Quantcast
Channel: Mimpi Senja
Viewing all 2146 articles
Browse latest View live

MB: Kaji keputusan PRK Teluk Intan, DAP sudah buat terbaik

$
0
0

Oleh: Norhayati Umor
SHAH ALAM 1 JUN: DAP sudah memainkan peranan dan tugas dengan cara terbaik dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan biarpun Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti amat tipis bagi mempertahan kerusi itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata faktor pengundi luar kawasan yang tidak mengundi merupakan antara punca DAP tidak dapat mempertahankan kerusi itu yang memerlukan kajian mendalam.
Abdul Khalid berkata kegagalan itu juga disebabkan manifesto dan janji yang ditawarkan oleh Kerajaan Pusat menyebabkan pengundi memilih calon daripada BN.
dyana12“Walaupun baru setahunnya berlangsungnya PRU-13, disebabkan kerana pengundi yang tinggal di luar kawasan tidak pulang dan cara promosi calon BN, ia tidak berpihak kepada DAP.
“Dalam PRK ini ada sokongan kuat dari Kerajaan Pusat untuk mempromosikan dan memujuk pengundi untuk memilih calon BN,” katanya dalam sidang media di Dewan Jubli Perak selepas merasmikan kursus perdana Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (SEROJA), di sini.
Abdul Khalid berkata, namun apa yang positifnya adalah peningkatan sokongan kaum Melayu dalam memberikan undi kepada calon DAP.
“Ada persamaan dengan PRK Kajang, saya merupakan Pengarah pilihan raya PKR, penglibatan komuniti Cina kurang.
MB“Seperti di Kajang, ada sikap selesa antara pengundi Cina di Teluk Intan kerana keputusan tiada kesan besar pada status quo, PRK ini bukan penting dan mereka enggan pulang melaksanakan tanggungjawab,” katanya.
Dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan semalam, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong memenangi pilihanraya itu apabila mendapat 20,157 undi berbanding calon DAP, Dyana Sofya yang mendapat 19,919 undi, memberikannya majoriti tipis iaitu sebanyak 238 undi.
Pada PRK itu, peratusan keluar mengundi adalah rendah iaitu sebanyak 66.67 atau 40,236 pengundi termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir berbanding 80.7 peratus pada Pilihanraya Umum ke 13 lepas.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.
Seah pada PRU 13 menang dengan majoriti 7,313 undi apabila memperoleh 27,399 undi sementara calon BN, Mah mendapat 20,086 undi manakala calon bebas, Moralingam Kannan mendapat 279 undi.
EZY

Cicak Tokek 'Anak Ketiga' Pasangan Indonesia

$
0
0

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 3:56 PM

Cicak tokek yang dilahirkan Nelci menggemparkan penduduk.

KUPANG: Seorang wanita dari Kampung Oemolo di Nusa Tenggara Timur, Indonesia mengemparkan penduduk perkampungan itu apabila melahirkan cicak tokek atau gecko pada Jumaat.
Nelci Nubatonis dilapor melahirkan haiwan itu pada awal pagi di rumahnya di daerah ini.
Cicak tokek itu adalah 'anak ketiga' pasangan Nelci dan Wempi Loasana itu.
Sumber memberitahu, proses bersalin Nelci dibantu seorang bidan dari Pusat Kesihatan Oenuntono, Josephine Lydia Hellen Wadu.
Katanya, Nelci terpaksa bersalin di rumah sendiri kerana lokasi kediamannya yang jauh dari pusat kesihatan.
“Untuk ke klinik, Nelci perlu melalui perjalanan selama empat jam,” katanya yang memberitahu kandungan Nelci baru berusia lapan bulan.
Katanya, kira-kira pukul 5.30 pagi, Nelci mengalami kesakitan dan dibantu untuk bersalin.
“Kami terkejut kerana tiba-tiba yang keluar bukannya bayi tetapi cicak tokek,” katanya.
Sementara itu, Josephine yang tidak pernah berdepan pengalaman seperti itu berkata, dia terkejut melihat haiwan itu keluar dari rahim Nelci.
Beliau kemudian membawa cicak tokek itu ke pusat kesihatan tempatan untuk diperiksa.
“Kami tidak bertanya kepada Nelci mengapa keadaan sebegitu berlaku, namun dari apa yang dikatakan penduduk setempat mungkin wanita itu pernah bertapa beberapa lama,” katanya.

Mangsa Culik Tidak Disiksa Sepanjang Ditahan Jolo

$
0
0

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 8:32 AM


Gao (kanan) dan Mimi.
KOTA KINABALU: Kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf tidak menyiksa atau mengapa-apakan warga China Gao Huayun dan pekerja resort Filipina Marcy Dayawan @ Mimi dalam tempoh 58 hari mereka ditawan di kawasan hutan di Jolo.

Walau bagaimanapun, Mimi, 40, sentiasa diancam untuk  dipenggal kepalanya jika keluarga Gao tidak membayar wang tebusan dalam masa 20 hari selepas mereka membuat panggilan.

Difahamkan, dua wanita itu yang telah diserahkan kepada kumpulan Abu Sayyaf dengan bayaran oleh kumpulan penculik yang berpusat di Tawi Tawi itu sentiasa dijaga oleh sekurang-kurangnya 40 lelaki bersenjata selepas mereka terus dibawa ke Jolo.

Mereka tidak dianiaya dan diberi makanan nasi dan ikan setiap hari, tetapi pernah sekali mendapat hidangan sayur-sayuran sepanjang mereka ditawan.

Selepas rundingan berminggu-minggu, mediator berjaya menyelamat dan membebaskan Gao, 29 tahun dan Mimi pada hari Jumaat, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Mereka kemudian dibawa dari Jolo ke Sandakan pada pukul 4.30 petang sebelum diterbangkan ke Kota Kinabalu.

