Quantcast
Channel: Mimpi Senja
Viewing all 2146 articles
Browse latest View live

Kes Skandal Adi Putra dgn isteri orang akan dibuka semula?

$
0
0

Satu ketika dahulu, kes Adi Putra dengan isteri orang yang bernama Nooraida sangat hangat diperkatakan. Namun kebenaran terbukti apabila kes tersebut diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action). Walaupun begitu, suami Nooraida ketika itu, Amiruddin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang diberikan dan menganggap bahawa siasatan kes itu tidak telus. Malah Amiruddin turut memaparkan gambar penyiasat kes tersebut bersama Adi Putra yang pada dirinya, amat meragukan.
nooraida cerai
Tidak lama selepas itu, Nooraida telah pun diceraikan oleh Amiruddin dengan talak satu. Kontroversi kisah tersebut juga semakin malap dan tidak lagi menjadi topik perbualan orang ramai. Namun hari ini, Amiruddin telah berkongsi sekeping gambar di Instagram di mana menurutnya, pegawai penyiasat yang bertanggungjawab di dalam kes tersebut telah pun dikenakan tindakan tatatertib. Adakah ini bermakna dakwaan Amirrudn yang siasatan kes itu tidak telus adalah benar?
nooraida
Apa pun menurut status yang dikongsikan oleh Amiruddin, peguamnya akan kembali membuka kes ini sekaligus akan menyaksikan Adi Putra disiasat sekali lagi. Tidak diketahui bilakah tarikh sebenar siasatan akan bermula. Semoga kali ini akan ada kebenaran yang dicari oleh kedua-dua belah pihak.

Rombakan Kabinet - PM gugur Najib

$
0
0

Perdana Menteri perlu memikirkan semula kedudukan Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan.
A Kadir Jasin
i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_kadir_jasin
DALAM 1Malaysia macam-macam ada, satu jenaka SMS yang sedang diedarkan berbunyi:
Cabinet reshuffle soon. The PM is dropping Najib.” (Rombakan Kabinet tak lama lagi. Perdana Menteri akan gugurkan Najib.)

Serah kepada pengguna telefon pintar untuk “menjenakakan” dan meremehkan segala perkara. Tetapi lebih baik mereka berjenaka daripada mengamuk kerana hilang punca! Laughter is the best medicine. Ketawa penawar lara.

Tetapi apabila saya memanjangkan (forward) jenaka itu kepada dua wartawan kanan bergelaran di raja, kedua-dua mereka menyangka saya tersalah taip - typo error.

Jenaka atau tidak, saya rasa Perdana Menteri perlu memikirkan semula kedudukan Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan.

Bukan saja pengurusan kewangan negara di bawah  Mohd Najib telah mencetuskan pelbagai isu dan persoalan, ia juga berupa konflik kepentingan.

Apabila PM juga bertindak sebagai Menteri Kewangan maka tidak wujud lagilah proses pemisahan kuasa dan timbang tara. Kalau ada menteri yang tidak puas hati dengan peruntukan atau tindak-tanduk Kementerian Kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?

Prestasi Menteri Kewangan

Sejak Mohd Najib menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2009, pertumbuhan ekonomi negara terus terperangkap dalam lingkungan 5%. Antara 2009 dan 2013, ekonomi negara tumbuh purata 4.28% saja. Menurut seorang bekas Menteri Kewangan, kadar itu adalah “biasa” saja kerana ekonomi Malaysia mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih pesat.

Para ekonomis adalah dipelawa untuk menambah, menolak, menjawab dan menafikan fakta, perangkaan dan kesimpulan yang tersasar. Kebanyakan perangkaan dalam rencana ini adalah daripada sumber rasmi kerajaan.
Defisit belanjawan meningkat daripada 3.2% Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2008 (zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi) kepada 6.7% pada tahun 2010 yang berupa belanjawan pertama Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan. Purata defisit belanjawan antara 2010 dan 2014 adalah 5%.

Hutang Kerajaan Persekutuan pula meningkat dengan mendadak sejak Mohd Najib menjadi Menteri Kewangan, iaitu daripada 41.24% KDNK pada 2009 kepada 52.8% pada tahun 2010. Tahun ini (2014) hutang kerajaan dianggarkan naik kepada 54.8% KDNK.

Jumlah hutang kerajaan meningkat daripada RM362.3 bilion pada tahun 2009 kepada RM519.3 bilion pada akhir tahun lalu.

Defisit belanjawan yang tinggi dan hutang kerajaan yang semakin meningkat menyebabkan agensi penarafan antarabangsa Fitch menurunkan penarafan hutang (credit rating) Malaysia daripada stabil kepada negatif pada bulan Julai lalu. Ia adalah tamparan kepada Mohd Najib.

Hutang kerajaan melambung hingga 80.7% pada tahun 1990 akibat krisis ekonomi tahun 1980-an, tetapi turun secara progresif kepada paras paling rendah dalam sejarah, iaitu 31.8% pada tahun 1997. Hutang kerajaan yang kecil itu membantu mengurangkan kesan buruk krisis mata wang Asia 1997/98.

Selain defisit belanjawan dan hutang kerajaan, prestasi ringgit Malaysia juga menimbulkan tanda tanya walaupun Bank Negara tidak putus-putus memberi jaminan bahawa ia “ok”.

Antara tahun 2009 hingga September 2013, ringgit Malaysia jatuh 6.3% berbanding dolar Amerika, 6.1% berbanding dolar Singapura, 6.2% berbanding pound sterling, 8.1% berbanding Euro dan 7.8% berbanding mata wang China renminbi. Hanya dengan Yen Jepun, ringgit naik – 7%.

Inflasi yang juga menjadi tanggungjawab Bank Negara, meningkat daripada 0.6% pada tahun 2009 hingga kepada 3.2% pada tahun 2011. Purata kadar inflasi sejak 2009 adalah 1.84%.

Teknokrat Boleh Jadi Menteri Kewangan

Jadi PM perlu menilai semula prestasi (KPI) Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan. Lagipun PM perlu tumpu lebih banyak masa mengurus pentadbiran negara yang semakin mencabar.

