insiden itu dengan mengatakan dia sedang mengecat dinding dalam keadaan berbogel dan kemudiannya tergelincir menyebabkan kemaluannya termasuk ke dalam paip.
"Cuaca agak panas, jadi saya mengecat dinding dalam keadaan berbogel, dan saya tergelincir di lantai menyebabkan kemaluan saya terjatuh ke dalam paip.
Lelaki berusia 61 tahun itu berkata, kemaluannya tersekat di dalam sebatang paip yang digunakan untuk mengambil air dari unit penyaman udara bangunan itu.
Tetapi dia merasakan tiada sesiapa pun yang akan percaya ceritanya itu, menyebabkan dia membiarkan "keadaan" itu selama dua hari sehingga dia mengalami demam panas dan menghubungi doktor.
Doktor itu kemudiannya mencadangkan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.
Doktor Dewei Yuan berkata: "Lelaki itu terpaksa berhadapan dengan perkara tersebut dan tidak apa yang boleh kita lakukan, dan kita terpaksa meminta bantuan."
Pasukan bomba di bandar Quanzhou mengambil masa empat jam untuk memotong paip di bahagian kemaluan lelaki itu tersekat.
"Saya fikir tiada seorang pun yang akan mempercayai saya dan saya cuba semua cara yang saya fikirkan untuk mengeluarkan kemaluan saya yang tersekat.
"Saya cuba memotong paip itu dari dinding dan cuba untuk meletakkan minyak dan cecair sabun di bahagian dalam paip itu tetapi kemaluan saya begitu ketat tersekat menyebabkan tiada sebarang perubahan.
"Saya tidur dan fikir sekiranya saya berehat dan bertenang, ia mungkin akan tertanggal dari paip. Saya kemudiannya berasa panas seperti hendak demam. Saya begitu bimbang yang saya mungkin akan mendapat jangkitan yang teruk. - mirror.co.uk

Skandal Bank Rakyat: Hasan Malek nak jumpa Mahfuz

$
0
0


MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Sri Hasan Malek ingin bertemu dengan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bagi membincangkan isu membabitkan isu skandal Bank Rakyat.

Hasrat itu dinyatakan Hasan melalui satu nota ringkas yang diletakkan di atas meja Mahfuz di dalam Dewan Rakyat semalam.

Mengulas pelawaan itu Mahfuz berkata, beliau berterima kasih kepada Hasan yang mehu bertemunya berhubung isu penyelesaian mudah RM32 juta seorang ahli perniagaan kepada Bank Rakyat yang dibangkitkan beliau sebelum ini.


Bagaimanapun beliau berkata, adalah lebih baik untuk Hasan menjelaskan perkara itu di dalam Dewan Rakyat supaya semua orang dapat mengetahuinya dengan lebih jelas.

"Saya ucap terima kasih kepada menteri kerana bagi nota ini untuk jumpa dengan saya, beliau sepatutnya jelaskan di dalam Dewan Rakyat bukan hanya kepada saya.

"Saya minta beliau tampil beri penjelasan di dalam Parlimen agar semua mengetahui," katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikaikan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan semalam berhubung isu pinjaman mudah itu yang disifatkannya sebagai cuba mengalihkan jawapan dari persoalan asas.

Ahmad semalam mengatakan, proses pembayaran tanfa faedah adalah merupakan prosedur biasa kepada sesebuah bank untuk mendapatkan balik pinjaman yang dikategorikan kepada Pinjaman Tidak Berbayar atau 'Non Performing Loan' (NPL).

Ahmad juga turut menafikan wujud campurtangan menteri seperti didakwa.

Menurutnya lagi, penafian yang dibuat oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik adalah merujuk kepada satu kenyataan media mengenai campur tangan keluarga Perdana Menteri.

"Dakwaan campur tangan menteri yang mengarah pihak pengurusan Lembaga Pengarah membuat keputusan seperti yang dipersetujui antara menteri dengan peminjam tetap berlaku," jelas beliau.

"Wujud dua kali campur tangan, kali pertama lembaga pengarah menolak arahan tersebut dan bila kali kedua ada ugutan dipecat baru mereka setuju dengan arahan yang diberikan.

"Mesti ada asas kenapa berlaku penolakan pada kali pertama dan lembaga pengarah mengetahui latar belakang peminjam sehinggakan mereka menolak pada peringkat awal.

Beliau berharap agar Bank Rakyat dan kerajaan tampil memberi penjelasan kepada persoalan yang ditimbulkan dengan merujuk kepada perkara asas. - HARAKAHDAILY 12/6/2014

Surat Tunjuk Sebab: Rumah Saya Bukan Dalam Hutan - Yammy Samat

$
0
0

Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 4:47 PM

Yammy (kanan) bersama Dyana pada PRK Teluk Intan baru-baru ini.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Kegagalan Umno menyerahkan surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat, ibu calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini terus menjadi tanda tanya.
Menurut Yammy, beliau semakin hairan kenapa parti politik itu mengambil masa yang lama untuk memberi peluang kepadanya mempertahankan diri.

Ahli veteran Umno itu diberi tempoh 14 hari untuk menjawab surat berkenaan iaitu di mana tarikh itu berakhir 17 Jun ini.

"Saya tak dapat surat sampai sekarang. Apa masalah mereka pun tak pasti. Hantar sahaja ke Pejabat Umno Bahagian Ipoh Barat...tahulah mereka cari saya.

"Rumah saya bukan dalam hutan atau dalam air," katanya kepada mStar Online di sini pada Khamis melalui aplikasi Whatsapp.