Kedua-dua mereka berlepas ke Kuala Lumpur awal pagi semalam, manakala Gao terbang segera untuk pulang ke Shanghai.

Polis sedang meneliti dokumentasi perjalanan untuk Mimi sebelum dia dihantar pulang ke Filipina.

Kedua-dua wanita itu yang sering menangis semasa dikurung, tidak pernah terfikir bahawa mereka akan dibebaskan satu hari nanti dan bersyukur dengan pembebasan mereka.

Dilaporkan, terdapat 'wanita ketiga' dengan mereka tetapi mereka tidak pasti sama ada dia adalah tebusan atau sebahagian daripada kumpulan itu.

Kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf, yang terdiri daripada remaja sehingga lelaki berusia 40-an sering memerhatikan tebusan mereka di kawasan hutan di sebuah kampung di Jolo.

Pada 2 April, Gao dan Mimi telah dibawa lari oleh tujuh lelaki bersenjata dalam 'pumpboat' kecil dari Singamata Reef Resort di Semporna sebelum mereka dipindahkan ke bot berkuasa tinggi dan terus dibawa ke Jolo.

Difahamkan, mereka dibawa ke sebuah kawasan hutan, tetapi tiga hari kemudian apabila helikopter tentera Filipina berlegar di kawasan itu, mereka berpindah ke kawasan pedalaman di mana mereka kekal di situ sehingga mangsa berjaya diselamatkan.

Walaupun Gao telah bersatu semula dengan keluarganya di China, nasib Mimi masih tidak diketahui kerana keluarganya, termasuk ibu bapanya, masih tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Makam di bandar Semporna.

Jirannya berkata, mereka tidak melihat ahli-ahli keluarganya yang pada mulanya ditahan polis atas kemungkinan wujudnya kaitan antara mereka dan penculik.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, polis telah membebaskan ahli keluarganya selepas disoal siasat.

Beliau berkata, bagaimanapun, mereka masih menyiasat sama ada Mimi mempunyai sebarang kaitan dengan penculikan itu.

Polis negeri dan polis Bukit Aman telah mengambil keterangan daripada Gao dan Mimi.

"Jika kita yakin bahawa Mimi tidak terlibat, dia akan dihantar balik ke keluarganya di Filipina," kata beliau ketika dihubungi.

Anak muda agak kecewa dengan kekalahan Dyana

$
0
0
Anak muda agak kecewa dengan kekalahan Dyana
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia terutama golongan muda agak kecewa dengan kekalahan Dyana Sofea pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam, tulis Abu Hassan Adam.
Menurutnya, mereka telah menaruh sepenuh harapan agar Dyana akan membawa’obor’ perjuangan politik baru ke arena politik Malaysia bersama-sama dengan pemimpin muda lain.
“Mereka telah menaruh sepenuh harapan yang beliau akan termampu untuk menukar lanskap politik Malaysia ke suatu era yang sesuai dengan perkembangan politik abada ke-21,” tulis beliau di dalam blognya.
Sebenarnya, bagi beliau Dyana hanya kalah di PRK Teluk Intan tetapi telah memenangi hati ramai rakyat Malaysia yang tidak mengira bangsa dan kaum.
“Anak muda pastinya menaruh harapan menggunung kepada Dyana Sofea. Teruskan perjuangan murni itu,” tulisnya lagi.
Calon BN, Datuk Mah Siew Keong yang juga Presiden Gerakan mendapat 20,157 undi sementara calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud, memperoleh 19,919 undi dengan 550 undi rosak.
PRK Teluk Intan daiadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, Seah menang dengan majoriti 7,313 undi apabila memperoleh 27,399 undi sementara calon BN, Mah mendapat 20,086 undi dan calon Bebas, Moralingam Kannan 279 undi. - HARAKAHDAILY

Ku Li persoal pembayaran pinjaman tanpa faedah Bank Rakyat kepada Deepak -

$
0
0

Polisi Bank Rakyat yang membenarkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar pinjaman RM32 jutanya tanpa faedah turut membuatkan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkannya kerana peniaga Bumiputera juga tidak mendapat perjanjian istimewa sebegitu. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Jun, 2014. 

Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah turut mempersoalkan polisi Bank Rakyat untuk membenarkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar pinjaman RM32 jutanya tanpa faedah, mengatakan ianya bukan amalan biasa perbankan. 

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, peniaga Bumiputera juga tidak mendapat perjanjian istimewa seperti itu apabila membuat pinjaman dengan bank kerajaan, walaupun Putrajaya mempunyai polisi perniagaan pro-Bumiputera.
“Melihat kepada fasiliti kewangan yang diperdebatkan dalam kes ini, saya tidak fikir ianya betul,” kata pemimpin veteran Umno itu yang menjadi menteri kewangan dari 1976 hingga 1984.
Putera Raja Kelantan yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu turut mempersoalkan polisi kerajaan mana diikuti Bank Rakyat apabila memberikan kemudahan kepada pelanggan seperti Deepak.
“Di bawah polisi kerajaan yang mana diikuti bank apabila memberikan fasiliti seperti itu di atas permintaan pelanggan?
“Apakah polisi Bumiputera? Dia bukan Bumiputera,” katanya merujuk kepada laporan Bank Rakyat, bersetuju membenarkan ahli perniagaan kontroversi Deepak untuk menyelesaikan pinjaman RM32 jutanya tanpa sebarang faedah.
Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan kepada The Malaysian Insider minggu lepas Deepak menggunakan pengaruh politiknya untuk menyelesaikan pinjamannya dengan campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Bank milik kerajaan itu tidak berada di bawah seliaan Bank Negara dan tidak termaktub kepada undang-undang perbankan negara.
Sabbaruddin mengatakan pada mulanya, ahli lembaga pengarah sudah menolak tawaran Deepak untuk menyelesaikan hutang tertunggaknya.
Deepak dikatakan menawarkan penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjamannya dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated".
Sabbaruddin mengatakan selepas keputusan lembaga pengarah bank itu, Hasan tidak gembira dan enggan menandatangani kontraknya sebagai pengerusi bank yang berakhir pada 8 April.
Sabbaruddin juga mendakwa, menteri itu bertemu dengan Deepak tanpa pengetahuan Bank Rakyat pada Januari.
Selepas pendedahan Sabbaruddin, Bank Rakyat dalam satu kenyataan mengatakan elemen faedah tidak timbul dalam mekanisme kewangan Islam.
Bank Rakyat bagaimanapun tidak menafikan tuduhan Sabbaruddin.
Beberapa hari lalu, Hasan memberitahu The Malaysian Insider, semuanya dilakukan mengikut prosedur.
Beliau turut mencabar mana-mana pihak membuktikan dirinya melakukan kesalahan kerana meyakinkan Bank Rakyat untuk memberikan kemudahan pembayaran pinjaman tersebut kepada Deepak.
Sehingga kini, Deepak masih belum memberikan respon kepada dakwaan Sabbaruddin. – 2 Jun, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ku-li-persoal-pembayaran-pinjaman-tanpa-faedah-bank-rakyat-kepada-deepak#sthash.Kj02RYKJ.dpuf

