Quantcast
Channel: Mimpi Senja
Viewing all 2146 articles
Browse latest View live

Polis Syariah - PDRM sedia tempatkan annggota di Jakim - Zahid

$
0
0
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri bersedia menempatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai polis syariah, kata Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, PDRM mempunyai pegawai dan anggota yang bersesuaian untuk penempatan itu dan hanya menunggu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan jawatan itu di Jakim.
"Ramai anggota polis yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan ada yang memiliki ijazah daripada universiti tempatan atau luar negara dalam bidang agama dan kami bersiap siaga untuk menempatkan pegawai kami ke Jakim,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sebelum ini, terdapat cadangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menubuhkan polis syariah sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.
Zahid sebelum itu menghadiri majlis makan tengah hari dan ceramah bersama Ulama Sheikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah bersempena kunjungan hormat imam dan khatib Masjid Saidina Jaafar, Jordan, di kementerian hari ini.
Ahmad Zahid berkata tiada tempoh yang ditetapkan untuk penempatan anggota PDRM di Jakim itu dan menyerahkan usaha untuk mendapatkan kelulusan bagi perjawatan itu daripada JPA kepada Jakim. - Bernama


Po

Adakah pemecatan pengerusi Bank Rakyat ada kaitan dengan PEMBUNUHAN ALTANTUYA?

$
0
0
Selasa, 10 Jun 2014 08:05

Oleh Badrul Hisham Shaharin

Adakah pemecatan pengerusi Bank Rakyat ada kaitan dengan PEMBUNUHAN ALTANTUYA?
Baru - baru ini Malaysia dikejutkan dengan kenyataan Tan Sri Sabaruddin Chik yang 'dipecat' dari kerusi Pengerusi Bank Rakyat. Pemecatan Sabaruddin dikatakan berkait rapat dengan kegagalan beliau menyakinkan semua lembaga pengarah untuk meluluskan pinjaman sekitar RM40 juta (ada sumber menyebut RM32juta) tanpa faedah selama 30 tahun.
Apa yang menariknya ialah pinjaman tersebut adalah untuk seorang ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishnan. Tentu Malaysia tidak lupa bagaimana beliau muncul mendedahkan bagaimana beliau terlibat dalam operasi pembunuhan Altantuya seorang gadis yang terkait dengan skandal pembelian kapal selam negara yang mana ketika pembelian tersebut Najib Tun Razak (suami Rosmah) merupakan Menteri Pertahanan.
Deepak cukup rapat dengan Rosmah sehinggakan wujud sebuah 'novel pendek' bertajuk Ros Hitam yang dikatakan ditulis oleh Deepak menceritakan detik pembunuhan Altantuya dengan mendedahkan sekali dokumen (resit) pembelian barang kemas yang berkaitan watak Ros Hitam (watak yang difahami umum merujuk kepada Rosmah).
Pendedahan Deepak diketahui kerana janji laluan atau bantuan perniagaan kepadanya yang tidak ditunaikan. Ia jelas dengan bagaimana serentak dengan itu ia membuat pendedahan berkenaan rundingan tanah dan seumpamanya.
Namun selepas itu Deepak diam semula. Maka persoalan muncul adakah dia sudah mendapat habuan tertentu?
Kemudian, apabila muncul kenyataan Pengerusi sebuah bank dipecat ekoran kegagalan menyakinkan lembaga pengarah untuk memberikan pinjaman mudah tanpa faedah selama 30 tahun berkaitan Deepak sudah tentu semua akan tertanya - tanya, adakah ini sebahagian dari pakej tutup mulut terhadap apa yang berlaku ?
Najib harus tampil menjelaskan sekali lagi perkara ini. Sampai bila keselamatan negara termasuk wang rakyat menjadi taruhan terhadap misteri pembunuhan yang tidak selesai.
Tahukah kita juga kes pembunuhan Altantuya di mahkamah juga tergantung apabila rayuan di Mahkamah tertangguh kerana suspek pembunuhan telah gagal dikesan. Persoalan yang lebih penting ialah dua suspek itu tidak punya motif untuk membunuh Altantuya. Maka siapa arahkan pembunuhan itu berlaku masih menjadi tanda tanya.
Solidariti Anak Muda Malaysia mengajak rakyat memandang serius perkara ini. Ia melibatkan aspek keselamatan, kedaulatan undang - undang dan juga memberikan kesan ekonomi pada negara.
Sekian.
BADRUL HISHAM SHAHARIN ialah Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=158862:adakah-pemecatan-pengerusi-bank-rakyat-ada-kaitan-dengan-pembunuhan-altantuya?&Itemid=2#ixzz34CIuvhdq
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Masa depan Dyana dan bondanya

$
0
0

SUBKY LATIF | .