Usaha mStar Online mendapatkan penjelasan mengenai status surat tunjuk sebab kepada ibu Dyana Sofya Mohd Daud daripada Pejabat Umno Bahagian Ipoh Barat dan Umno Perak juga gagal.

Wakil pejabat parti itu di peringkat negeri dan bahagian tidak dapat memberi sebarang pengesahan mengenai surat berkenaan.

Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti itu sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy pada 3 Jun lalu berhubung tindakannya menyokong kempen calon parti yang menentang Barisan Nasional (BN).

Yammy merupakan ahli Umno Cawangan Kampung Tawas Tambahan dalam Bahagian Ipoh Barat. 

Hot FM Mohon Maaf Isu 'Hamil' Panggilan Hangit

$
0
0



Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 12:06 AM

Hot FM memohon maaf kepada Norfarhan dan isterinya berhubung insiden segmen Panggilan Hangit.

PETALING JAYA: Pihak pengurusan stesen radio Hot FM pada Khamis memohon maaf berhubung insiden segmen Panggilan Hangit melibatkan pemain bola sepak T Team, Nor Farhan Muhammad dengan isterinya.

Hot FM dalam satu kenyataan menjelaskan pihak Nor Farhan juga memohon maaf atas kejadian tersebut yang jelas menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pendengar.

"Pihak pengurusan Hot FM dan Nor Farhan hari ini meminta maaf kepada seluruh pendengar khususnya pendengar Hot FM TGanu atas siaran panggilan hangit baru-baru ini," kata kenyataan tersebut.

Dalam siaran 3 Jun lalu seorang wanita mengadu kepada isteri Nor Farhan kononnya dia telah dihamilkan oleh lelaki tersebut dan enggan bertangungjawab.

Rakaman panggilan berkenaan menjadi viral dan rata-rata menganggap ia tindakan melampau dan kurang sopan.

Mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan, kenyataan itu menyebut pengisian segmen pada hari tersebut telah dicadangkan sendiri oleh pemain bola sepak berkenaan dengan niat untuk 'mengenakan' isterinya bersempena ulang tahun wanita berkenaan.

Bagaimanapun pihak stesen itu memberitahu sedang meneliti hal berkenaan dengan lebih mendalam selepas ia menjadi isu dikalangan pendengar.

"Hot FM ingin memohon maaf atas perkara ini dan pihak pengurusan sedang meneliti isu ini dengan lebih mendalam," kata kenyataan itu lagi.

Segmen berkenaan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat menerusi slot AM Krew yang dikendalikan oleh Fara Fauzana, AG dan Fizie.

Qari dan Qariah Amerika sertai Tilawah Al-Qur'an Antarabangsa di KL

$
0
0


BERNAMA | .



WASHINGTON: Kemesraan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) semakin terserlah dengan penyertaan dua wakil negara itu dalam tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur yang bermula Isnin ini.
  
Qari dan qariah AS itu berlepas dari Lapangan Antarabangsa Dulles di sini  ke Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu.
  
Bercakap kepada Bernama di sini, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata penyertaan qari dan qariah AS itu adalah yang pertama sejak Malaysia menganjurkan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 56 tahun lepas.

  
"Kami mengemukakan cadangan kepada Jabatan Negara AS dan mereka memberitahu kerajaan AS menyokong konsep itu dan berterima kasih kepada Malaysia atas undangan menyertai tilawah.
  
"Kami kemudian diminta menghubungi Islamic Society of North America (ISNA) iaitu pertubuhan Islam terbesar di Amerika Utara. ISNA kemudian mengusulkan nama dua pelajar yang bukan sahaja bersuara merdu tetapi juga memahami kesederhanaan dalam Islam," katanya.

Mereka ialah Yusuf Muhammad Azeem, 15, dari Landham, Maryland, dan Fadima Mohamed Dahir, 18, dari Woodbridge, Virginia.
  
Sepanjang berada di Malaysia Yusof akan ditemani ibunya Jameela Cattaneo sementara Fadima pula diiringi bapa saudara Ibrahim Abdirahman Sheikhadan.
  
Awang Adek yang teruja dengan penyertaan dua wakil AS itu, berkata perkara tersebut adalah petunjuk jelas akan hubungan yang bertambah baik dengan AS yang kekal menjadi pasaran kedua terbesar dan pelabur asing utama Malaysia.
  
Lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia pada April lalu turut merapatkan lagi hubungan Malaysia-AS dalam beberapa isu global.
  
Pentadbiran AS turut mengikuti dengan teliti setiap kenyataan yang dibuat oleh Malaysia, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperjuangkan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang semakin mendapat tempat ketika beberapa bahagian di dunia ini menghadapi konflik keganasan.
  
Mengulas lanjut, Awang Adek berkata penyertaan qari dan qariah AS itu juga harus dilihat dari konteks sokongan kepada idea kesederhanaan dalam Islam yang dibawa oleh Malaysia dan Perdana Menteri.
  
"Memang benar idea kesederhanaan dalam Islam diterima baik di AS yang memahami dan menghargai idea tersirat iaitu keharmonian dan toleransi dalam kalangan penduduk berbeza agama," katanya. 

Akan hantar ibu ke Mekah - Arip [Juara Kilauan Emas]

$
0
0
  • Pembancuh air menang besar
 1 / 1 
TATKALA diumumkan sebagai tiga finalis Kilauan Emas musim keempat, ramai yang menjangkakan Arip hanya mampu meraih tempat ketiga berdasarkan prestasinya sebelum ini.