Pembebasan pelancong Cina & pekerja Filipina - Malaysia bayar RM30 juta?

$
0
0


PETALING JAYA (June 2): Malaysia paid close to RM30 million to secure the release of a Chinese tourist who was kidnapped in Semporna, Sabah two months ago.
Sources tell fz.com that the money was paid to Abu Sayyaf militants in exchange for the freedom of Chinese tourist Gao Huayun as well as Filipino hotel worker Marcy Dayawan -- to coincide with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's visit to China.
Moro National Liberation Front (MNLF)’s Nameh Sangkula is said to have been approached by Malaysian intermediaries in Jolo with the money as a trade-off.
It is understood an 'agent’s fee' of a few million ringgit was also paid to the cash-strapped MNLF, headed by Nur Misuari.
Both Gao, 28, and Dayawan, 40 were reportedly released in Parang, a small town in Sulu, where they were held.
The women have been issued with a gag order, barred from speaking to the Press.
Both women, who were kidnapped by Abu Sayyaf militants from the Singamata Adventures and Reef Resort on April 2, were freed on Friday.
Najib announced their release on Friday via Twitter while he was on an official visit to China and made pains to emphasise that “no ransom was paid”.
He had also commended the Malaysian and Philippine security forces for rescuing the women.
It was reported earlier that the kidnappers had demanded 500 million pesos (RM36.5m) for Gao.
Philippine sources had earlier told Reuters that a hefty ransom was paid for the women.
"It has been rare for Abu Sayyaf to release abductees without a ransom being paid," the Reuters report said.
"It makes sense that they are released as the Abu Sayyaf only kidnaps civilians for ransom, and there were no ground operations to rescue the hostages," a high placed source told fz.com.
He added the fact that Najib was in China when the two women, including the Chinese national, were freed seems all too coincidental.
"In fact, it was planned for the women, especially Gao to be released at that time," said the source.
After MH370 went missing on March 8 with 153 of the 239 passengers on board being Chinese nationals, ties with China have never been worse.
On Nov 15, Taiwanese tourist Li Min Hsu, 57, was shot dead when Abu Sayyaf gunmen stormed the Pom Pom Island Resort in Semporna and abducted his female companion Chang An Wei.
Chang, 58, was freed a month later after a ransom was paid.
On May 6, Chinese national Yang Zai Lin, 34, was abducted by Abu Sayyaf gunmen from a fish farm he worked on near Pulau Babi, Lahad Datu.
He remains missing.
However, the final straw was the missing plane and Malaysia’s handling of the crisis which received international ridicule.
The delivery of a pair of pandas which were due in April was delayed by over a month as both countries resolve their diplomatic issues. Both countries observe 40 years of diplomatic ties this year.  
"Malaysia cannot afford having another incident involving a Chinese national," a source said, alluding to the ransom that was paid to secure Gao.
However, Malaysia’s generous policy of negotiating with terrorists more than likely means this will not be the last kidnapping in Sabah.
Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein has not returned calls or messages for his comment - fz.com

Read more: http://www.fz.com/content/did-malaysia-pay-rm30m-chinese-tourist#ixzz33Rm5gGKH

Raja Azmi bertudung selepas 3 hari 3 malam sembahyang tahajud

$
0
0


..
Produser kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman mendedahkan keceluparannya mempersoalkan dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka antara punca dia terbuka hati untuk berhijab.
Raja Azmi, 55, berkata, selepas membuat kenyataan itu yang disiarkan di TV9 bulan lalu, dia mula terfikir adakah kenyataan yang dibuatnya itu betul atau sebaliknya.
“Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online.
Raja Azmi berkata demikian dalam rancangan hiburan h live! saluran Astro Ria dan Maya HD pada Ahad malam.
Produser itu ditemubual oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi dalam program yang disiarkan secara langsung bermula pukul 8.30 malam itu. Ulangan rancangan berkenaan disiarkan menerusi saluran Awani pada pukul 10.30 malam.
Sebelum ini Raja Azmi menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan pendapat orang yang tidak bertudung akan masuk neraka.
Beliau membuat kenyataan berkenaan apabila ditanya wartawan Galaksi, TV9, adakah dia mahu bertudung selepas kembali mengerjakan umrah pada Februari lalu.
Malah dia juga berkata, orang yang bertudung pula tidak semuanya menjaga adab mereka sebagai muslim sejati.
Dalam pada itu Raja Azmi berkata, dia tidak terkesan dengan segala kritikan orang ramai terhadap kenyataannya sebelum ini tetapi dia bersyukur kerana mendapat ‘teguran’ Allah yang akhirnya membuatkan dia mengambil keputusan bertudung.
Langkah menukar imej kata beliau, adalah sebahagian daripada keinginannya untuk terus beribadah dan juga mahu mengenali Islam itu dengan lebih mendalam. - MD

Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang bakal tutup kerana masalah pelesenan

$
0
0
Nasi Kandar Line Clear, salah sebuah restoran India Muslim yang paling terkenal di Pulau Pinang ‎bakal menghadapi risiko penutupan gara-gara masalah pelesenan. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berkata akan mengambil alih semula tapak restoran itu di lorong sempit Jalan Pulau Pinang, George Town yang sudah beroperasi selama beberapa dekad jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi.
‎Isu pelesenan timbul berikutan pertikaian antara empat ahli keluarga yang pada mulanya bersetuju bergilir-gilir menjalankan perniagaan nasi kandar itu.
Beliau sepatutnya menyerahkan perniagaan itu kepada sepupunya, Sahubarali China Mohd Hanibah pada 2011, namun didakwa tidak berbuat demikian.
"Kami akan berunding kembali dengan pihak kepentingan bagi menyelesaikan masalah ini dalam dua minggu. Berdasarkan hal itu, kami terpaksa mengambil tindakan bagi memastikan perniagaan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang.
"‎Kami berhasrat ingin mengambil alih premis dengan mengosongkan kawasan itu menyusun semula perniagaan selaras dengan majlis undang-undang," kata Pengarah Pelesenan MPPP, Azman Sirun.
Sejarah restoran Line Clear bermula kira-kira setengah abad lalu.
Ketika itu pekerja akan menjerit "line clear" sebagai cara mereka memberitahu sudah bersedia untuk melayan pelanggan yang sedang berbaris.
‎Restoran itu amat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang mahukan makanan terbaik mamak Pulau Pinang.
Restoran itu juga terkenal dengan aroma kari dan pelbagai hidangan seperti daging, makanan laut dan sayuran. – 2 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nasi-kandar-line-clear-pulau-pinang-bakal-tutup-kerana-masalah-pelesenan?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.JWPg9KbC.dpuf

Tak payah panggil YB la .....- N Surendran

$
0
0

Amalan merujuk kepada ahli-ahli Parlimen sebagai 'YB' di luar Dewan adalah "memalukan dan tidak masuk akal " kerana mereka adalah pekhidmat awam dan bukan sebaliknya, kata MP Padang Serai,  N Surendran.



Dalam satu kenyataan hari ini, beliau mengingatkan ahli Parlimen supaya tidak mengangkat diri mereka mengatasi rakyat dan menghentikan amalan itu.

Katanya, dalam tatanegara bebas dan demokratik, wakil rakyat tidak seharusnya meletakkan diri mereka lebih tinggi dari rakyat melalui gelaran kehormat hanya kerana dipilih ke jawatan tersebut.

Menurut Surendran, ia tidak selaras dengan hakikat bahawa wakil rakyat yang dipilih adalah 'penjawat awam ' dan bukan tuan.

Ahli Parlimen bagi penggal pertama, yang juga naib presiden PKR itu berkata amalan tersebut adalah memalukan, tidak perlu dan agak tidak masuk akal.

Ia  juga tidak diamalkan di negara-negara Komanwel yang lain , katanya.

Istilah ' Yang Berhormat (YB), jelas beliau, digunakan oleh ahli Parlimen antara satu sama lain di Dewan semasa perbahasan.

"Orang ramai hanya perlu memanggil ahli Parlimen alamat sebagai ' encik ', ' cik ' atau 'puan'," kata Surendran.

Malangnya, kata beliau, ramai wakil rakyat mereka mempunyai tabiat memanggil antara satu sama lain 'YB' di luar Parlimen atau Dewan Undangan Negeri .

Panggilan YB: Ahli Parlimen Beri Pandangan Berbeza


PETALING JAYA: Memanggil seseorang ahli Parlimen dengan panggilan 'YB' atau 'Yang Berhormat' di luar Dewan Rakyat dilihat tidak lagi sesuai dengan zaman.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata, walaupun gelaran tersebut sudah lama diamalkan, ia wajar dihentikan kerana ia seolah-olah menggambarkan satu kedudukan masyarakat dalam sistem feudal.

"Saya rasa jika panggilan YB berterusan ia seperti mengamalkan sistem feudal, seolah-olah kita berada dalam zaman bangsawan.

"Sebarang panggilan, gelaran untuk ahli Parlimen akan memberi ruang kepada seseorang wakil rakyat itu menyalahgunakan kuasanya seolah-olah mereka ada hak dengan kuasa dan gelaran yang mereka ada," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Ahli Parlimen Pandan ini berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran pada Isnin yang menggesa amalan panggilan YB di luar Dewan Rakyat dihentikan.

Menerusi kenyataannya, Surendran berkata dalam tatanegara bebas dan demokratik, wakil rakyat tidak harus meletakkan diri mereka lebih tinggi dari rakyat melalui gelaran.

Beliau juga memberi contoh negara-negara komanwel lain yang tidak menggunakan sebarang gelaran untuk mana-mana penggubal undang-undang yang dipilih rakyat.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata beliau melihat panggilan naib presiden parti itu adalah wajar walaupun kenyataan tersebut bukan merupakan keputusan bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Rafizi menambah, perkara ini mungkin tidak menjadi satu masalah besar kepada mereka yang sudah lama menjadi ahli Parlimen tetapi berbeza dengan wakil rakyat yang baharu mendapat mandat daripada rakyat, termasuklah dirinya sendiri.

"Mungkin kami yang muda-muda ini yang kurang selesa dipanggil YB, tapi saya akui susah untuk mengubahnya sebab sudah jadi budaya dalam masyarakat kita.

"Mula-mula saya jadi ahli Parlimen dulu saya selalu minta orang panggil saya nama atau panggil encik sahaja, tapi mereka panggil YB juga...lama-lama saya dah tak larat nak tegur.