SELEPAS Dyana Sofya tewas nipis dalam PRK Teluk Intan, orang mula beertanya akan masa depan politiknya dan juga masa depan poliik ibunya.
   
Ada yang meramalkan Dyana akan meninggalkan DAP seperti yang diagak oleh seorang raja yang pernah diberi kedudukan tinggi dalam pimpinan DAP dan sepenggal senator. Dia sangka Dyana juga sepertinya tidak berpolitik lagi.
   
Dyana sendiri tegas betapa dia tidak putus asa atas kekalahan kecilnya dan akan kekal dalam DAP, mungkin sehingga PRU 14 akan kekal sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang.
   
Sebagai orang PAS saya suka setiap anak muda Islam berpolitik dalam PAS termasuk Dyana. Tetapi setelah dia sudah dikenali sebagai seorang pemudi DAP, saya setuju dengan pendiriannya iaitu kekal dalam DAP sehingga PRU 14 dan lebih berperanan dalam parti itu sebagai sekutu penting Pakatan Rakyat.

   
Timbalah sebanyak-banyak pengalaman dan ilmu dalam DAP dan saya fikir kiranya dia kekal di situ, dia akan timbul selepas PRU akan datang, tidak mustahil dari Teluk Intan juga.
  
Sebagai orang Islam dia patut mengukuhkan akidahnya. Itulah masa depannya di dunia dan di akhirat. Gunakan keberanian dan kekuatan peribadi bagi mencapai tahap tinggi akidah. Caranya rapat terus dengan PAS dan ikuti program PAS sebagaimana ADUN DAP Sekincan mengikuti dan bergaul dengan PAS. Dyana mesti mencapai tahap intelektual seperti Liew Chin Tong, MP DAP Keluang yang tahu mendalam tentang pemikiran politik Islam yang dianuti PAS.
   
Dia boleh menjadi orang yang berakidah dalam DAP sambil dapat nanti memberikan pandangan yang tepat tentang Islam kepada rakan-rakan dalam DAP termasuk akan keindahan hudud. Dia boleh diam tentang sikap DAP terhadap hudud dan DAP tentu tidak akan memaksa ahli Islamnya tidak beriman dengan hudud jika ia mahu lebih ramai orang Islam bersama DAP.
  
Dyana boleh jadi seperti isteri Firaun yang tidak beriman kepada Firaun tetapi beriman dengan Allah. Bezanya dia jangan memusuhi DAP dari dalam. Jika dia boleh menjadi orang DAP yang rapat dengan pemikiran politik PAS, maka dia boleh menjadi jambatan bagi mendekatkan hubungan antara PAS dan DAP.
   
Hubungan masa depan DAP dengan PAS masa depan adalah lebih penting. Dyana boleh menjadi elemen berguna bagi mengukuhkan hubungan itu.
  
Ibu Dyana telah muncul sebagai nama orang politik yang lebih penting dari penampilannya dalam Umno selama ini. Dia terkenal dalam politik kerana anaknya jadi DAP. Latar belakangnya dalam Umno ada penting sebagai orang politik yang ada imej baru.

Dia menyokong anaknya dan belum bercadang keluar Umno. Tetapi dia tidak akan tahan lama dalam Umno apabila rakan-rakan dan pemimpin Umno mencerca anaknya beterusan. Mungkin mereka tidak pecat dia dari Umno tetapi dengan mereka menghina anaknya tidak henti-henti, maka Umno bukan lagi menyenangkan fikirannya dan keluarganya.

Setakat ini dua sudah keluar Perkasa. Dan eloklah keluar Umno bagi bertoleran dengan anaknya Dyana. Parti yang  elok disertai oleh ibunya jika keluar dari Umno bukan masuk DAP dan bukan juga PKR, tetapi menyertai PAS.
   
PAS ada sikap memberi dan menerima dengan Dyana. PAS tidak kutuk Dyana jadi DAP dan menghormati pilihannya. Sekalipun Dyana dalam PRK lalu tidak bersama isu hudud, tetapi PAS adalah bersama Dyana.
   
Jika ibu Dyana masuk PAS dan Dyana mempunyai hubungan yang rapat dengan PAS, ibunya pula menjadi orang PAS yang ada hubungan rapat dengan DAP, maka kedua anak beranak itu boleh menjadi orang yang amat berharga kepada PAS dan DAP. Tempat baru bagi ibu itu adalah bersama PAS dan dia boleh berpolitik sama naik dengan anaknya.

Kompresor Angin Jadi Hadiah Hantaran Perkahwinan

$
0
0

Kompresor angin yang dihiasi reben merah merupakan hadiah hantaran unik untuk bakal suami pengantin perempuan ini.