Namun telahan kebanyakan orang mengenai prestasi peserta berusia 42 tahun ini ternyata meleset apabila Arip atau nama sebenarnya, Omar Sharif Mat Din memberikan persembahan yang cukup mantap dan bertenaga, sekali gus melayakkannya dinobatkan sebagai juara dengan jumlah undian 66.51 peratus.

Dengan itu, Arip menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.


Arip turut menerima Anugerah Khas Juri sebagai menambat hati juri mengadakan persembahan terbaik, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, Zain meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Manakala Ben yang sebelum ini disebut-sebut sebagai juara, akur apabila meraih tempat ketiga dan menerima RM30,000, sebuah trofi serta pakej percutian ke Bandung.

Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.
Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad, manakala 30 peratus berdasarkan undian SMS penonton.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar di mana mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan iaitu solo, medley dan duet.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Ella, Datuk M Nasir, Mamat Khalid, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad.

Bawa ibu tunai haji
Di sebalik kejayaannya itu, Arip mendedahkan penglibatannya dalam pertandingan Kilauan Emas ini sebenarnya didorong oleh ibunya, Rahmah Pakis, 67.

"Memandangkan sebelum ini saya sering menyertai pertandingan kugiran atau band sehingga mendapat tempat pertama dan kedua, jadi dia suruh saya sertai Kilauan Emas untuk lihat sejauh mana kemampuan saya.

"Saya pun ke Shah Alam untuk menyertai uji bakat dan tiba seawal jam 4 pagi bersama isteri.

"Masa mula-mula ambil borang, saya rasa berbelah bahagi juga. Tapi mujur isteri banyak memberi semangat kepada saya dan saya teruskan," katanya.
Arip berkata, dia akan menunaikan janjinya untuk menghantar ibunya mengerjakan haji dengan duit kemenangannya itu.
Bukan itu sahaja, Arip bersama Zain turut merancang membuka satu restoran dengan duit kemenangan mereka.
"Sebelum menyertai Kilauan Emas, saya sudah buat berbagai kerja dan yang terakhir menjadi pembuat air di sebuah kedai makan.
"Jadi dengan duit kemenangan ini, saya mahu mengubah hidup saya menjadi lebih baik dan saya berharap perancangan kami akan berjalan lancar kelak," jelasnya.
Dituduh penagih dadah
Ditanya mengenai penghinaan sesetengah orang kepada dirinya termasuk dikatakan seorang penagih dadah kerana sering bertukar kerja, Arip berkata, dia menerima penghinaan itu.
"Walaupun orang kata saya penagih dadah, ingin saya tegaskan di sini, saya tidak pernah ambil barang terlarang itu.
"Saya sering bertukar kerja kerana mahu mencari nafkah untuk keluarga dan badan saya yang kurus ini bukan kerana saya mengambil dadah.
"Tapi hari ini saya dah buktikan pada mereka yang gemar menghina saya bahawa saya boleh berjaya," ujarnya.
Ringgo jadi sejarah: Zain
Sementara itu, Zain atau nama sebenarnya, Md Zain Ramli tidak menyangka, pada mulanya sekadar menemani seorang rakan menjalani uji bakat, dia akhirnya kembali melibatkan diri secara tidak langsung di dalam industri selepas 11 tahun tidak
menyanyi.
"Sebenarnya kawan saya yang beria-ia mahu menyertai uji bakat dan saya hanya menemaninya sahaja. Tapi bila tiba di lokasi uji bakat, dia ambil borang dan isikan sekali untuk saya.
"Tapi sebaik menjalani uji bakat, saya lepas dan dia tidak. Masa mula-mula itu saya rasa cukup berbelah bahagi, fikirkan macam-macam, tapi atas dorongan isteri, saya sertai juga," ujarnya.

Zain yang sebelum ini vokalis kumpulan Arrow dan dikenali sebagai Ringgo berkata, dia kini ibarat satu produk lama yang melalui proses penjenamaan semula.
"Kalau boleh saya mahu orang kenali saya sebagai Zain Kilauan Emas kerana Ringgo itu sejarah lama. Tapi saya tak kisah jika orang nak panggil saya Ringgo," katanya.
Ikut arus Astro
Zain berkata, dia tidak berhasrat untuk bekerja keras seperti ketika masih muda dan hanya akan mengikut segala perancangan yang dilakukan Astro.

"Secara jujurnya saya melihat industri seni kita sekarang semakin merudum dan ramai penyanyi lebih selesa mengeluarkan single berbanding album.

"Jadi, saya lebih senang mengikut percaturan dan perancangan Astro yang sememangnya lebih mahir dalam urusan pemasaran," ujarnya.

Bagaimanapun Zain berkata, dia dan Arip ada merancang untuk berduet bersama dan berharap perancangan itu akan berjalan dalam masa terdekat ini.

"Sementara masih panas, orang masih ingat, kami memang ada merancang untuk berduet, tapi bergantung kepada keadaan," katanya.

Tiada istilah terlambat: Ben

Dalam pada itu, peserta paling senior, Ben atau nama sebenarnya, Benasil Kudong berkata, di dalam muzik, tiada istilah lambat atau cepat dan dia tidak pernah menyesal kerana menyertai Kilauan Emas pada usia 65 tahun.

Biarpun pada mulanya disebut-sebut sebagai juara, Ben berkata, dia redha dan menerima keputusan mendapat tempat ketiga.

Ben berkata, dia merancang untuk menerbitkan sebuah album Inggeris dan merakamkan beberapa lagu Inggeris yang sudah diciptanya.

"Antara lagu saya cipta adalah kesinambungan daripada sebuah lagu Tagalog berjudul Anak. Cuma bezanya lagu saya menceritakan anak yang sudah membesar," katanya yang demam kerana rindukan anak-anak di Sabah.