"Tapi masih ramai juga yang panggil nama sahaja walaupun saya ahli Parlimen. Saya tak kisah...panggilan bukan satu isu bagi saya," katanya.

Mengulas perkara yang sama, Ahli Parlimen Sekijang (BN) Anuar Abd Manap berkata rakyat yang memanggil ahli Parlimen dengan gelaran YB tidak harus dipertikai.
"Kita adalah wakil yang mereka pilih, mereka percaya dan mereka rasakan layak untuk gelaran tersebut. 
"Kalau tak mahu panggil YB pun terpulang sebab rakyat ada macam-macam jenis, tapi kalau mereka tak sayangkan kita mereka takkan panggil kita YB," katanya.
Beliau berkata, panggilan YB itu juga menunjukkan satu petanda positif bahawa rakyat kenal dengan ahli Parlimen mereka.
"Saya rasa panggilan YB sama di dalam atau luar dewan biarlah kekal, tak timbul masalah apa pun.
"Kalau tak panggil (YB) pun kita tak pernah marah," tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Temerloh (PAS), Nasrudin Hassan pula berpendapat panggilan dan gelaran untuk seseorang ahli Parlimen tidak penting kerana apa yang lebih utama ialah tanggungjawab yang dipikulnya.

"(Panggilan) terpulang kepada pandangan dan pendapat masing-masing.

"Ia satu gelaran yang sudah diiktiraf tetapi yang penting wakil rakyat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan betul," katanya.

Beliau yang pertama kali menjadi wakil di Dewan Rakyat bagi penggal ini berkata, dalam situasi tertentu, gelaran kemuliaan itu akan menjadikan seseorang itu leka dan lalai.

Yammy tak kisah dipanggil 'pengkhianat' pada Umno

$
0
0


Yammy Samat, ibu kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, tidak kisah dengan kenyataan gabungan penulis blog Umno yang hari ini sekali lagi mendesak supaya beliau dipecat daripada Umno.

Gabungan itu kecewa dengan Yammy, yang merupakan seorang ahli Umno, kerana berkempen untuk anak perempuannya itu yang mewakili DAP bertanding dalam pilihan raya kecil Teluk Intan menentang BN.

"Itu terpulang kepada Majlis Tertinggi Umno tentukan kedudukan saya. Terpulang pada mereka,: katanya kepada Malaysiakini.



Yammy mengulangi pendirian bahawa beliau akan kekal dalam Umno.

"Tetapi jika Majlis Tertinggi Umno tidak mahu saya lagi, maka tiada apa lagi yang boleh saya buat," katanya.

Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz (kanan) hari ini menggesa supaya Yammu dipecat, dua hari selepas BN berjaya menawan semula kerusi Parlimen Teluk Intan.

Tun Faisal, yang merupakan seorang penulis blog utama Umno, mengeluarkan satu kenyataan yang disokong oleh 44 penulis blog yang pro-BN yang menuduh Yammy sebagai "pengkhianat".

Mengenai kekalahan Dyana, Yammy berkata, beliau tidak tahu mengapa anaknya kalah pilihan raya kecil itu, tetapi menegaskan bahawa beliau hanya menemani anaknya berkempen.

"Saya tidak tahu mengapa orang India dan Cina tidak menyokong anak saya.

"Saya hanya temani anak saya berkempen. Saya menemaninya sebagai seorang ibu," katanya.

Ditanya mengenai anaknya itu, Yammy berkata: 'Saya percaya anak saya adalah seorang yang kuat. -  Malaysiakini

Di London, Perkasa bersumpah pertahan hak Melayu dan Bumiputera ‘selagi ada bulan dan bintang’ -