Kassim Ahmad kecam JAWI

$
0
0

Dia menuduh mereka sebagai menjatuhkan maruah Islam dan membawa Malaysia ke ambang anarki.
kassimahmadPETALING JAYA: Malaysia seolah-olah berada di “ambang anarki”, kata sarjana kontroversi Kassim Ahmad, merujuk kepada tindakan oleh pihak berkuasa Islam baru-baru ini. Menjelaskan mengapa beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meminta campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes yang didakwa terhadapnya oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), beliau berkata beliau bimbang Islam diaibkan.
Surat peguamnya, dihantar pada Jumaat lepas, juga ditujukan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan de facto Menteri Hal Ehwal Agama, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom. Dalam mesej kepada FMT, Kassim Ahmad, juga dikenali sebagai Pak Kassim, menulis:
“Terdapat banyak perkara yang tidak betul yang dilakukan oleh JAWI kepada saya. Mereka datang dalam 13 kereta dan menyerbu serta menggeledah rumah saya, menyita barang-barang peribadi saya, mengheret dan mencampakkan saya ke dalam sebuah van dan saya telah dibawa dari Kedah ke Pulau Pinang dan diterbangkan keluar dari negeri Kedah ke Kuala Lumpur tanpa kerelaan saya.
“Kemudian JAWI membuat saya berjaga sepanjang malam dengan sesi soal siasat dan hari berikutnya, dakwaan dikenakan ke atas saya di Mahkamah Putrajaya.
“Adakah semua itu perlu? Saya seorang lelaki berusia 80 tahun dan tidak berbahaya. Tuduhan terhadap saya adalah berkenaan dengan saya memberikan pendapat yang berbeza daripada pendapat arus perdana. Adakah perbezaan pendapat satu jenayah? Itulah sebabnya saya meminta Brig Jen. Dato Seri Jamil Khir Baharom, menteri yang bertanggungjawab mengawasi JAWI, untuk menangani dan membetulkan kesalahan ini.
“Saya panjangkan surat saya kepada Perdana Menteri kerana akhir-akhir ini Malaysia seolah-olah berada di ambang anarki. Perdana Menteri telah bersumpah untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, Perdana Menteri mesti menjelaskan isu ini supaya JAWI dan mereka yang sepertinya tidak bertindak dengan cara yang boleh menjatuhkan maruah Islam sebagai agama yang hebat, dan yang lebih penting lagi, supaya JAWI, yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidak melanggar kebebasan hak asasi seperti yang dijamin oleh Perlembagaan.
“Adalah menjadi kewajipan Perdana Menteri untuk memastikan bahawa setiap agensi bertindak dalam batas undang-undang. Mereka tidak boleh melaksanakan undang-undang mereka sendiri.
“Saya juga memanjangkan surat tersebut kepada Menteri Besar Kedah kerana saya seorang warga negeri Kedah. Menteri Besar mempunyai tugas untuk melindungi saya di bawah konsep federalisme supaya agensi-agensi dari negeri-negeri lain seperti JAWI tidak boleh berbuat sesuka hati di negeri Kedah. Kedah mempunyai undang-undang dan fatwa sendiri.
“JAWI telah mendakwa saya dengan kesalahan yang tidak mempunyai persamaan dalam Enakmen Syariah Kedah. Namun, JAWI mengheret saya dari Kedah dan memaksa saya untuk berada di bawah bidang kuasa JAWI. Itu tidak menghormati konsep persekutuan dan melanggar hak-hak asasi saya.
“Menteri Besar Kedah mesti menjawab kepada rayuan saya untuk perlindungan, terutamanya kerana DYMM Sultan Kedah kini Yang di Pertuan Agong.
“Saya harap para menteri ini akan melaksanakan tugas perlembagaan mereka dan mempunyai keberanian moral dan politik untuk meletakkan perkara pada yang betul.”

Muhyiddin Yassin letak jawatan TPM Jumaat ini?

$
0
0

KUALA LUMPUR 18 JUN: Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.
Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Muhyiddin YassinNajib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno.
Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini.
Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Khabar angin bahawa Muhyiddin akan digantikan oleh Hishamuddin itu turut dinyatakan seorang blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai dalam status di Facebooknya.
Bagaimanapun, Zaharin nampaknya tidak bersetuju jika keputusan itu diambil, malah menggelarkan Hishamuddin sebagai ‘pondan’ dan pemimpin seperti itu tidak lagi dipercayai di kalangan orang Melayu.
Katanya, sekiranya keputusan itu dibuat, maka Umno bakal mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Ada orang kata menjelang Jumaat ini Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka akan bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.. dan Pemangkunya TPM ialah Hishamuddin Hussein..
“Jika si ‘pondan’ ini jadi TPM.. pejabat UMNO di mana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang.. sudah pasti UMNO bungkus.. bukan kerana UMNO tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO.
“Masalah peniaga melayu di KLIA pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi. Saya jadi ahli biasa sahaja.. nak berjuang tak ada ,” tulisnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61891

Lagi anugerah konsesi UiTM Puncak Alam kepada suku sakat depa ...

$
0
0








TRIplc adalah sebuah syarikat awam yang saham-sahamnya secara majoriti dikuasai oleh Tan Sri Rozali Ismail, keluarga beliau serta individu-individu yang berkait rapat dengan beliau. Hubungan beliau dengan individu-individe lain yang memegang saham minoriti di dalam TRIplc adalah seperti berikut:

1. Individu-individu itu mengawal syarikat-syarikat yang menjadi kontraktor utama kepada syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail seperti Puncak Niaga atau Syabas; atau
2. Individu-individu itu merupakan pemegang jawatan atau penggerak utama di dalam NGO-NGO Felda yang dinaungi atau ditubuhkan oleh Tan Sri Rozali Ismail
Saya menganggarkan sekurang-kurang Tan Sri Rozali Ismail mengawal sekurang-kurangnya 43% pegangan di dalam TRIplc melalui syarikat-syarikat milik beliau dan keluarga beliau serta syarikat-syarikat yang berkaitan dengan beliau seperti yang saya terangkan di atas. Ini menjadikan Tan Sri Rozali Ismail sebagai pemegang saham terbesar di dalam TRIplc dan pemegang konsesi penswastaan UiTM Puncak Alam iaitu TRIplc Ventures Sdn Bhd.
Semakan saya dengan Laporan Tahunan TRIplc Berhad 2013 (boleh didapati di laman web) menunjukkan pegangan Tan Sri Rozali Ismail dan individu-individu yang berkaitan dengan beliau yang dianggarkan sekurang-kurangnya 43% itu adalah melalui syarikat-syarikat berikut:
1. 12.31% pegangan peribadi atas nama beliau sendiri
2. 5.15% melalui Central Plus (M) Sdn Bhd yang dimiliki beliau dan anak-anak beliau iaitu Nur Dayana, Azlan Shah dan Nur Natasha
3. 4.93% melalui Corporate Line (M) Sdn Bhd yang dimiliki beliau dan anak-anak beliau iaitu Nur Dayana, Azlan Shah dan Nur Natasha
4. 0.77% pegangan peribadi atas nama anak lelaki beliau iaitu Azlan Shah Rozali
5. 5.5% pegangan peribadi atas nama adik beliau iaitu Dato’ Mat Hairi Ismail
6. 6.25% melalui Minat Bakti Sdn Bhd iaitu syarikat yang dikawal oleh kontraktor utama beliau (diterangkan di bawah)
Download (PDF, 198KB)
7. 4.69% melalui Formasi Simbolik Sdn Bhd iaitu syarikat yang dikawal oleh individu yang memegang jawatan di dalam NGO yang dinaungi beliau (diterangkan di bawah)
Download (PDF, 199KB)
8. 4.35% melalui Embun Edar Sdn Bhd iaitu syarikat yang dikawal oleh individu yang memegang jawatan di dalam NGO yang dinaungi beliau (diterangkan di bawah)
Download (PDF, 198KB)
Minat Bakti Sdn Bhd adalah syarikat bermodal RM2 yang dimiliki oleh Aidil Abdul Aziz dan Ruzlan Rahmat. Mereka adalah pengarah di dalam MRPI Pipes Sdn Bhd dan Jalur Cahaya Sdn Bhd iaitu syarikat-syarikat pembekal utama kepada Syabas dan Kumpulan Puncak Niaga yang dikawal oleh Tan Sri Rozali Ismail.
Aidil Abdul Aziz juga adalah anak kepada Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, Pengerusi SPR yang secara kebetulannya merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor semasa proses penswastaan industri air kepada Tan Sri Rozali Ismail berjalan.
Formasi Simbolik adalah syarikat bermodal RM2 yang dimiliki oleh Borhanuddin Ramli dan Datuk Abdullah Abu Bakar. Datuk Abdullah Abu Bakar adalah Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sementara Borhanuddin Ramli adalah Bendahari GWGF. Pengerusi GWGF adalah Tan Sri Rozali Ismail sendiri.
Embun Edar Sdn Bhd adalah syarikat bermodal RM2 yang dimiliki oleh Mohd Roshidi Hassan dan Amran Mohamad. Mohd Roshidi Hassan adalah Pengerusi, Dewan Perniagaan Generasi Baru Felda Malaysia sementara Amran Mohamad adalah Pengerusi, Pertubuhan Kontraktor Generasi Felda. Kedua-dua NGO dinaungi oleh Tan Sri Rozali Ismail.
Tan Sri Rozali, Amran & Borhanuddin di dalam jet mewah Tan Sri Rozali
Tan Sri Rozali, Amran & Borhanuddin di dalam jet mewah Tan Sri Rozali
Pegangan-pegangan melalui pelbagai syarikat ini menguatkan pendirian saya bahawa UiTM Puncak Alam telah diswastakan kepada syarikat yang dikuasi oleh Tan Sri Rozali Ismail, seorang ahli perniagaan yang memegang jawatan di dalam Umno dan terkenal sebagai antara orang yang paling mendapat manfaat dari Umno.
18 Jun 2014

Cerai kerana anu kecik ...

Isteri curang : Suami temui isteri berbogel bersama pekerjanya

$
0
0
Oleh Norul Awatif Romli
Alor Setar: Seorang isteri parah di peha kiri manakala seorang remaja lelaki hampir putus tangan kiri akibat ditetak suami wanita terbabit selepas mereka ditemui dalam keadaan bogel di dalam rumah sewa dalam kejadian di Langgar, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dikatakan baru pulang berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini, terkejut apabila mendapati isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan memalukan bersama pekerjanya yang berusia 19 tahun.
Katanya, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian mendapati kedua-dua mangsa mengalami pendarahan teruk sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan memaklumkan suami mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. 