Ben berkata, dia mahu pulang ke Lahad Datu berjumpa keluarga dahulu, sebelum merangka karier seninya selepas ini.

Lintah masuk dalam perut

$
0
0
  • Yahya masih trauma selepas kejadian dua ekor lintah masuk ke dalam perutnya ketika mandi di kolam Isnin lalu.Yahya masih trauma selepas kejadian dua ekor lintah masuk ke dalam perutnya ketika mandi di kolam Isnin lalu.
 1 / 1 
KEMAMAN - “Waktu tengah seronok mandi tiba-tiba saya rasa tali perut seperti dicucuk-cucuk jarum,” kata Yahya Musa, 12, yang berdepan detik ngeri apabila perutnya dimasuki dua ekor lintah ketika sedang mandi di sebuah kolam ikan terbiar di Bandar Seri Bandi, dekat sini.

Kejadian luar jangkaan itu sekali gus menghancurkan keseronokan musim cuti sekolah bagi mangsa yang juga murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bandi II itu.

Gara-gara kejadian kira-kira jam 3 petang pada Isnin lalu itu, mangsa mengalami pendarahan teruk pada bahagian dubur dan nyaris pengsan sebelum dikejarkan ke klinik berhampiran.


Yahya berkata, dia berasa sakit yang keterlaluan dalam perutnya selepas kira-kira 10 minit mandi di kolam terbiar itu bersama beberapa lagi rakannya sebelum keluar darah dari punggungnya.

“Semasa mandi saya dah perasan ada lintah dalam kolam tu...jadi lepas terasa sakit perut saya syak lintah tu dah masuk dalam perut.

“Lepas itu saya terus pulang ke rumah, saya jalan pun dah terhuyung-hayang sebab rasa macam nak pitam dah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seri Bandi, semalam.

Kolam terbiar itu terletak kira-kira 500 meter dari rumah mangsa dan bersebelahan dengan SK Seri Bandi I.

Sementara itu, ibu mangsa, Fuziah Salleh, 38, berkata, ketika Yahya pulang ke rumah dia terkejut melihat seluar yang dipakai anaknya itu dipenuhi darah.

“Saya panik seketika kerana secara tiba-tiba dia pulang dalam keadaan begitu. Kemudian saya dan suami hantarnya untuk dapatkan rawatan segera di Klinik Kesihatan Seri Bandi sebelum dirujuk di Hospital Kemaman di Chukai.

“Sebaik tiba di hospital, doktor beri ubat tahan sakit dan air garam kepada anak saya. Alhamdulillah selepas makan ubat serta minum air garam, dua ekor lintah yang ada dalam perut anak akhirnya keluar,” katanya.

Katanya, dia juga bersyukur kerana selepas dilakukan imbasan x-ray doktor mengesahkan anaknya tidak mengalami luka dalaman.

Hudud: TGNA tak setuju kenyataan Dyana

$
0
0

Hudud: Nik Aziz tidak setuju kenyataan Dyana
KOTA BHARU  - "Saya tidak setuju kenyataan awak mengenai hudud." Itu antara kenyataan awal yang keluar dari mulut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika bertemu bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud di sini hari ini.
Dyana Sofya hadir mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang melakukan kunjungan hormat ke atas Nik Abdul Aziz di pejabat beliau di Kompleks Kota Darulnaim.
Dalam pertemuan tersebut, bekas Menteri Besar itu turut menasihatkan Dyana Sofya supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa depan.
Nasihat beliau itu adalah sebagai reaksi kepada tindakan Dyana Sofya yang dilaporkan berkata tidak akan menyokong pelaksanaan hudud ketika berkempen dalam PRK Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.
Bagaimanapun, butiran lanjut perbualan mereka selepas itu tidak diketahui kerana petugas media diarahkan beredar dengan alasan pertemuan itu sepatutnya diadakan secara tertutup.
Mengulas mengenai pertemuan yang berlangsung selama kira-kira setengah jam itu, Dyana Sofya berkata, beliau memanfaatkan sebaik mungkin ruang yang ada untuk menjelaskan pendiriannya mengenai hudud kepada Nik Abdul Aziz.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya jelaskan kepada beliau saya tidak pernah menolak hudud sebab sebagai orang Islam saya tidak boleh menolak hudud.
"Bagaimanapun pendirian saya sama seperti pendirian parti (DAP)," katanya.
Menurut Dyana Sofya, selain isu hudud, Nik Abdul Aziz turut memberi nasihat dan panduan berguna untuk beliau terus survive dalam dunia politik seperti perlu mempunyai prinsip dan sering turun padang bertemu masyarakat. -
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=159912:hudud-nik-aziz-tidak-setuju-kenyataan-dyana&Itemid=2#ixzz34VniATgA
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter


Kesombongan BN Akan Menyebabkan Kekalahan, Kata Daim

$
0
0


Daim ZainuddinDaim ZainuddinBEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin (gambar) mengkritik sikap sombong Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 dan PRU13 pada 2013.
Daim berkata, masalah timbul apabila BN menang dengan majoriti besar pada 2004 dan mula lupa diri sehingga lupa janji manifesto mereka kepada rakyat.
"BN jadi angkuh, sombong, lupa diri dan lupa janji kepada rakyat tetapi rakyat tidak lupa.
"Itu sebabnya pada 2008 majoriti kurang dan 2013 lagi berkurangan.
"Dengarlah kehendak rakyat. Jangan ingat kerajaan tahu semuanya," katanya dalam laporan wawancara khas bersama akhbar Berita Harian, hari ini.
Pemimpin veteran Umno itu sebelum PRU12 pernah meramalkan kekalahan BN di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dan ramalan itu ternyata tepat.
Katanya, dengan status quo yang ada, agak sukar BN menang lagi PRU pada 2018 jika masih tidak berubah.
"Nombor satu menteri, wakil rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mesti mesra rakyat, jangan sombong dan apa yang berlaku pada 2008, jangan berlaku lagi.
"Rakyat sudah pandai menimbang dan bukan tiada pelajaran. Jika tidak ada perubahan rakyat akan ubah kitalah," katanya.
Tambahnya, BN juga perlu memperbaiki masalah mereka dan menang atas kekuatan sendiri, bukan hanya mengambil kesempatan atas kelemahan pembangkang.
Masalah itu termasuk isu rasuah dan pembaziran wang kerajaan.
"Tengok sahaja dalam Internet. Itu bukan hanya persepsi tetapi pandangan orang luar," katanya.
Pada masa yang sama, pandangan akar umbi parti sendiri juga perlu didengari kerana mereka yang memberikan undi.
Daim turut menasihati Umno-BN supaya turun padang mendengar keluhan rakyat melalui agensi kerajaan yang boleh memberikan maklumat sedemikian.
Namun beliau kecewa melihat dalam banyak situasi kerajaan takut untuk berbahas dan menjawab persoalan yang dikemukakan rakyat.
"Kita kena pasang telinga, pergi ke kedai kopi, ke pasar dan dengar apa yang pemandu teksi cakap," katanya.

Punca sebenar Umno S'gor tarik balik usul hudud

$
0
0


HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Umno Selangor memberi alasan kononnya laporan yang mengelirukan oleh akhbar Cina sebagai punca mereka menarik balik usul berkaitan perlaksanaan hudud di Selangor seperti diumumkan hari ini.

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata banyak akhbar Cina menghubunginya dan telah salah faham berhubung usul asal yang mahu dibawa ke Dewan Negeri Selangor itu.

"Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak)," kata beliau dipetik Malaysiakini.


Dalam pada itu, satu sumber yang dekat dengan Umno Selangor memberitahu Harakahdaily, punca sebenar penarikan itu adalah kerana usul yang pada asalnya mahu memerangkap PAS Selangor itu telah "makan tuan".

"Pada asalnya mereka menyangka speaker (Hannah Yeoh) dari DAP sudah pasti akan menolak usul tersebut kerana DAP sejak awal konsisten menolak hudud.

"Jika benar berlaku penolakan oleh speaker, maka mereka akan menjadikan itu sebagai bukti bahawa PAS benar-benar tunduk kepada DAP dengan membenarkan usul itu ditolak.

"Namun sebaliknya pula berlaku apabila speaker membenarkan usul tersebut dikemukakan dan kali ini Umno pula terperangkap dengan jerat yang dibuat sendiri," katanya yang tidak mahu namanya didedahkan.

Sebelum ini Adun Umno Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik membawakan usul itu di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Usul tersebut berbunyi:

"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".

Penerimaan usul itu bagaimanapun memberi tamparan hebat buat bukan sahaja kepada Umno, malah BN secara keseluruhan.

Ada cakap-cakap dari dalaman Umno sendiri bahawa usul yang dibawa itu mencerminkan sikap "tidak cerdik politik" pemimpin Umno Selangor.

Selain mengingkari pandangan presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang menegaskan Malaysia tidak akan melaksanakan hudud, tindakan Umno Selangor itu juga disifatkan "terlebih sudu dari kuah".

Ini kerana dakwa mereka, Kerajaan Pusat telahpun menubuhkan jawatankuasa teknikal membincangkan isu ini, namun Umno Selangor seperti mahu mendahului jawatankuasa ini.

"Mengapa yang baru jadi Ahli Dewan Undangan Negeri sepenggal dua, solat pun kadang-kadang tertinggal galak sangat mahu membicara hudud ini?

"Bagaimana Umno akan menjawab pertanyaan parti lawan mengapa usul ini dibawa ke Dun Selangor bukannya Dun Johor, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Sabah dan Negeri Sembilan yang mana Umno mempunyai majoriti untuk melaksanakannya," soal beberapa blog pro-Umno. - HARAKAHDAILY 13/6/2014

Artis berhijrah [bertudung] - Kini Giliran Uqasha Senrose pula ...

$
0
0


SUDAH ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikan, terbaru pelakon terkenal Uqasha Senrose yang mula tampil berhijab bagi memenuhi tuntutan agama.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen dalam satu kenyataan di sebuah portal mengesahkan yang dia kini sudah berhijrah sepenuhnya.

“Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yang saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini," jelasnya.


Dalam pada itu, Uqasha turut menafikan yang perubahan dirinya itu didorong oleh faktor luaran terutamanya lelaki tetapi berharap perkara baik seperti ini akan kekal.

“Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa, perkara ini tidak akan kekal. Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang mendoakan yang baik-baik untuk saya," tambahnya.

Cium dahi, lelaki berdepan penjara 10 tahun

$
0
0
  • Mohd Safein mengaku salah mencium dahi seorang gadis di dalam bilik sebuah hotel di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.Mohd Safein mengaku salah mencium dahi seorang gadis di dalam bilik sebuah hotel di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU - Gara-gara gagal mengawal nafsu, seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut, jika disabitkan kesalahan.

Mohd Safein Hameed, 45, berdepan hukuman itu selepas mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 19 tahun, dengan maksud untuk mencabul kehormatan dengan mencium dahinya, di Mahkamah Majistret, di sini,  semalam.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu pada 8 Jun lalu, di sebuah bilik di Hotel KT Mutiara, di sini.