$
0
0






Di Kota London, Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) berikrar dan bersumpah akan bersama kepimpinan negara selagi mana mereka tetap mempertahankan hak komuniti Melayu dan Bumiputera selamanya, kata presidennya Datuk Ibrahim Ali. 
Ibrahim yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Mas ketika merasmikan pembukaan cawangan Perkasa UK dan Eropah turut bersumpah akan meneruskan sokongan terhadap sistem perkongsian kuasa, selagi mana ia tidak ditakrifkan sebagai perkongsian secara total dengan mengenepikan Pribumi sebagai bangsa teras di negara ini.
"Perkasa juga bersumpah dan berikrar untuk menyokong pemerintah negara selagi pucuk kepimpinan dan penjawat awamnya benar-benar menepati janjinya untuk memelihara Perlembagaan Persekutuan dan mengotakan janji 'selagi ada bulan dan bintang', maka selagi itulah agenda memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera akan dilaksanakan di negara tercinta ini," kata Ibrahim dalam ucapan perasmian tersebut.
Ucapan perasmian Ibrahim yang dihantar kepada The Malaysian Insider itu turut berkata, Perkasa amat kecewa dengan segelintir penduduk bukan pribumi di Malaysia yang mempersoalkan Perlembagaan berkenaan hak pribumi dan Melayu yang mana bakal mencetuskan ketegangan antara kaum.
Ibrahim berlepas ke London pada 29 Mei lalu untuk merasmikan pembukaan cawangan Perkasa di London dan meliputi beberapa negara Eropah merangkumi Ireland, Perancis, German, dan Belgium serta negara-negara Eropah yang lain yang kini mempunyai keahlian seramai 253 orang.
Ibrahim berkata, Perkasa London dan Eropah juga melantik ahli perniagaan Malaysia di sana, Kamal A Mohamad sebagai Yang di-Pertuanya.
Pertubuhan yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang hak masyarakat Melayu dan pribumi itu juga berkata, penubuhan cawangan mereka di luar negara adalah bertujuan untuk  menyediakan benteng pertahanan daripada fahaman pluralisme dan liberalisme yang bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia.
Ibrahim dalam ucapannya turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir penduduk pribumi dalam saf kepimpinan negara dan parti politik alternatif yang bersikap liberal kerana ia membahayakan survival pribumi selaku bangsa teras yang merupakan kunci kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia.
"Perkasa juga kecewa kerana kini wujud segelintir pribumi liberal yang seolah-olah bertindak ke arah meluntur dan menghakis status bangsa teras Malaysia yang berpaksikan kepada pribumi dan Islam.
"Kelompok ini, sama ada berada dalam kepimpinan negara, barisan politik alternatif, atau segelintir tokoh professional dan cendekiawan adalah kelompok yang dijangkiti sindrom 'lupa dan buta sejarah', dan Perkasa menyeru agar mereka insaf dan menghayati sejarah pribumi di Malaysia," kata Ibrahim.
Kewujudan kumpulan sedemikian katanya, akan menyaksikan bangsa pribumi itu terus diinjak-injak komuniti bukan pribumi yang mahu menghakis status bangsa teras tersebut.
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hasan Syed Ali sebelum ini berkata penubuhan cawangan Perkasa luar negara adalah atas permintaan rakyat Malaysia yang berada di sana ekoran keengganan mereka untuk menyertai cawangan parti politik tanah air di luar negara.
Kelab Penyokong Umno Luar Negara mempunyai 72 cawangan di 18 negara dengan keahlian lebih 14,000 orang di seluruh dunia.
Beliau turut berkata, Perkasa juga akan membuka kelab di Mesir, Jordan, Indonesia, dan juga Australia pada masa akan datang.
Ibrahim dalam ucapannya turut membangkitkan tindakan segelintir kumpulan penduduk bukan pribumi yang cuba menghakis status dan hak pribumi, sedangkan ia sudah termaktub dan dijamin dalam Perlembagaan.
"Perkasa amat kecewa apabila kini wujud sekelompok rakyat bukan pribumi yang bersikap rasis dan cauvinis sehinga tergamak untuk mempertikai dan mempolitikkan pelbagai peruntukan mengenai pribumi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Tindakan seperti ini tidak menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan negara, dan boleh mencetuskan permusuhan antara rakyat pribumi dan bukan pribumi," katanya, dan menambah, tindakan sedemikian jelas tidak menghormati perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara.
Kumpulan-kumpulan itu, kata Ibrahim, seharusnya sedar kepentingan pribumi sebagai bangsa teras di negara ini, dan dengan mengancam kedudukan kumpulan penduduk pribumi, ia bakal memberikan kesan negatif berantai yang turut memberikan impak negatif kepada penduduk bukan pribumi.
"Jika hakikat bangsa teras terancam, seluruh bukan pribumi juga terancam... jika hakikat bangsa teras ini dinodai atau dikhianati, seluruh pribumi dan bukan pribumi Malaysia juga bakal menanggung padahnya," katanya lagi.
Turut hadir ketika majlis perasmian Perkasa UK dan London adalah blogger Raja Petra Kamaruddin, Presiden Kelab MIC UK R Depan, dan juga Presiden Kelab MCA UK Zeon Cheong Sze Keat.
Syed Hasan bagaimanapun berkata, Raja Petra tidak mendaftar sebagai ahli Perkasa, sebaliknya hanya hadir apabila menerima berita berkenaan perasmian kelab Perkasa tersebut.
Ibrahim dijangka pulang ke tanah air dalam minggu ini. – 2 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/di-london-perkasa-bersumpah-pertahan-hak-melayu-dan-bumiputera-selagi-ada-b?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.lrcN9sEV.dpuf

Gadis-gadis hot ... sekolah lagi tu

$
0
0
Oleh Gaddafi Musli
Kuala Lumpur: Susulan penyebaran video seorang pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar lain yang menimbulkan kemarahan masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada April lalu di sebuah sekolah di Kota Samarahan, Sarawak.
“Klip video itu tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.
Dalam rakaman yang menjadi 'viral' di laman sosial itu, seorang pelajar perempuan ditendang, ditumbuk dan diheret di atas lantai dengan rambutnya ditarik oleh sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.
Foto
DALAM klip video berkenaan mangsa dibelasah tanpa belas kasihan oleh sekumpulan pelajar lain.

Lelaki tunjuk kemaluan dibelasah hingga mati

$
0
0
Polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20 dan 30 tahun kerana dipercayai membelasah sehingga mati seorang lelaki yang disyaki menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di Seksyen 17, Shah Alam semalam.
    
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa dikatakan berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya kepada wanita berusia 20-an tersebut yang kemudian menjerit meminta tolong.
    
"Polis masih menyiasat kes ini, namun setakat ini tiada motif lain dikenal pasti selain faktor orang awam naik berang terhadap mangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Serdang di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hari ini. 
   
    
"Mangsa dipukul setelah kedua-dua tangannya diikat dan ketika polis sampai di lokasi kejadian, dia sudah tidak sedarkan diri," kata Abdul Samah.

Beliau tidak menolak kemungkinan masih ada lagi individu yang terlibat dalam kes itu.
    
Hasil siasatan, polis mendapati tiada sebarang senjata ditemui di lokasi
kejadian dan kesemua lelaki yang ditahan itu dipercayai penduduk di kawasan itu.
    
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Klang untuk dibedah siasat, katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Model terbaharu proton ....Proton Zaara

$
0
0


Proton bakal melancarkan produk terbarunya yang dikenali sebagai model Proton Zaara. Berita ini cukup mengembirakan pemilik dan peminat kereta Proton. Hari ini penulis ingin berkongsikan gambar gambar kereta Proton terbaru yang cukup menarik dari saudara Rosdi Haji Osman melalui laman sosial miliknya.

Apa yang ingin beliau kongsikan adalah suatu inspirasi dan cetusan idea yang mungkin pihak Proton boleh ambil kira.

Dengan rekaan sebegini pastinya model ini sebuah kereta super mini dengan prestasi yang cukup tinggi.