PETALING JAYA: Lupakan soal kek dan sirih junjung, seorang pengantin perempuan memberikan bakal suaminya hadiah perkahwinan paling bermakna iaitu sebuah kompresor angin.

Gambar hadiah hantaran unik itu menjadi viral di laman sosial sejak Isnin.

Beberapa perkakasan pertukangan yang dihias cantik di atas dulang turut menjadi sebahagian daripada hadiah hantaran pasangan itu.

Bagaimanapun memandangkan kompresor angin itu terlalu besar untuk diletakkan di atas dulang hantaran, ia hanya diikat dengan reben merah beserta bunga.

Hasil pemeriksaan, gambar berkenaan bukanlah baharu kerana ia turut tersebar dan menjadi perbualan ramai sejak 2013.

Namun ia dikongsi semula pada Isnin dan kembali menjadi viral apabila lebih ramai pengunjung laman sosial menjadikan gambar berkenaan sebagai bahan gurauan.

Abby Abadi Akhirnya Pasrah Tiada Harapan Rujuk

$
0
0

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 12:57 PM


Saat bahagia Abby dan Farhan.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Hasrat pelakon Abby Abadi yang masih menanti sinar agar dia dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  kembali rujuk terpaska dilupakan kerana perkara itu tidak mungkin berlaku.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, dalam status terbaharu Instagram miliknya berkata, sekiranya perkara itu terjadi, ia merupakan satu keajabian kepadanya.

“Apa yang boleh saya katakan kalau berbaik memang ‘keajaiban’ berlaku. Jika sebaliknya, Allah lebih mengetahui apa yang diatur untuk saya. Saya reda,” ujarnya dalam kapsyen status berkenaan.

Menerusi Instagram itu Abby turut memuat naik gambar lukisan anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim, 9, yang menggambarkan hubungan cinta ibunya dengan Muhammad Noor Farhan dahulu dan terkini.

Lakaran yang dibuat oleh anak Abby iaitu Marissa Dania Hakim


Sebelum ini Abby turut memuat naik rakamkan video anak-anaknya yang menuntut agar Muhammad Noor Farhan yang dipanggil Abi agar pulang ke rumah.

Dalam pada itu Abby berkata, Dania ada memberitahu bermimpikan bapa tiritnya.

Sebaliknnya Abby berkata, dia dapat rasakan Farhan lebih bahagia di luar sana dan dia tidak meletakkan apa-apa harpan lagi terhadap rumah tangga mereka.

Abby juga turut mengulas luksian yang dimuat naik dalam Instagramnya itu adalah hasil tulisan tangan anaknya dan bukan dia yang brbuat demikian untuk meraih simpati terhadap pemuda itu.

Malah Abby turut menjelaskan, pekahwinannya dengan Farhan  bukanlah paksaan mana-mana pihak sebaliknya atas kehendak mereka berdua.

“Benda ni baru sangat takkan saya takde perasaan boleh lupa terus sekelip mata. Saya reda, tiada jodoh itu kuasa Dia. Saya tak pertikai pun,” ujarnya membalas komen pengikut laman sosialnya itu.

Terdahulu Muhammad Noor Farhan dilaporkan telah melakukan dua kali lafaz cerai terhadap Abby termasuklah salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.


Abby dan Muhammad Noor Farhan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 29 Mei lalu bagi mendengar permohonan lafaz cerai.


Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan 11 Jun depan bagi mendengar permohonan lafaz cerai kali pertama pemuda berkenaan ketika pelakon itu hadir bagi melaporkan lafaz cerai yang dibuat kali kedua.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Ia merupakan perkahwinan pertama bagi Muhammad Noor Farhan dan kedua bagi Abby.

Sebelum ini Abby pernah bernikah denagn pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 11, Marissa Dania Hakim,9, dan Maria Danisha Hakim yang berusia enam tahun.

Dr Maza jawab Ustaz Kazim Elias mengenai isu DNA babi

$
0
0
Dr Maza jawab Ustaz Kazim Elias mengenai isu DNA babi
Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Gambar Fail

SAYA terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulasisu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawimengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini. Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.

Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara 'janggal' menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi.

Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas.


Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.

Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya.

Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza'i, al-Thauri, Laith bin Sa'd, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.

Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh? Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat.

Jika kita semak pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.

Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.

Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi.

Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang. Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan.

Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan.

Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya. Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkena kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna.

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 Beroperasi Bulan Depan

$
0
0
alt

KEMAMAN, 9 Jun - Pakej dua, projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang menghubungkan Jabor ke Cheneh, dijangka siap sebelum hujung bulan ini dan boleh digunakan menjelang sambutan Aidilfitri pada Julai.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Ir Rosli Othman berkata pengguna lebuh raya dari Jabor akan boleh memandu terus ke Cheneh sejauh kira-kira 26 kilometer.