Polis London siasat Perkasa - Ibrahim Ali

$
0
0

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengakui pihak polis London mengambil kenyataan ketua wiranita Perkasa dan ketua penaja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Jun, 2014.Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengakui pihak polis London mengambil kenyataan ketua wiranita Perkasa dan ketua penaja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Jun, 2014. -
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) disiasat polis London ekoran pandangan pembaca sebuah portal yang mendakwa mereka menggunakan dana awam dalam perjalanan pertubuhan itu ke London, kata Datuk Ibrahim Ali.
Presiden Perkasa itu berkata, polis London mengambil kenyataan ketua wiranita Perkasa dan ketua penaja sehari sebelum acara perasmian Perkasa London diadakan. 
"Sehari sebelum kita adakan majlis di London, polis British datang jumpa ketua penaja, dan ketua wiranita Perkasa untuk merekodkan kenyataan sebab mungkin dia baca laporan di Internet yang mendakwa Perkasa ekstremis dan gangster.
"Semua Bumiputera di London pun tahu. Kami pergi belanja dengan sendiri, naik kelas ekonomi. Tiket murah. Masing-masing bayar sendiri," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.
Ibrahim dalam satu kiriman SMS pada hujung bulan lalu memaki hamun portal berita Malaysiakini kerana menyiarkan komen pembaca yang mendakwa pertubuhan itu menggunakan dana kerajaan dalam misinya ke London.
Artikel yang bertajuk “Adakah duit pembayar cukai digunakan untuk ke Eropah?”  mencetuskan kemarahan Ibrahim yang mengirimkan SMS berkenaan dari London.
Menerusi satu SMS lain, Ibrahim berkata, "Malaysiakini adalah laman web pelacur yang tak ada harga diri”, lapor portal berita itu.
"Celaka punya tajuk. Malaysiakini ini betul-betul pembawa fitnah dan dajal. Siapa yang tulis berita ini?
"Kurang ajar punya tajuk. Mana Perkasa terima dana pembayar cukai. Tajuk amat jahat untuk buat pembaca marah,” katanya yang dilaporkan Malaysiakini.
Ibrahim berkata, ahli Perkasa di London menetap di Dewan Malaysia dengan bayaran £18 sehari dan berkongsi dua orang sebilik.
Bagaimanapun katanya, sambutan yang diterima daripada Bumiputera di London menggalakkan sehingga pengunjung terpaksa berasak-asak dalam sebuah restoran yang menjadi lokasi pertemuan.
“Memang biadap dan kurang ajar orang yang menuduh ini. Tak pernah dalam sejarah, polis British datang tetapi majlis itu dapat sambutan luar biasa.
“Kami buat di sebuah restoran memuatkan 180 orang. 60 orang lagi berdiri di luar, tak boleh masuk. Semuanya lebih kurang 245 orang.
“Beberapa orang Melayu dari Belgium, Perancis, Belanda, Jerman datang untuk menghadiri pelancaran Perkasa Eropah,” katanya.
Beliau berkata, perasaan marahnya terhadap media yang memburuk-burukkan Perkasa kini sudah beransur hilang.
Sebaliknya, beliau gembira kerana liputan berkenaan menjadikan Perkasa semakin popular walaupun terus dikecam dan dihina.
“Saya sangat gembira kerana perhimpunan itu dikira terbesar di London yang dihadiri Bumiputera. Ketua Kelab MIC London pun hadir. Kita buat dialog dan mereka menyokong pelbagai parti politik.
“Saya pun dah kurang marah. Nak buat fitnah, kecam dan hina Perkasa teruskan kerana ini akan bantu Perkasa popular dari hari ke hari.
“Terima kasih kepada Malaysiakini dan The Malaysian Insider.kerana menjadikan Perkasa lebih popular,” katanya yang disambut gelak ketawa wartawan yang hadir.
Dalam sidang media sama, Ibrahim turut menyelar tiga rang undang-undang baru yang dicadangkan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) kerana lebih ramai akan terlepas daripada tuduhan hasutan.
Katanya, ahli MKPN Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa tidak seharusnya mencadangkan akta itu menggantikan Akta Hasutan kerana mereka yang berpengalaman membangkang akta baru itu.
“Saya dah lihat. Nama rangnya sedap. Harmoni dan pelbagai tetapi segala perkara yang berkaitan Akta Hasutan dan sebagainya sudah tiada.
“Jika sampai ke peringkat Tribunal Diskriminasi, macam mana kerajaan nak berfungsi, jika asyik dibawa ke tribunal. Asyik bicara inilah hari-hari nanti.
“Itu kata mereka. Banyak pakar undang-undang termasuk bekas ketua hakim dan bekas ketua polis negara sudah mengkaji tiga akta tersebut dan ditolak secara total,” katanya.
Ibrahim berkata ahli politik dalam MKPN yang mencadangkan rang undang-undang berkenaan hanya mahu mencari kelebihan politik daripada Melayu liberal dan bukan Islam.
“Yang mendakwa Akta Hasutan lapuk salah seorangnya Saifuddin. Saya ni Melayu lapuk, dia Melayu baru. Dia sedar tak apa yang dia cakap? Ini semua politik.
“Itu kata dia. Dari segi amalannya lain nanti. Apa Saifuddin dia rasa lebih hebat dari Tun Hanif Omar dan Tan Sri Rahim Noor? Orang ini berpengalaman dan berilmu.
“Ini semua ahli politik baru yang nak cari penyokong bukan Islam dan Melayu liberal,” katanya. – 18 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-london-siasat-perkasa-kerana-komen-pembaca-portal-kata-ibrahim-ali#sthash.ojFXeilu.dpuf

Umno Celaka - Rayer Tidak Didakwa

$
0
0

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 9:59 AM


GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N. Rayer pada Khamis tidak didakwa atas kesalahan menghasut.
"Kami telah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya berkata mereka telah menerima arahan daripada pejabat Peguam Negara supaya tidak mendakwa beliau. 
"Kami tidak tahu apa yang dimaksudkan ini. Kami telah melaksanakan tugas kami. Rayer juga telah hadir di mahkamah pada hari ini," kata peguam bela yang mewakili Gobind Singh Deo.
Terdahulu Rayer, hadir ke Mahkamah Sesyen bersama penyokongnya. Sementara pihak polis diletakkan dalam keadaan bersedia di luar bangunan mahkamah. 
Pada Rabu, ADUN DAP itu ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis daerah George Town selepas dia mengeluarkan kata kesat memanggil 'Umno Celaka' pada sidang Dewan Undangan Negeri 20 Mei lalu.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. 

Pelakon Filem Tamil Peluk Islam,

$
0
0
alt
Pelakon popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau memutuskan untuk menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.
Seperti dilaporkan portal Salam News,  pelakon itu juga telah memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.
"Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang.  Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, " kata beliau.
Menurut media India,  Monica telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada hari Jumaat lalu  di mana beliau mengeluarkan gambar yang menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama berkenaan.
Pelakon itu  memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil pada tahun 1990 ketika berusia tiga tahun dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.
Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan  seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.
Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.
Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.
Filem terakhirnya ialah Jannal Oram yang ditayangkan di pawagam pada November 2013.

Wanita Bogel Berjemur Di Tingkap Sebabkan Kemalangan Jalan Raya

$
0
0


Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 10:02 AM


Wanita berbogel berjemur di tingkap kediamannya menyebabkan kemalangan jalan raya di Vienna, Austria.

TINDAKAN seorang wanita berjemur dalam keadaan bogel di tingkap kediamannya menimbulkan keadaan kelam kabut apabila mengganggu tumpuan pemandu hingga menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya.

Pengguna jalan raya tidak dapat memandu dengan tenang apabila terlihat wanita berkenaan di bangunan kediaman yang terletak di Vienna, Austria itu.