Sejurus pengakuan bersalah Mohd Safein direkodkan, Rozianti menetapkan 17 Jun depan sebagai tarikh jatuh hukum serta membenarkan dia diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin.

Berdasarkan fakta kes, pada 8 Jun lalu, jam 5.40 petang, semasa mangsa berada di dalam bilik hotel, tertuduh telah mengetuk pintu dan terus masuk ke dalam bilik tersebut.

Mohd Safein kemudian bertindak mencium dahi dan cuba memeluk mangsa, sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, dia berjaya ditangkap orang awam di sebelah Kedai Buku Pustaka Sri Intan, di sini, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

Anggota ISIS Dan Pengebom Berani Mati Pertama Malaysia

$
0
0


Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 8:54 AM


Ahmad Tarmimi Maliki, dikatakan rakyat Malaysia pertama menjadi pengebom berani dan bertanggungjawab terhadap serangan di ibu pejabat SWAT di Iraq pada 26 Mei.

PETALING JAYA: Setahun yang lalu, Ahmad Tarmimi Maliki berusia 26 tahun dan merupakan seorang pekerja kilang yang pendiam.
Kini, dia 'diangkat' sebagai pengebom berani mati yang pertama di Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Dia mendapat 'penghormatan' itu apabila meletupkan 25 askar elit Iraq di ibu pejabat SWAT Iraq di al-Anbar pada 26 Mei.


Laporan menyatakan bahawa Ahmad Tarmimi, yang menerima latihan militan di Port Dickson pada akhir tahun lepas, memandu kenderaan SUV tentera dipenuhi dengan bertan-tan bahan letupan menuju ke ibu pejabat SWAT dan meletupkan dirinya.

Pengeboman didahului dengan serangan ke atas ibu pejabat komando ISIS.

Pembabitannya telah disiarkan dalam laman web rasmi ISIS dengan tajuk, "Mujahidin Malaysia Terkorban Dalam Operasi Mati syahid" dengan gambarnya juga dipaparkan.

Laporan itu juga menyatakan bahawa militan ISIS telah merampas senjata besar dari tempat persembunyian di ibu pejabat.

Ia menerangkan Ahmad Tarmimi sebagai pengebom berani mati yang pertama di Malaysia di Iraq.

Ahli keluarga Ahmad Tarmimi berkata pertemuan terakhir mereka adalah pada bulan Mac sebelum dia berlepas ke Timur Tengah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam.

Dia telah bekerja di sebuah kilang di Selangor sejak 2012.

Walaupun tidak menunjukkan reaksi pelik, Ahmad Tarmimi menjadi semakin warak dan lebih berahsia, kata keluarganya.

Dari posting Facebook, diifahamkan Ahmad Tarmimi pertama kali memasuki Syria melalui Turki sebelum berakhir di Iraq, tempat di mana dia menjadi pengebom berani mati.

Sumber berkata rangkaian ISIS mempunyai hubungan tempatan di Asia Tenggara, termasuk Indonesia, dan banyak anak muda telah terjebak untuk berperang dan sanggup mati untuk saudara-saudara Islam mereka di Timur Tengah.

ISIS telah ditubuhkan pada April 2013 dan berkembang daripada kumpulan al-Qaeda di Iraq.

Menurut kajian dan analisis keganasan (http://www.trackingterrorism.org), ISIS mempunyai sumber kewangan yang meluas (kebanyakannya diperolehi daripada aktiviti jenayah terancang yang dikatakan dalam bidang kawalan dan dana diaspora serta penaja kewangan yang tidak dikenali dari negara Teluk) dan juga modal insan yang membolehkan operasi di pelbagai lokasi.

Ini dilihat dalam serangan yang dilaksanakan di kawasan yang dianggap sebagai kawasan utama Syiah di Iraq, seperti Najaf, Karbala, Kut dan Wasit dan juga pengeboman di Baghdad (Iraq).

Sejak itu ISIS telah menjadi salah satu daripada kuasa utama untuk melancarkan serangan terhadap tentera kerajaan di Syria dan Iraq.

Laporan mendedahkan bahawa huruf 'S' yang terakhir dalam singkatan ISIS itu dikaitkan daripada perkataan Arab "al-Sham".

Ia mungkin merujuk kepada Levant, Syria atau Damsyik tetapi dalam konteks jihad global, ia merujuk kepada Levant, kawasan yang kini terdiri daripada Cyprus, Israel, Jordan, Lebanon, Syria, Palestin dan sebahagian daripada selatan Turki.

Organisasi ini diketuai oleh Abu Bakr al-Baghdadi.

Tidak banyak yang diketahui tentang latar belakangnya, tetapi dipercayai dia dilahirkan di Samarra, utara Baghdad, pada tahun 1971 

Balu PI Bala saman Najib

$
0
0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan lapan lagi tidak boleh melarikan diri dari bayangan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, apabila balu dan keluarga mendiang P. Balasubramaniam mengemukakan saman sivil kerana terpaksa hidup dalam buangan di India yang menurut mereka memakan belanja RM840,000.

Bala, penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya, meninggalkan Malaysia secara tergesa-gesa selepas menandatangani akuan bersumpah (SD) pada 2008 untuk menafikan penglibatan Najib dalam kes tersebut.

Saman difailkan minggu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh balu Balasubramaniam, A. Santamil Selvi dan anak-anaknya terhadap sembilan orang.Mereka termasuk Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adiknya Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan Datuk Mohd Nazim Abdul Razak, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, Sunil Abraham, pesuruhjaya sumpah, Zainal Abidin Muhayat, peniaga permaidani, Deepak Jaikishan dan peguam M. Arunapalam.