"Setelah turun di Cheneh, pengguna terpaksa menggunakan jalan biasa kerana pakej tiga dan tujuh LPT2 (dari Cheneh hingga ke Paka) masih belum siap dan kami beri jaminan akan dapat dibuka kepada umum sebelum akhir tahun ini.


"Namun pengguna (kemudian) boleh menyambung perjalanan ke pakej 10 Paka-Bukit Besi sepanjang 34 kilometer yang dibuka sejak Januari lalu dan seterusnya hingga ke Gemuruh di Kuala Terengganu," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Beliau berkata pembukaan pakej kedua itu sedikit sebanyak mengurangkan kesesakan kenderaan melalui kawasan bandar selain memberi kemudahan penjimatan tenaga, kos dan masa perjalanan kepada pengguna lebuh raya.

"Pada masa sama, kerajaan komited untuk mempercepatkan pembukaan dua pakej lagi jajaran LPT2 yang masih dalam proses pembinaan dan dijangka dapat disiapkan secara berperingkat sebelum September ini," kata Rosli.

Projek LPT2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu merupakan kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006 dengan anggaran kos awal projek RM3.7 bilion.

Projek itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Pada 22 Ogos 2011, kerajaan membuka sebahagian jajaran LPT2 kepada laluan awam sepanjang 70 kilometer dari pakej 12 di Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu hingga pakej 10 di persimpangan Bukit Besi.

Dyana: Noh Omar patut periksa maklumat sebelum keluar kenyataan

$
0
0

SHAH ALAM 10 JUN: Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar patut membuat pengesahan maklumat yang diterimanya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh membawa fitnah.
Setiausaha Politik bagi Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan dalam kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.
dyana kiniDyana berkata dakwaan palsu itu disiarkan dalam laman sosial Facebook palsu yang menyerupai laman sosialnya.
“Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai Rejimen Askar Melayu Diraja.
“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan (cadangan seperti) itu,” katanya dipetik Malaysiakini.
Dyana berkata beliau akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung kewujudan laman Facebook palsu mengenainya, dalam masa terdekat.
“Saya tidak (membuat kenyataan seperti itu,” katanya sambil menunjukkan kepada media mengenai perbezaan antara laman Facebooknya yang sah dan yang palsu.

JAKIM Jawab Isu Kilang Bihun Jijik

$
0
0
alt
KUALA LUMPUR 10 Jun - Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebooknya mengesahkan menerima maklum berhubung isu kilang pemprosesan bihun yang jijik serta menggunakan logo halal.
Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM berkata, siasatan lanjut juga akan dijalankan berikutan produk terbabit menggunakan logo halal sendiri.
"Merujuk kepada pertanyaan yang diterima hari ini (10 Jun 2014) berkaitan produk 'BIHUN ISTIMEWA' yang menggunakan lambang masjid dan telah disebarkan melalui media-media sosial, JAKIM dengan ini menegaskan bahawa syarikat tersebut adalah bukan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak pernah mempunyai sijil halal yang sah daripada JAKIM.
"Walaubagaimanapun, oleh kerana produk tersebut menggunapakai logo halal sendiri (self declaration) pada pembungkusan, perkara ini adalah bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan boleh dikenakan tindakan di bawah akta berkenaan," tegasnya.
alt
Sebelum ini orang ramai dihidangkan dengan 'sarapan' beberapa keping gambar jijik melibatkan sebuah kilang pengeluaran produk makanan membuat makanan yang tersebar dan menjadi viral di laman media sosial Facebook. [ARTIKEL DI SINI]

Selepas Tayang Badan, Aksi Panas di Katil Pula Jadi Tumpuan

$
0
0


..
Selepas muncul dengan video muzik berjudul 'Eyes, Nose, Lips' minggu lalu yang memperlihatkan imej seksinya - tak berbaju (yang mencecah lebih 4juta tontonan di YouTube), penyanyi Taeyang tampil dengan satu lagi muzik video terbaharu berjudul '1 AM'.
Single keduanya itu juga dipetik dari album keduanya 'Rise'.
Berbeza dengan single pertama, klip video yang dilancarkan pada 9 Jun ini (yang sehingga kini sudahh mencecah lebih 200,000 tontonan) ini berkonsepkan minimalis dengan babak dramatik di jalanan.
Namun apa yang lebih mencuri perhatian ramai ialah adegan intim anggota kumpulan BigBang ini bersama aktres Min Hyorin, di atas katil. 
Tak nak cakap banyak, layan...