Gregory Shakaki menyedari aksi selamba itu dan merakamkan gambar seorang wanita berbaring dengan kakinya menjulur ke luar tingkap di aras tiga bangunan itu.


"Saya terkejut apabila melihatnya," kata pelajar itu.

Ternyata Shakaki bukan satu-satunya saksi kejadian itu, sebaliknya ramai lagi pengguna jalan raya yang terkesan dengan perbuatan wanita berkenaan.

Michael Kienast berkata, wanita itu terlalu inginkan sinaran matahari hingga melakukan sesuatu yang jarang dilakukan.

"Ketika ramai mendongak melihat wanita itu, saya terdengar ada yang menjerit kepada pemandu yang terlanggar kenderaan lain di hadapannya.

"Pemandu itu kemudiannya meminta maaf dan mengakui tumpuannya terganggu berikutan tindakan wanita itu dan menunjuk ke arah tingkap di mana wanita itu sedang berbaring," katanya.

Menyedari punca pelanggaran yang tidak disengajakan itu, mangsa kemalangan kemudiannya berkata: "Oh, baru saya faham maksud awak."

Pada masa sama, beberapa kereta dilihat menghalang lalu lintas kerana pemandunya terlalu asyik melihat gelagat wanita itu hinggakan polis peronda terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.

Bagaimanapun, sebaik polis tiba, wanita itu sudah masuk ke kediamannya dan menutup tingkap.

Ni yang seronok jadi ahli/kroni UMNO ... Rafizi dedah lagi ... Dua konsesi UiTM untuk kroni Umno

$
0
0

 | June 19, 2014
Konsesi penswastaan UiTM cawangan Jasin telah diberikan kepada YBK Usahasama Sdn Bhd yang dikawal oleh dua bekas wakil rakyat Umno Selangor.
RafiziKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa  bahawa konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus cawangan Jasin yang diberi kepada syarikat milikan kroni Umno tidak mengambilkira pelan jangka panjang, tetapi dipengaruhi secara melobi dan rundingan dengan syarikat pemegang konsesi.
“Konsesi penswastaan UiTM cawangan Jasin telah diberikan kepada YBK Usahasama Sdn Bhd yang dikawal oleh dua orang tokoh Umno Selangor yang juga merupakan bekas wakil rakyat.
“Tokoh Umno tersebut adalah bekas Adun  Batang Kali Datuk Zainal Abidin Sakom dan bekas Adun Sungai Air Tawar Datuk Dr. Mat Yasir Ikhsan,” katanya dalam satu kenyataan media di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum ini yayasan yang dikawal oleh Zainal Abidin  iaitu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pernah terlibat dalam satu kontroversi melalui cadangan pembinaan UiTM cawangan Serendah di atas tanah yang pernah dianugerahkan oleh pentadbiran Umno kepada yayasan tersebut.
“Namun demikian, tanah tersebut telah diambil balik oleh pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat apabila YBK melanggar beberapa syarat yang telah ditetapkan Kerajaan Selangor,” ujarnya.
Kata Rafizi lagi, selepas gagal membina UiTM cawangan Serendah,  YBK terlibat pula dalam konsesi penswastaan UiTM cawangan Jasin.
“YBK bukanlah sebuah entiti yang terlibat dalam projek pembinaan dan pengurusan aset besar, malah pemegang konsesi iaitu YBK Usahasama Sdn Bhd hanya ditubuhkan pada tahun 2010 selepas usaha membuka UiTM cawangan Serendah gagal.
“Syarikat itu ditubuhkan hanyalah untuk tujuan konsesi dan pemberian konsesi kepada syarikat ini dilakukan terlebih dahulu  sebelum pembinaan UiTM ,” katanya.
Semakan beliau dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa YBK Usahasama Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh Serendah Heights Sdn Bhd.
Tiga entiti
“Serendah Heights Sdn Bhd pula dimiliki oleh tiga entiti Yayasan Basmi Kemiskinan, Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd dan Just Wisdom Sdn Bhd,” kata Pengarah Strategi PKR itu.
Zainal Abidin adalah pengerusi YBK dan Pengarah di dalam Serendah Heights Sdn Bhd. dan Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd. Manakala Dr. Mat Yasir  adalah pengarah didalam Serendah Heights Sdn Bhd dan Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd.
Manakala, isteri Zainal Abidin iaitu Datin Hartini @ Gayah Osman juga adalah pengarah Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd dan ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.
“Ini menunjukkan pegangan konsesi 23 tahun UiTM cawangan Jasin yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion ini dikuasai dan dikawal oleh tokoh-tokoh Umno Selangor,” katanya.
Bukti-bukti yang ditampilkan ini sudah cukup untuk menunjukkan bagaimana UiTM digunakan oleh Umno untuk menanggung bebanan bayaran kepada syarikat konsesi yang semuanya milik pimpinan Umno.
Kenyataan  Rafizi itu menangkis jawapan  Menteri Pendidikan Dua, Datuk Seri Idris Jusoh yang menuduhnya membawa bukti yang tidak lengkap selain Idris Jusoh turut menyerang peribadi beliau.
“Ini menunjukkan bahawa Umno tidak bersedia untuk berdepan dengan isu ini.
“Apa lagi bukti yang Idris  mahukan dan dapat dilihat bahawa beliau sendiri tidak menyangkal pendedahan yang telah saya lakukan,” ujarnya.
Rafizi turut menyatakan bahawa pada minggu hadapan, beliau akan mendedahkan konspirasi yang berlaku kepada UiTM cawangan Tapah dan UiTM cawangan Kota Samarahan. - FMT