Dan penghasilan model Proton Zaara ini bakal mungkin membuatkan peminat kenderaan kereta proton akan diminati semula? Cuba anda lihat cantik tak design kereta yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi ini.

Bagaimanapun harga seunit Proton Super Mini ini masih belum didedahkan dan diketahui oleh masyarakat umum. Sudah tentu ramai yang tidak sabar sabar untuk melihat dengan mata sendiri keindahan kereta ini. - Aiskosong





P/S: Kalau betul lah design Proton terbaru tu macam dalam gambar ni.., memang meletop beb... Confirm Proton popular dikalangan generasi muda! -SUMBER

Sistem baru subsidi minyak- Hanya kereta di bawah 2000cc dan pendapatan RM5000 ke bawah

$
0
0


RAFIZI RAMLI | .

Laporan-laporan berita yang mengesahkan bahawa Barisan Nasional sedang memuktamadkan satu sistem subsidi baru petrol dan diesel sudah tentu menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan di kalangan rakyat.

Setakat ini, laporan-laporan berita memberi gambaran bahawa sistem subsidi baru petrol dan diesel itu akan beroperasi seperti berikut:

1.      Subsidi petrol dan diesel hanya akan diberikan kepada golongan tertentu mengikut kadar pendapatan. Setakat ini, laporan menyebut jumlah pendapatan yang dipertimbangkan ialah RM5,000 ke bawah (bermakna bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah, mereka masih boleh membeli petrol dan diesel pada harga subsidi);


2.      Bagi mereka yang berpendapatan di antara RM5,000 hingga RM10,000, pengguna hanya diberikan kuota bulanan tertentu untuk membeli petrol dan diesel bersubsidi. Sekiranya jumlah penggunaan melebihi kuota bulanan, pengguna perlu membayar harga pasaran;

3.      Bagi mereka yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan, pengguna perlu membeli pada harga pasaran.

Saya kerap kali memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya sebarang keputusan yang melibatkan kebajikan rakyat perlulah dibincangkan dan mengambil pandangan umum supaya keputusan itu tidak membelakangkan hasrat rakyat.

Rombakan sistem subsidi petrol dan diesel adalah satu keputusan besar yang akan mempunyai kesan mendalam kepada rakyat. Dalam keadaan harga barang terus meningkat dan tangga gaji masih belum berjaya dilonjakkan, sebarang perubahan yang drastik terhadap harga petrol dan diesel sudah tentu akan mempunyai kesan berganda kepada harga barang.

Oleh sebab itu, Barisan Nasional wajar membentangkan cadangan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel ini ke Parlimen terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Rakyat perlu diberikan masa yang secukupnya, sekurang-kurangnya satu tahun untuk memberi pandangan sebelum sistem baru subsidi petrol dan diesel ini berkuatkuasa, mengambil kira kesusahan yang telah pun dialami rakyat akibat kenaikan harga petrol, elektrik, gula dan barang-barang keperluan lain.

Berdasarkan maklumat yang dilaporkan setakat ini, saya khuatir sistem subsidi baru petrol dan diesel ini akan mewujudkan pasaran gelap yang menjual petrol dan diesel seperti berikut:

1.      Kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi boleh membeli secara kerap dan menyimpan petrol dan diesel ini;

2.      Mereka kemudian menjual kepada ejen pasaran gelap yang membeli petrol dan diesel ini pada harga yang lebih tinggi;

3.      Ejen pasaran gelap kemudian menjual petrol dan diesel ini pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran kepada syarikat, pengusaha atau pun orang persendirian yang mahu mendapatkan harga petrol dan diesel pada harga yang lebih rendah.

Misalnya, jika harga subsidi satu liter petrol adalah RM2.10 dan harga pasaran adalah RM2.80 satu liter, pasaran gelap berikut boleh berlaku:

1.      Kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi menjualnya pada harga RM2.30 satu liter kepada ejen pasaran gelap;

2.      Ejen pasaran gelap menjualnya pada harga RM2.50 satu liter kepada syarikat, pengusaha dan orang persendirian yang membeli dari pasaran gelap.

Jelas bahawa sistem subsidi baru yang dilaporkan mempunyai risiko ketirisan subsidi yang tersendiri, seperti mana sistem sekarang yang sering dipersalahkan oleh Barisan Nasional sebagai punca berlakunya penyeludupan.

Saya khuatir sekiranya sistem baru subsidi ini tidak diperhalusi dan dibincangkan secara terbuka, apabila dilaksanakan kelak ia mewujudkan pasaran gelap petrol dan diesel yang menimbulkan masalah baru yang lebih besar dari masalah penyeludupan sedia ada kerana ia melibatkan lebih ramai orang dan rakyat biasa.

Ini sudah tentu tidak berbaloi apabila dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi oleh rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel serta kesan kenaikan berganda kepada harga barang, sedangkan ketirisan subsidi petrol dan diesel yang dijadikan alasan untuk menukar sistem makin berleluasa.

Oleh yang demikian, saya menggesa supaya Barisan Nasional membentangkan secepat mungkin segala butiran sistem baru subsidi petrol dan diesel ini serta dibahaskan di Parlimen dalam sidang yang bermula minggu depan, sebelum sebarang keputusan diambil.

Saya akan terus mengeluarkan kenyataan media dan menyemak keputusan Barisan Nasional mengenai rombakan sistem subsidi petrol dan diesel ini bermula hari ini.