Hubungan Sulit Bersama Abang Ipar Bawa Maut

$
0
0


Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 10:25 PM


PETALING JAYA: Hubungan sulit seorang lelaki bersama adik kepada isterinya bertukar tragedi apabila mayat wanita itu ditemui dalam keadaan berbogel dengan kesan lebam di leher di sebuah bilik hotel bajet.
Sumber berkata, mayat wanita yang bekerja sebagai juruwang di sebuah spa itu ditemui oleh kakaknya dan kakitangan hotel pada kira-kira pukul 5 petang Selasa selpeas suaminya menghubunginya dan didakwa mahu membunuhnya.
Lelaki yang berusia 27 tahun itu bekerja di sebuah pub di Kuala Lumpur turut didakwa memberitahu isterinya bahawa dia mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Polis kini sedang memburu lelaki berkenaan.
Difahamkan bahawa lelaki dan wanita itu telah mendaftar masuk ke sebuah hotel bajet di Kelana Jaya pada kira-kira pukul 4 petang Isnin dan lelaki itu keluar dari hotel itu seorang diri pada keesokan harinya sebelum menghubungi isterinya.
Timbalan Ketua Polis Polis Petaling Jaya, Supt Fadil Marsus berkata, wanita itu mengalami kesan lebam di lehernya dan punca kematian mungkin akibat dicekik.
"Tiada tanda-tanda lain dikesan pada badannya. 
"Tiada penemuan kondom atau dadah di bilik hotel," katanya di tempat kejadian.
Dipercayai bahawa kematian itu mungkin disebabkan sesuatu yang berlaku ketika melakukan hubungan seks.
Fadil berkata, polis sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.
Beliau berkata, wanita itu didapati meninggal dunia pada kira-kira pukul 12.30 pagi Selasa.
Polis turut membuat pemeriksaan terhadap rakaman litar tertutup (CCTV) di hotel tersebut.- mStar

Polis Buru 7 Suspek Rogol 2 Remaja

$
0
0



KOTA BAHARU: Polis Kelantan memburu tujuh lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir ke atas dua remaja perempuan di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini, 20 Mei lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mengikut siasatan polis, mereka yang masih bebas itu berumur dalam lingkungan 20-an.
"Tindakan memburu suspek-suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.
Jalaludin berkata hasil siasatan, polis menafikan mangsa yang berumur masing-masing 15 dan 17 tahun, telah dirogol oleh 38 lelaki seperti yang didakwa dalam laporan yang dibuat mereka sebelum ini.
"Bagaimanapun dipercayai mangsa telah dirogol oleh orang yang sama berulang kali," katanya.
Katanya dalam laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua mangsa pada 26 Mei lepas, dua mangsa itu menyatakan telah dirogol di dua tempat berasingan iaitu di sebuah rumah kosong dan rumah suspek di Ketereh, katanya.
Beliau berkata hasil siasatan polis mendapati kejadian melibatkan 13 orang suspek di tempat pertama dan lapan suspek lagi di lokasi kedua kejadian.
Melalui serbuan dan pemeriksaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan di sekitar Ketereh, polis menahan 14 lelaki dalam lingkungan 15 hingga 38 tahun, katanya.
Beliau berkata polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap dakwaan kes rogol bergilir-gilir membabitkan dua remaja perempuan itu.
Kes berkenaan dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Negeri Kelantan dan empat suspek akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama. - mStar

Saya tidak muflis - Datuk Raja Kamarul Bahrin

$
0
0


Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 9:13 PM


Raja Kamarul Bahrin.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin menolak khabar angin bahawa beliau diisytiharkan muflis.
Mesej yang disebarkan menerusi media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Selasa mengatakan bahawa Ahli Parlimen dari PAS itu diisytiharkan muflis oleh mahkamah di Terengganu kerana mengalami masalah kewangan.
Bagaimanapun, ketika dihubungi The Star, Raja Kamarul berkata, beliau tidak tahu bagaimana khabar angin itu bermula kerana beliau tidak menerima sebarang notis daripada pihak bank mengenai pengisytiharan muflis.
"Saya tidak terlibat dalam mana-mana kes mahkamah baru-baru ini, dan tidak menerima sebarang surat daripada bank, jadi saya tidak tahu bagaimana untuk memberi respon terhadap khabar angin ini.
"Lagipun, proses untuk mengisytiharkan seseorang itu muflis boleh memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana adanya kesimpulan di mana tak ada apa-apa pun yang berlaku," katanya.
Raja Kamarul berkata, satu pemeriksaan dengan timbalan pendakwa raya di sebuah mahkamah mendedahkan bahawa tiada kes yang difailkan terhadapnya pada Selasa.
Tambahnya, beliau akan mengadakan sidang media di Parlimen pada Rabu bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Hasan Ali Kembali Ke PAS

$
0
0
alt


KUALA LUMPUR 11 Jun - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali dikatakan akan menyertai semula parti itu selepas dipecat keahliannya pada Januari 2012.