BEKAS SUSPEK KES ALTANTUYA DITANGKAP KHALWAT DENGAN POLIS WANITA

$
0
0
File photo of Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar arriving at the courthouse in Shah AlamSeorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 ditahan awal hari ini selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.
Lelaki berkenaan yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi.
Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci.
Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.
Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.
“Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota polis. Kes ini akan dikendalikan oleh Jais,” kata Yusof kepada The Malaysian Insider.
Beliau enggan mengesah atau menafikan lelaki yang ditahan itu adalah orang yang sama disabitkan membunuh Altantuya dan kemudian bebas dalam kes rayuan.
“Saya belum melihatnya. Saya tidak tahu bagaimana rupanya jadi saya tidak boleh beritahu kamu,” katanya.
Difahamkan nama lelaki berkenaan dalam laporan polis ialah Azilah Hadri, nama yang sama seperti Ketua Inspektor Azilah Hadri iaitu salah seorang daripada dua komando yang dibebaskan pada Ogos tahun lalu selepas mahkamah membenarkan rayuan selepas mereka disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya.
Secara kebetulan, lelaki yang ditangkap awal hari ini juga adalah bekas pegawai polis yang pernah bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman, unit yang sama dengan Azilah sebelum beliau ditahan pada 2006.
Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan bekas corporal Sirul Azhar Umar selepas menterbalikkan sabitan terhadap mereka dalam kes bunuh Altantuya.
Azilah dan Sirul dituduh bersama dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada Oktober, 2006.
Kedua-duanya pada masa itu bertugas dengan Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, lapor The Malaysian Insider.
KUALA LUMPUR - Azilah Hadri ditangkap khalwat.

Muhyiddin nafi akan berundur

$
0
0



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan akan berundur daripada Kabinet untuk memberi tumpuan kepada Umno.

"Tak ada (letak jawatan). Saya masih ada di sini lagi, masih alive and kicking.

"Selama mana saya berada dalam kabinet beliau (Datuk Seri Najib) biasa berbincang dengan saya.

"Jadi setakat hari ini, tidak apa-apa pun perkara yang telah dibangkitkan melibatkan kedudukan saya sendiri," katanya.

Kerajaan Najib sengkek sangat dah terpaksa lulus lesen kasino

$
0
0

(Oleh: Nadia Hanafi)
KUALA LUMPUR 19 JUN: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan kerajaan terdesak apabila meluluskan lesen untuk membuka pusat kasino kedua terbesar di Malaysia.
Katanya, keputusan itu diambil semata-mata untuk menambahkan hasil pendapatan negara, tanpa memikirkan masalah sosial kepada masyarakakat.
“Apakah kerajaan BN begitu terdesak sehingga terpaksa meluluskan lesen judi tambahan, semata-mata untuk meningkatkan hasil pendapatan negara?
“Sedangkan perjudian ini banyak menimbulkan masalah sosial di kalangan masyarakat, bukan sahaja di kalangan muslim tetapi juga orang bukan Islam,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen, semalam.
Baru-baru ini, majalah Business Times In Malaysia melaporkan, pihak berkuasa meluluskan pelan pembangunan pusat kasino tersebut di Berjaya Resort, Berjaya Hills Pahang.
Ia dibangunkan oleh syarikat Berjaya Corperations milik Tan Sri Vincent Tan yang mempunyai pegangan terbesar dalam syarikat berkenaan.
Pusat kasino ini akan menjadi pusat perjudian kedua terbesar selepas pusat kasino di Genting Highlands yang dimiliki oleh Genting Berhad.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, perkara ini ditentang Pakatan Rakyat, termasuk DAP apabila kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak satu ketika dahulu.
“Perjudian ini memberi impak negatif dalam masyarakat dan kerajaan tidak harus melihat soal meningkatkan pendapatan negara sahaja, tetapi perlu meneliti impak negatif dalam masyarakat,” ujarnya.
Ketika ditanya apakah kelulusan membina kasino berkenaan menunjukkan amalan kronisme, Azmin berkata, umum mengetahui hubungan Vincent Tan dengan pemerintah dalam banyak perkara.
“Ini adalah isu yang dibangkitkan iaitu soal kapital kronisme yang makin menular dalam BN, ia sebenarnya tidak akan mengembangkan pertumbuhan ekonomi selagi amalan ini diteruskan,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61941

Pelacuran & dadah di Recife, Brazil

$
0
0
Susunan Siti Salmiah A Hamid
Penyiasatan Sunday People mendedahkan kanak-kanak terbiar, kotor serta penagih gam dan kokain dieksploitasi pengedar dadah dan bapa ayam untuk keuntungan.
Kanak-kanak berusia 10 tahun dipaksa melacur di jalanan sekitar Brazil bagi memenuhi selera seks peminat bola sepak sempena Piala Dunia di negara itu. 
Kebanjiran lebih 600,000 peminat daripada seluruh dunia ke Brazil menambah nasib buruk kanak-kanak itu.

Mark Williams Thomas terbang ke Recife untuk menemu bual kanak-kanak yang terperangkap dalam kancah pelacuran.
Foto
PELACUR kanak-kanak mengerumuni dua pekerja amal dakwah.


“Selaku bekas detektif serta berpengalaman menyiasat selama 30 tahun mengenai penderaan kanak-kanak termasuk kes skandal Jimmy Savile, apa yang saya temui di Brazil membuatkan saya menggeletar.

“Beribu-ribu kanak-kanak berada dalam keadaan terdesak.

“Pencari pelanggan untuk seks serendah RM7.12 selepas bapa ayam memaksa mereka berpakaian dan bersolek agar kelihatan lebih tua.

“Mereka berulang-alik bagi menjalankan perdagangan kotor itu hanya beberapa ela dari hotel yang didiami peminat British.

“Mereka juga perlu menghidu gam untuk menghentikan rasa kelaparan.

“Malah, mereka takut selepas seorang pelacur ber–usia 14 tahun dibunuh dan mayatnya dibuang di jalanan beberapa bulan lalu oleh seorang lelaki yang enggan membayar perkhidmatan seks,” katanya.

Pemerdagangan mengejutkan membabitkan kanak-kanak perempuan dan lelaki berada di bawah pemerhatian polis.

Dengan suasana pantai yang menarik dan di sebelah bangunan pencakar langit, Recife adalah bandar kelima terbesar di Brazil serta tuan rumah kepada lima perlawanan Piala Dunia.

Recife juga terbabit dengan dadah dan penderaan kanak-kanak seperti mana yang dikatakan seorang pekerja amal, ia adalah sama di semua bandar di negara ini.

Sebaik saja pelancong tiba di lapangan terbang, pemandu teksi yang menunggu akan menawarkan pelancong membeli dadah atau seks.