Peguam mewakili keluarga sedang dalam proses menyerahkan surat mahkamah kepada defendan, termasuk Cecil yang sedang berdepan prosiding tatatertib oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin Peguam dan Peguamcara (JDPP) kerana peranannya dalam SD kedua Bala.

Selvi dan anaknya sedang menuntut gantirugi terhadap kerugian ditanggung semasa hidup dalam buangan di antara Julai 2008 dan awal tahun lepas. Bala meninggal dunia pada 15 Mac lalu selepas serangan jantung, beberapa minggu selepas pulang dari India.

Menurut saman itu, pihak keluarga berkata para defendan menyebabkan SD kedua Bala "didraf tanpa arahan si mati dan menyebabkan si mati menandatanganinya dengan ancaman dan paksaan”.

Keluarga menuntut sejumlah RM840,000 untuk 56 bulan hidup dalam buangan dari Malaysia. Jumlah itu termasuk menyewa pangsapuri di India, yuran sekolah, kehilangan pendapatan balu Bala sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos pengangkutan dan kerugian am dan khas lain.

Saman itu difailkan oleh peguam Bala, Americk Singh Sidhu.

Bala menjadi terkenal selepas bekerja untuk penganalisis politik terkemuka, Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya. Beliau menarik kembali SD pertamanya mengenai perkara itu pada 4 Julai 2008.

Dalam SD keduanya, Bala mendedahkan beliau mahu “menarik kembali keseluruhan kandangan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai, 2008.

"Saya dipaksa mengeluarkan akuan bersumpah tersebut dalam keadaan terpaksa,” katanya.

SD kedua itu juga menyatakan semua kenyataan dibuat sebelumnya tidak tepat dan tidak benar.

Semasa sidang media mengumumkan SD kedua itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Bala mendiamkan diri manakala peguam barunya, Arulampalam, yang menjawab soalan wartawan.

Mereka meninggalkan sidang media selepas mengedarkan SD kedua. Arulampalam mengatakan anak guamnya sedang tertekan dan sedih.

Sehari sebelum itu, pada 3 Julai, 2008 Bala memberitahu sidang media dipenuhi wartawan anjuran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai kandungan SD pertama tentang penglibatan Najib dan beberapa yang lain dalam pembunuhan Altantuya pada 2006.

Americk merupakan peguam Bala. Abraham berdepan dengan tindakan Majlis Peguam kerana beliau mendraf SD kedua penyiasat persendirian itu.

Majlis Peguam mengemukakan aduan terhadap Abraham kepada jabatan disiplin tahun lalu dan pengerusinya, Christopher Leong hadir pada Mac di depan jawatankuasa itu memberi keterangan dalam sesi tertutup.

Deepak sebelum itu mengaku membantu Bala untuk menarik SD pertama dan mencarikan peguam untuk mendraf SD kedua.

Americk mendedahkan mengenai perbalahan SD apabila beliau membaca kenyataan disediakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-67 Majlis Peguam Malaysia tahun lalu, di mana beliau berkata, "Tan Sri Cecil Abraham mengakui kepada saya dia adalah orang yang menggubal akuan bersumpah kedua".

Americk kemudian memberitahu pemberita di luar AGM arahan kepada Abraham datang daripada Najib, ketika itu timbalan perdana menteri.

Dalam kes pembunuhan Altantuya, dua bekas komando polis, Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri yang dituduh membunuh Altantuya didapati bersalah dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sabitan mereka bagaimanapun dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun lalu, dan keputusan itu dirayu Putrajaya. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan mereka, dilepaskan pada 2008. - TMI

Dyana Perlu Letak Islam Sebelum Parti - TGNA

$
0
0
alt


KOTA BHARU 14 Jun - Bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud sepatutnya lebih mengutamakan agama Islam berbanding pendirian parti politik yang disertainya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, agama yang wujud sejak beribu-ribu tahun lalu lebih penting berbanding sesebuah parti politik kerana telah menjadi pegangan hidup manusia sejak sekian lama.

Sehubungan itu katanya, tiada sebab kenapa Dyana Sofya perlu mengutamakan DAP lebih daripada agama yang dianutinya sehingga terpaksa menolak pelaksanaan hukum hudud.


"Dalam pertemuan pagi semalam, baru saya dengar penjelasan Dyana (Sofya) yang dia tidak kata tolak hudud sebagaimana dilaporkan wartawan, cuma dia ikut pendirian parti.

"Jadi saya kata pula, agama dengan parti mana lebih utama. Parti baru lagi, 40 hingga 50 tahun sedangkan agama sudah beribu-ribu tahun. Patut agama lebih utama. Dia terus senyap," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan beliau dengan Dyana Sofya serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim semalam.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau turut meluahkan perasaan kecewanya terhadap tindakan Dyana Sofya yang disifatkan mengeluarkan kenyataan secara terburu-buru.

"Saya luah isi hati, bahawa saya kecewa kerana teknik (memberi kenyataan) itu tidak betul, sebab seolah-olah terus tolak hudud di peringkat pertama lagi," katanya.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas dakwaan DAP yang mengaitkan Pas dan hudud sebagai punca kekalahan dalam pilihan raya kecil tersebut sehingga Kit Siang terpaksa tampil bertemunya untuk memberi penjelasan.

"Isu itu orang yang kata, dia nak kata apa, saya tak ganggu," katanya.