Menurut sumber parti itu, kemasukan semula Hasan mungkin boleh berlaku apabila dikatakan wujud usaha dalaman yang digerakkan beberapa kepimpinan Pas termasuk anak-anak kepada pengasas serta golongan veteran bagi 'memperbetulkan' semula Pas supaya tidak tersasar jauh daripada matlamat dan perjuangan asalnya sebelum ini.

Katanya, usaha dalaman itu difahamkan dibuat atas perkiraan perkembangan politik semasa ketika ini termasuk kesan-kesan lain yang terpaksa dihadapi Pas ekoran kerjasama parti tersebut dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sesuatu isu yang ada kalanya tidak selari dengan matlamat asal parti berkenaan.


"Memang tidak dapat dinafikan Pas ketika ini dilihat sedikit demi sedikit telah lari daripada matlamat perjuangannya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti apabila mengadakan kerjasama politik dengan DAP dan PKR.

"Malah ada pemimpin daripada parti sekutu Pas secara terang-terangan menolak pelaksanaan hudud yang merupakan antara agenda perjuangan Pas selain isu-isu yang melibatkan soal agama dan perpaduan umat Islam. Atas sebab itulah dikatakan wujudnya usaha dalaman bagi memperbetulkan semula Pas agar tidak terpesong daripada landasan asal perjuangannya.

"Usaha dalaman ini juga mungkin akan melibatkan usaha menarik semula Hasan ke dalam Pas bagi bersama-sama memperbetulkan semula parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah sumber itu, usaha dalaman tersebut juga adalah untuk menyokong Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika ini dilihat berseorangan dalam memastikan Pas terus mengikut perjuangan asalnya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti tersebut.

Menurut sumber itu, usaha Abdul Hadi difahamkan tidak disambut begitu baik oleh sebilangan kepimpinan Pas ketika ini.

Sementara itu, Hasan ketika dihubungi menyatakan beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai wujudnya usaha dalaman tersebut sebagaimana yang didakwa.

"Saya tidak ada dengar mengenai perkara ini (usaha untuk menarik beliau ke dalam Pas semula). Perkara ini tidak sampai ke pengetahuan saya.

"Jika ada pelawaan, saya akan fikirkan. Banyak perkiraan perlu dibuat sebelum memutuskan perkara itu," ujarnya.

Penyokong Azmin Berdemo Depan Ibu Pejabat PKR

$
0
0
alt

PETALING JAYA 11 Jun - Kira-kira 30 orang Ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) berdemonstrasi di hadapan ibu pejabat parti itu malam tadi bagi menyatakan sokongan terhadap penyandang Timbalan Presiden, Azmin Ali lewat malam tadi.

Ketika mereka hadir Azmin dan sedang bermesyuarat bersama pemimpin tertinggi PKR, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kebanyakan mereka yang hadir adalah dari seluruh Selangor dikatakan kecewa dengan cara pemilihan parti yang tidak memuaskan.
alt

Para penyokong Azmin turut menjerit mengeluarkan kata-kata sebagai rasa tidak berpuas hati terhadap Khalid Ibrahim ketika beliau keluar menuju ke kenderaannya selepas selesai mesyuarat tersebut.

"Mereka berada di sini hanya untuk menunjukkan sokongan kepada Azmin," kata seorang jurucakap Azmi Roslan.

Beliau berkata penyokong yang hadir merupakan generasi baru yang mahu melihat kepimpinan parti diterajui Azmin.

"Mereka datang dari seluruh Selangor dan mereka penyokong kuat Azmin," kata Azmi, sambil menambah bahawa mereka yang berusia antara 20 dan 29 tahun.

Sebelum ini penyokong-penyokong Azmin di lama sosial mendedahkan terdapat usaha sabotaj dilakukan oleh musuh politik Azmin untuk memastikan penyandang Timbalan Presiden PKR itu kalah di Selangor.


Hubungan rapuh PAS-DAP?

$
0
0

Oleh Ahmad Lutfi Othman


BANYAK ulasan dan analisis dibuat terhadap keputusan PRK Teluk Intan, termasuk 


menyifatkannya sebagai loceng peringatan, bukan saja buat DAP, malah untuk rakan pentingnya dalam Pakatan, PAS.


Parti Islam itu sepanjang kempen dilihat bersungguh-sungguh membantu calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, khususnya dalam kawasan Dun Changkat Jong, yang pernah diwakili PAS pada 2008.



Cuma saya menambah, janganlah seseorang yang sedang tidur lena, bingkas bangun bila terdengar “wake up call”, dan dalam keadaan “mamai” terkejut bertindak separa sedar “terjun ikut tingkap” pula!


Apabila ada pemimpin DAP melatah dengan kekalahan tipis Dyana, seterusnya membuat rumusan yang dikira menyinggung sekutu rapatnya, saya tidak terkejut jika ia mengundang reaksi hampir sama di pihak PAS.