Kanak-kanak terbabit akan duduk di sekitar dataran pusat bandar, tempat yang sama peminat bola sepak berkumpul.

Ia mungkin dianggap tempat kejadian yang tidak membahayakan, tetapi ramai kanak-kanak ini menawarkan seks tanpa berfikir dua kali.

“Terlintas di fikiran semuda manakah kanak-kanak ini kerana mereka cuba berlagak agar kelihatan lebih tua dengan pakaian dan solekan.

“Dengan ditemani penterjemah dan mubaligh yang bekerja dengan kanak-kanak di jalanan, saya bercakap dengan tiga budak perempuan, seorang daripadanya jelas tidak waras kerana menghisap dadah dan menghidu gam.

“Lorrisa baru berusia 13 tahun dan saya pasti tubuh kecilnya itu terbantut akibat dadah.

Dia menghidu gam industri yang kuat daripada sebuah botol plastik yang mereka namakan sebagai ‘cola’.

“Saya rapatkan botol itu ke hidung dan cuba melihat isi kandungannya, namun bau yang terlampau itu menyakitkan kepala saya,” kata Mark.

Menurut Lorissa, menghidu gam membuat–kan dia pening dan kebas sekali gus menghentikan rasa lapar, oleh itu dia tidak perlu makan.

“Ia membantu saya menghadapi keganasan dan bahaya di jalanan,” kata Lorissa.

Seketika kemudian, Raphaela, 13, rakan Lorissa turut menyertai perbualan kami.

“Saya sering didatangi puluhan lelaki yang mahukan khidmat seks sama ada penduduk tempatan, pelancong dan pemandu teksi.

“Mereka akan membayar BRL10 (RM14.28).

“Rakan saya, Mickela tinggal di jalan dan dia dibunuh pada hari polis merusuh.

“Seorang lelaki menjemputnya di stesen kereta api Metro dan dia mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu.

“Tetapi, lelaki itu enggan membayar Mickela lalu dia dibunuh dan mayatnya dibuang. Ia berlaku hanya beberapa minggu lalu,” kata Mickela, 14.

Seorang pelacur tua yang berperanan sebagai ibu kepada kanak-kanak terbabit memberitahu polis gagal mencari pembunuh itu.

Dalam tempoh tiga jam Mark menghabiskan masa berbual dengan kanak-kanak itu, dua kali kereta polis melewati mereka, tetapi pegawai polis itu tidak melakukan apa-apa.

Ia membuatkan keba–nyakan bapa ayam datang dan pergi bersama pengedar dadah selamat daripada pengetahuan polis.

Calliem, 14, memberitahu Mark bagaimana dia mula menjual tubuhnya untuk seks pada usia 11 tahun.

“Saya melakukan hubungan seks dengan lelaki dan mereka hanya membayar saya RM7.13,” katanya.

Calliem adalah pengguna tetap cola, ganja dan kokain crack, memperoleh kokain itu daripada peniaga di jalanan.

“Ayah saya sudah mati, ibu saya tinggal di tempat perlindungan bersama ibu saudara dan saya mempu–nyai sembilan adik-beradik.

“Tiga daripadanya mati. Seorang darinya maut dalam satu tembakan,” katanya.

Keluarga yang masih ada tahu kegiatannya yang hidup di jalanan dengan menjual diri untuk seks.

Perkara yang paling mengejutkan adalah cara dia bercerita mengenai hidupnya, seolah-olah ia adalah normal dan boleh diterima.

Calliem memberitahu Mark, dia takut jika Piala Dunia hanya menarik lebih ramai lelaki mengadakan hubungan seks.

Wanita berumur 41, yang tinggal di jalanan sejak ber–usia tujuh tahun berkata: “Kanak-kanak menghadapi risiko besar daripada lelaki dan pelancong tempatan.

“Seorang budak berumur 10 tahun dipaksa menjadi pelacur.

“Kanak-kanak ini me–ngikut kebanyakan lelaki kerana mereka ketagih pada dadah dan memerlukan wang yang lebih banyak untuk membeli dadah.

“Mereka menggunakan dadah untuk berasa kebas akibat penderaan seksual, mula menjadi ketagih lantas perlu menjual diri ber–ulang kali bagi mendapatkan wang,” katanya.

Dadah mudah diperoleh secara meluas di Brazil dan negara ini berada dalam genggaman wabak kokain crack.

Menurut Mark, dia bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun yang ketagih crack dan cola dan menjadi bapa ayam oleh seorang lelaki yang mereka gelar Pak Cik.

“Saya juga dibawa ke kawasan setinggan terkenal Santo Amaro untuk bercakap secara rahsia dengan seorang pengedar dadah berpangkat pertengahan, Stephanie.

“Dia memberitahu hanya menjual crack kepada remaja dan orang tua malah seorang pelanggannya bergelar peguam.

“Apabila saya memberitahunya dadah itu sering dijual kepada anak-anak muda, dia mula menangis kerana mempunyai anak ketagih ‘crack’,” katanya.

Beliau juga bertemu komander polis, Mejar Angelo yang menjemputnya ke stesen bersama seorang pegawai dari Jabatan Pemerdagangan Manusia.

“Pegawai polis terbabit memberitahu terlalu banyak kes seksual membabitkan kanak-kanak di negara itu sehingga mereka tidak ingat satu persatu,” katanya.

Mejar Angelo menambah: “Kami memandang serius isu berhubung peminat mahu melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak.

“Kami menubuhkan talian bantuan dan bertindak segera dengan mana-mana panggilan serta mencari bukti,” katanya.

Namun tidak pasti sejauh mana serius dan ikhlas anggota polis di negara itu bagi membanteras kegiatan seks membabitkan kanak-kanak.

Namun operasi pengawasan yang mudah selama lebih seminggu mungkin mampu memerangkap ramai pesalah seks dan dapat menyelamatkan kanak-kanak.