Sembilan hotel, resort di Kuantan tak halal - JAIP

$
0
0

KUANTAN - Menjelang dua minggu lagi sambutan Ramadan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mendedahkan sebanyak sembilan hotel dan resort di daerah ini gagal memperbaharui sijil halal.
Kesemua hotel dan resort berkenaan membabitkan 17 premis makanan termasuk dapur dan restoran yang gagal mendapatkan Sijil Halal Malaysia selepas pelaksanaan Sistem e-halal bermula Januari tahun lalu.
Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal JAIP, Noridzuan Abdul Manan berkata, kegagalan memperbaharui sijil halal itu disebabkan pihak pengurusan terbabit tidak komited dengan kerja-kerja berkaitan pensijilan halal.
Katanya, antaranya ialah lewat mengemukakan permohonan baru, gagal melantik pegawai yang dipertanggungjawabkan mengurus permohonan halal secara atas talian dan gagal mengisytiharkan menu yang disediakan.
“Dalam konteks ini juga penting apabila mereka turut gagal mengisytiharkan keseluruhan ramuan yang digunakan dengan lengkap,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun JAIP sentiasa berusaha membantu mempercepatkan proses permohonan sijil halal tetapi akan berlaku kegagalan jika pihak hotel tidak peka dengan keperluannya
Katanya, JAIP menggalakkan premis berkenaan mewujudkan Jawatankuasa Halal Dalaman bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan proses memohon sijil halal sekali gus mengelakkan kerumitan.
“Kita sudah menghantar beberapa kakitangan dari unit ini bagi tujuan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pihak hotel atau resort,” katanya.
Menurutnya, langkah terbaik JAIP ialah melaksanakan bengkel latihan khusus bagi semua industri hotel di Kuantan untuk mempelajari sistem e-halal tahun lalu.
Pengguna diminta merujuk laman sesawang JAIP iaitu http://jaip.pahang.gov.my bagi melihat senarai penuh hotel dan premis yang mendapat sijil halal.
“Pilihlah restoran atau premis halal sepanjang Ramadan ini sesuai dengan keberkatan puasa sepanjang hari dan elakkan makanan yang tidak suci,” katanya. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0614&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz34bC3Q7em 
Hakcipta terpelihara 

AGBK 2013: TGNA tewaskan Dr Asri

$
0
0
  • Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menewaskan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui buku Bicara Ini Demi Illahi apabila dipilih peminat untuk memenangi Anugerah Penulis Pilihan Kategori Islamik pada Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013, hari ini.

Selain Asri, Nik Aziz turut menewaskan beberapa nama besar lain seperti Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj, Muhd Nasruddin Dasuki dan Prof Masya Rasid Muhamad.

Namun, bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak dapat hadir untuk menerima sendiri anugerah berkenaan.


Editor Karya Bestari, Mohd Sofian Rosali yang juga editor buku tersebut menyifatkan kemenangan itu satu bonus.

"Ini buku pertama kita dengan Tok Guru Nik Aziz. Alhamdulillah sambutan penjualan buku ini sejak awal perasmian tahun lalu begitu memberangsangkan.

"Menang ini satu bonus tetapi apa lebih penting bagaimana orang ramai memanfaatkan buku ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas majlis penyampaian AGBK 2013, hari ini.

Menurutnya, anugerah tersebut bakal disampaikan kepada Nik Aziz dalam masa terdekat di Kelantan.

"Cara nak baca buku ini bukan dari sudut politik tapi dari sudut pendidikan akhlak, agama dan keluarga.

"Dalam masa terdekat, saya akan sampaikan sendiri kepada Tok Guru Nik Aziz anugerah ini sekali dengan royalti buku Bicara Ini Demi Illahi yang terbaru," katanya.

Bicara Ini Demi Ilahi merupakan buku yang diadaptasi daripada kuliah-kuliah Nik Aziz yang telah diterjemahkan kepada bahasa yang lebih mudah.

Selain itu, buku ini juga mengandungi nasihat-nasihat beliau sebagai seorang ayah dan datuk kepada anak cucunya.

Buku genre islamik itu turut menerima Anugerah Cover Pilihan Kategori Buku Islamik.

Anugerah yang julung kali diadakan itu menyaksikan 30 kategori dipertandingkan dan setiap pemenang menerima wang tunai RM3,000 beserta trofi.

Kilang mi sanggul di Bukit Mertajam guna logo halal tidak diiktiraf - KPDNKK

$
0
0
BUKIT MERTAJAM - Sebuah kilang mi sanggul di Kampung Sama Gagah, di sini didapati menggunakan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Md. Nasir Mohamad berkata, perkara itu terdedah selepas kilang itu diserbu pihaknya pada pukul lima petang semalam hasil maklumat awam dan risikan.
"Sebanyak 1,800 bungkus mi sanggul menggunakan logo halal tidak diiktiraf dirampas dan pihak kami turut menyita 400 bungkus mi teow dan 352 bungkus mi suah menggunakan logo halal tidak diiktiraf serta 780 unit kotak kosong tertera logo halal tidak diiktiraf. Nilai rampasan semalam adalah sebanyak RM4,184.
"Berdasarkan siasatan, kilang berkenaan yang beroperasi sejak 15 tahun lepas pernah diserbu pada 2010 atas kesalahan sama dan pemiliknya menyalahi Akta Perihal Dagangan (Pengakuan dan Penandaan Halal) 2011," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, pihaknya telah merekodkan keterangan pemilik kilang berkenaan dan menjalankan siasatan menurut Seksyen Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menyalahgunakan logo halal dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun. - Bernama


Hakcipta terpelihara 
Viewing all 2146 articles
Browse latest View live