Namun begitu, biarpun agak kerap dikocak dengan pelbagai isu sensitif-kontroversi, kedua-dua parti – yang mempunyai hubungan istimewa bagi menentukan survival Pakatan Rakyat – tetap memilih jalur sederhana, saling memahami dan cuba merongkai masalah yang timbul dalam adab kekeluargaan.

DAP dan PAS, parti yang sering dilihat sebagai berbeda kutub, kini sepatutnya melalui fasa kerjasama yang lebih mengakar dan matang, terutama membabitkan barisan kepemimpinan akar umbi dan pertengahan, selain mengekalkan hubungan baik di peringkat tertinggi.

Tidak bertembung semasa perundingan kerusi dalam pilihan raya – mungkin DAP dan KeADILan ataupun PAS dan KeADILan lebih terdedah kepada ‘perebutan kawasan’ – kerana tumpuan konstituensi berbeda bukan bermakna selamat daripada pergeseran tajam dan konflik.

“Bukan saja persefahaman PAS dan DAP nampak rapuh dan mudah diganggu dengan isu-isu yang seolah-olah telah disapu di bawah karpet, malah kerjasama PAS dan KeADILan juga saya kira tidak seutuh mana. Masing-masing dengan agenda tersendiri,” seorang yang memperkenalkan diri sebagai bekas pimpinan KeADILan di Terengganu, menghantar SMS kepada saya.

“Kita bergerak dalam sistem demokrasi, menyertai pilihan raya, tentunya dengan menyedari kemajmukan rakyat Malaysia, termasuk kepelbagaian Sabah dan Sabah,” kata teman saya, pensyarah kanan sains politik di Kuala Lumpur.

“Bukan sampai menggadai prin sip, tapi gelanggang ini ada sensitiviti dan pantang-larang yang unik,” tambah beliau. “Jangan biarkan Umno-BN yang korup itu terus bernafas hanya disebabkan kelemahan kita menari atas pentas yang kita pilih sendiri,” ujarnya.

Kedua-dua parti, PAS dan DAP. diikat dengan ideologi perjuangan tersendiri. Jika mahu dilihat dari segi perbedaan, memang mudah sekali untuk mencari “medan berlaga”, tetapi kalau disorot secara lebih cermat, potensi untuk menggembleng kekuatan bersama cukup menyerlah.

Umno-BN selama ini mempunyai formula cukup mudah untuk terus bertakhta dalam tempoh yang cukup panjang (sehingga mencatat rekod dunia), antaranya, dengan bijaksana membakar sentimen perkauman dan keagamaan sempit.

Ternyata, PAS dan DAP mengambil masa begitu lama bagi mencari keserasian; bibit mulanya pada 1990, diperkukuhkan pada 1999 tapi retak pada 2001, sebelum dipertautkan kembali “secara tidak sengaja” selepas tsunami 2008.

Ya, parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai ruang dan kesempatan terbaik untuk membuktikan bahawa per sefahaman mereka jauh lebih tulus-erat berbanding komponen dalam BN walaupun dalam tempoh singkat.

Lebih penting lagi, kerjasama sesama Pakatan akan mendatangkan manfaat besar buat rakyat.

Bagaimanapun, ia tergantung kepada kemampuan untuk membentuk kerajaan baru terlebih dahulu, didahului keyakinan pengundi, bagi menggantikan pemerintahan yang penuh rasuah, kronisme, kapitalisme suku-sakat, kezaliman dan penindasan.

Dalam pada itu, cabaran baru timbul selepas PAS dan DAP berupaya “diserasikan”. Ketika PAS mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu pada 1999, DAP berada pada tahap yang agak lemah, ditandai dengan kemerosotan jumlah kerusi Parlimen, termasuk kekalahan pemimpin utamanya, Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Sewaktu DAP berada di kemuncaknya pada PRU13, PAS pula bukan saja tidak dapat menganjak posisinya ke tangga lebih atas, malah kehilangan Kedah dan beberapa kerusi Parlimen di kawasan Melayu di negeri tersebut.

Kawasan luar bandar masih boleh dianggap sebagai kubu Umno.

Sokongan hampir tidak berbelah bahagi masyarakat bukan Melayu, khususnya Cina, banyak menyumbang kelebihan kepada PAS. Soalnya, apakah Teluk Intan membawa mesej bahawa masyarakat Tionghua tidak boleh lagi dianggap sebagai “deposit tetap” buat Pakatan?

“Mungkinkah untuk masa depan, sekiranya pengundi Melayu menyokong PAS, khususnya di luar bandar, dalam masa sama masyarakat Cina akan kembali mengundi BN pula?” ujar seorang pembaca Harakah dari Pulau Pinang.