Polis di United Kingdom akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Brazil untuk menyekat kemasukan pesalah seks kanak-kanak yang dikenali. - The Mirror

Permohonan Wan Muhammad Azri Tangguh Bayar RM850,000 Ditolak ...padan muka hahaha

$
0
0
alt
KUALA LUMPUR 20 JUN - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai blogger kontroversi PapaGomo menangguh bayaran ganti rugi RM850,000 kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keputusan tersebut dibuat oleh pesuruhjaya kehakiman Rosilah Yop dikamarnya dan menetapkan kos sebanyak RM50,000.
Anwar diwakili peguamnya Shahid Adli manakala Wan Muhammad Azri mewakili dirinya sendiri.
Februari lalu Rosilah yang menjadi hakim bagi kes tersebut mendapati Peguam N Surendran dan Lathifah Koya berjaya membuktikan kenyataan munasabah dengan mengaitkan Wan Azri sebagai Papa Gomo.
Hujah kedua-dua peguam itu mendakwa Wan Muhammad Azri menerbitkan kenyataan fitnah berhubung skandal seks Anwar pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013 menerusi laman web papagomo.com.

Sudah lama Muhyiddin pendam kecewa - Zam

$
0
0

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Desas-desus perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkuatkan lagi oleh tulisan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menulis di dalam blog beliau zamkata.blogspot, bekas menteri itu mendedahkan Muhyiddin sebenarnya sudah lama menyatakan hasrat untuk berundur dari kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya.

"Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," katanya.

Sejak awal minggu ini desas-desus kononnya Muhyiddin akan digugurkan selepas rombakan kabinet berlegar di alam maya.


Malah perkara tersebut didedahkan sendiri oleh aktivis-aktivis veteran Umno.

Muhyiddin semalam bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyerahkan kedudukan beliau kepada Najib untuk menentukan.

Beliau menegaskan, sehingga hari ini tiada sebarang isu yang dibangkitkan berhubung kedudukannya dan perdana menteri tidak pula memaklumkan apa-apa kepadanya.

Menyentuh rombakan kabinet, Zam mendakwa dua orang menteri baru yang pasti akan diantik ialah dari MCA dan  Gerakan.

"Dan kabarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri akan berpindah kementerian untuk digantikan dengan Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz," tulisnya. - HARAKAHDAILY 20/6/2014

Beyonce Nak Jual Pewangi ke Jual Peha?

$
0
0


..
Walaupun sedang sibuk dengan konsert jelajah bersama suaminya, Jay Z, diva popular Beyonce tetap sempat memberi tumpuan pada perniagaannya. Terbaru, pelantun lagu hits 'Single Ladies' ini melancarkan pewangi terbaru.
Namun apa yang hangat diperkata ramai ialah konsep kempen promosi pewangi yang diberi nama 'Beyonce Heat Wild Orchid' itu, yang mana memperlihatkan ibu anak satu ini mempamerkan tubuh seksinya.
Penyanyi yang kini berusia 32 tahun tersebut mempamerkan peha dan belahan dadanya dengan gaun hitam dengan gaya seksi menggoda.
Pewangi yang dijangka akan berada di pasaran pada Ogos ini nanti dijual dengan harga USD 24.99.
Ini merupakan koleksi minyak wangi kedua Beyonce. Sebelum ini dia pernah melancarkan pewangi pertama yang diberi nama 'Heat' pada 2010.
..

Tan Sri Khalid wajar diganti

$
0
0
  • Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas PusatKhalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat
 1 / 1 
SHAH ALAM – Pas Selangor menyifatkan barisan pimpinan PR wajar bertemu untuk berbincang bagi mencari pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, calon menteri besar baru itu perlu diterima ketiga-tiga parti dalam PR.

“Pokoknya dia bermasalah. Partinya sendiri pun menolak dia. Semestinya sukar untuk beliau bertahan. Kalau dia sudah tidak mendapat sokongan daripada dua parti dan ahli badan perhubungan Pas pun telah melihat dia bermasalah, maka saya rasa, kita mesti bersedialah membawa satu pertukaran kerana kita tak boleh la hanya menganggap seorang saja yang mampu (menjawat jawatan MB).

“Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah pimpinan daripada ketiga-tiga parti wajar bertemu dan berbincang untuk mencari calon lain yang boleh diterima. Nyatakan syarat-syarat baru yang mahu dikenakan oleh setiap parti ke atas calon yang akan dipilih dan disokong bersama itu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Hari ini, media melaporkan Pas Selangor menolak Abdul Khalid ekoran tindakannya yang sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.

Perkara itu disuarakan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman yang menyebut mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

“Saya rasa untuk kerajaan PKR ini betul-betul mencapai kejayaan dan menunjukkan prestasi yang sebaik mungkin, kita mesti ada MB yang diterima ketiga-tiga parti.

“Sekarang ini, PKR dan DAP sendiri sudah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tan Sri Khalid, maka bagaimana beliau boleh bertahan atas sokongan satu daripada tiga parti itu saja. Jadi, Pas pun kena fikirkanlah tentang keadaan yang sebegini rupa,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengambil sikap menyokong keputusan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor tersebut.

“Saya hanya menyokong keputusan dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor. Apa pun keputusannya saya terima dan kalau begitulah yang diputuskan bersama, maka saya tentunya bersama dengan keputusan itu.

Namun saya sendiri bukan dari Badan Perhubungan Negeri Selangor, saya tidak terlibat dalam keputusan itu. Saya tidak mempunyai sebarang pandangan peribadi kerana prestasi MB ini memang sudah kita maklum mengalami beberapa masalah dalam PR,” katanya.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat Jaafar itu benar bukan sekadar rekaan.

Malah beliau berpendapat, Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera atas tindakan-tindakannya sebelum ini.

“Saya sendiri adalah ahli jawatankuasa air bersama Tony Pua dan Rafizi diangkat oleh Majlis Presiden PR. Kami ini langsung tidak diambil apa-apa pandangan atau perhatian langsung. Malah sehingga ke hari ini, kami tidak dapat berjumpa dengan MB. Kami tidak dirujuk seolah-olah kami ini tidak wujud.

“Itu satu contoh. Apa yang disebut cikgu Jaafar itu punya kebenarannya. Kawan-kawan yang lain juga mempunyai pandangan seperti itu. Mereka bukan mereka-reka cerita ini. Saya kira Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera dengan semua ini,” katanya.
Viewing all 2146 articles
Browse latest View live