“Saya cuba nak sampaikan kepada sdr, teori pendulum tidak pernah berakhir dan ia memberi keuntungan kepada BN,” tambahnya. “Harus dicari jalan keluar nya.”

Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak RM100,000 Dari Aidil

$
0
0

rita rudaini tuntut nafkah tertunggak rm100000 dari aidil

SHAH ALAM, 11 JUN 2014: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mawardi Che Man telah menetapkan tarikh pebicaraan penuh bagi kes tuntutan nafkah tertunggak lebih RM100,000 difailkan pelakon, Rita Rudaini, terhadap bekas suaminya yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, akan berlangsung pada 30 September ini.
Bagaimanapun ketika prosiding berlangsung Rita dan Aidil hanya diwakili peguam masing-masing.
Peguam Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, berkata hakim turut menetapkan 22 September ini sebagai tarikh pengesahan afidavit dan dokumen.
Beliau berkata, tuntutan nafkah berjumlah lebih RM100,000 yang difailkan Rita membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.
“Jumlah terbabit dikira bermula dari tarikh Aidil keluar daripada rumah mereka di Kota Damansara sejak Januari 2012, meninggalkan Rita serta dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.
“Tuntutan nafkah ini difailkan pada awal Januari lalu dan semua jumlah adalah nafkah tertunggak,” katanya ketika ditemui selepas prosiding semalam. Aidil Zafuan pula diwakili oleh peguam, Roshdan Sujak.
Sebelum ini, Rita turut menuntut nafkah anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang sebanyak RM5,392 sebulan.
Bagaimanapun, Aidil yang juga pemain pertahanan skuad JDT, menegaskan beliau hanya mampu membayar RM2,000 sebulan.

Zahid ulangi ugut tampar Teresa bukan jenayah

$
0
0


MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan insiden yang membabitkan sebuah NGO yang mengeluarkan ugutan untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim bukan satu jenayah.


Beliau menjelaskan demikian melalaui jawapan bertulis terhadap soalan Teresa yang bertanya sama ada kerajaan akan mendakwa NGO yang mengeluarkan ugutan tersebut, juga kepada Datuk Yong Teck Lee yang turut memberi tawaran menampar Menteri Dalam Negeri.

Beliau menjelaskan prinsip undang-undang jenayah di mana suatu kesalahan jenayah hanya boleh wujud apabila terdapat dua elemen bersekali iaitu perbuatan (actus reus) dan niat jahat (mens rea).


Menurut Zahid lagi, perbuatan tawaran tersebut tidak boleh dikatakan wujud suatu jenayah dilakukan kerana tidak memenuhi prinsip-prinsip undang-undang. - HARAKAHDAILY 11/6/2014

Bekas pengarah syarikat dihukum penjara 1,942 tahun dan denda RM1.596 juta atas 481 pertuduhan

$
0
0
KUALA LUMPUR 11 Jun - Bekas pengarah syarikat Lim Long Yew, dijatuhi hukuman penjara berjumlah 1,942 tahun dan denda RM1.596 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini bagi 481 pertuduhan pengubahan wang haram dan mengambil deposit secara haram melibatkan kira-kira RM24 juta, empat tahun lepas.

Bagi kes sama, seorang lagi bekas pengarah, Leong Guan Yeu, 47, dijatuhi hukuman penjara berjumlah 139 tahun dan denda RM180,000 bagi sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dan 130 pertuduhan pengubahan wang haram.

Sementara syarikat berkenaan, Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd., didenda RM180,000 bagi sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram.

Pada 2010, Lim, 43, dituduh memindahkan keuntungan daripada aktiviti haram itu daripada akaun peribadinya kepada akaun syarikat serta menerima dan memasukkan wang diperoleh secara haram ke dalam akaun syarikat di beberapa lokasi antara 19 Jun 2008 dan 19 Okt 2009.

Lim turut mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dalam satu kes saman bagi pihak syarikat - Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd. - atas kapasitinya sebagai pengarah. - BERNAMA



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Arip Raih Gelaran Juara Kilauan Emas 4

$
0
0


Arip ketika menyampaikan persembahan.

KUALA LUMPUR: Peserta Arip diumumkan juara pada pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini.

Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din sekali gus menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.

Arip turut menerima Anugerah Khas Juri sebagai menambat hati juri mengadakan persembahan terbaik.

Dalam pada itu Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Manakala tempat ketiga diberikan kepada Ben atau Benasil Kudong, menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah trofi, pakej percutian ke Bandung.

Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar dima mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan iaitu Solo, Medley dan Duet.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Ella, Datuk M.Nasir, Mamat Khalid dan Datuk Hattan.
Viewing all 2146 articles
Browse latest View live