*Penulis adalah Ahli Parlimen Pandan

Akademi Fantasia AF 2014 kembali dengan format asal

$
0
0
Pengurus saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad (dua dari kanan) bersama barisan para uri untuk sesi ujibakat AF 2014.Pengurus saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad (dua dari kanan) bersama barisan para uri untuk sesi ujibakat AF 2014.
Musim terbaharu tapi format lama. Ya, program realiti Akademi Fantasia ((AF2014) kembali dengan pengisian serba mantap dengan membawa masuk semula format asal program AF sewaktu mula diterbitkan pada tahun 2003 dan akan diperkenalkan semula dengan nafas yang lebih segar bersesuaian dengan arus peredaran zaman.
Pendek kata, AF tahun ini kembali dengan peraturan lama, seperti pelajar-pelajar kembali dikuarantin di sebuah banglo misteri dan terdapat kamera tersembunyi yang merakam segala aktiviti mereka. Pada konsert mingguan pula tentunya ada kejutan, 'drama air mata' dan sebagainya.
Menurut Pengurus saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad, kemasukan semula format asal tersebut adalah berdasar kajian yang dibuat berdasarkan penerbitan AF musim-musim yang lepas.

"Selepas membuat kajian yang begitu teliti, pihak kami dapati ramai kalangan para penonton mahukan AF dengan format lama. Keputusan juga menunjukkan penonton cukup sebati dengan elemen mainan emosi, drama dan air mata yang cuma dapat mereka rasai dalam AF.
"AF juga sentiasa penuh dengan kejutan! Kejutan demi kejutan terbukti telah menjadi antara rencah utama resepi kejayaan AF sepanjang lebih sedekad penerbitan program ini", katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman program tersebut bertempat di hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, semalam.
Pada tahun ini pihak produksi akan mengunjungi empat buat lokasi seluruh Malaysia untuk sesi ujibakat iaitu di Johor (13 & 14 Jun), Pulau Pinang (14 & 15 Jun), Sabah (21 & 22 Jun) dan Selangor (21 & 22 Jun). Astro juga menjalankan ujibakat secara online yang mana calon bolehh memilih untuk memuat naik klip video nyanyian mmereka secara kreatif menerusi aplikasi AF Mobile ataupun hantar terus ke laman sesawang rasmi di www.akademifantasia.com.my
Selain itu AF 2014 juga bakal membawa masuk khidmat beberapa nama besar yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka yang amat luas dalam industri seni tanah air sebagai juri yang dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang ditetapkan untuk sesi ujibakat di setiap lokasi yang terpilih.
Barisan juri tersebut ialah Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi, Cikgu Siti Hajar, Hashridz Murshim (Acis), Fatimah Abu Bakar serta Fauziah Nawi.
Program AF 2014 dijadualkan untuk bersiaran di Astro Ria menerusi saluran 104 bermula Ogos ini.
-mD

Najib saman Malaysiakini

$
0
0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan writ saman terhadap Malaysiakini berhubung komen pembaca yang disiarkan oleh portal berita itu.

Writ dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada portal berita itu di pejabatnya di Bangsar hari ini.

Ia menamakan penerbitMalaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd; Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar.

Penyaman bersama adalah Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Jun.

Pengalaman Saya Dan Tunku Aziz Tak Sama - Dyana Sofya

$
0
0


Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 1:15 PM

Dyana Sofya.

PETALING JAYA: Calon DAP yang kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyifatkan pengalaman beliau dan bekas naib presiden parti, Tunku Abdul Aziz Ibrahim adalah berbeza.
Berikutan itu, Dyana menganggap ramalan Tunku Abdul Aziz bahawa beliau akan meninggalkan parti itu tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi kerana beliau bermula sebagai ahli biasa ketika menyertai DAP.


Beliau juga menganggap DAP sebagai keluarga, bukan parti politik kerana kepemimpinannya menganggap tidak mustahil menjadi rakyat Malaysia sebenar tanpa dibelenggu sifat hikporit.

"Kita mungkin mempunyai perbezaan, tetapi tidak bermakna seseorang perlu meninggalkan keluarganya setiap kali berlakunya perbezaan pandangan.

"Saya mempunyai lebih banyak alasan yang boleh 'disabitkan' untuk keluar dari parti berikutan kegagalan dipilih atau dilantik sebagai wakil rakyat.

"Mungkin sekiranya Tunku Aziz menghabiskan lebih banyak masa bersama kami di peringkat akar umbi, beliau turut bersetuju dengan saya," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Dyana berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tunku Aziz yang meramalkan beliau akan meninggalkan parti tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri ketika bersama DAP.

Peguam berusia 27 tahun itu berkata, pembabitannya dalam parti politik pembangkang itu juga tanpa didorong hasrat untuk dilantik dalam mana-mana jawatan.

"Saya percaya perjuangan DAP ada risiko dan kesannya walaupun prinsipnya untuk memperjuangan semua rakyat adalah tepat," katanya.

Bagaimanapun katanya, diharapkan tiada pihak menyalahanggap tentang dirinya kerana beliau berbangga menjadi orang Melayu.

"Saya berbangga dengan keturunan dan warisan saya. Bagaimanapun, saya tidak percaya dalam menyalahgunakannya dengan mempersendakan rakyat Malaysia yang lain," katanya.

Selain itu, beliau mendakwa slogan '1Malaysia' yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) sepatutnya mengalakkan semangat rakyat Malaysia bukan menjurus kepada kepentingan politik. 

UMNO beri surat tunjuk sebab pada Yummy

$
0
0

KUALA LUMPUR: UMNO memberi tempoh 14 hari kepada Yammy Samat, ibu kepada calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud untuk menjawab surat tunjuk sebab yang sudah dihantar pagi tadi berikutan pembabitan Yammy membantu kempen anaknya sepanjang tempoh pilihanraya berkenaan. 


Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, surat berkenaan sudah pun dihantar dan sebarang keputusan mengenai status keahlian Yammy dalam parti hanya akan ditentukan jawatankuasa tertinggi parti itu selepas tempoh terbabit.

Perkasa: Masyarakat antarabangsa ketawakan kita tangani isu Cadbury

$
0
0

June 3, 2014
Perkasa kesal dengan cara pihak berwajib tangani isu pengesanan DNA babi dalam produk coklat.
ibrahim ali perkasa deepavaliPETALING JAYA: Kumpulan pendesak hak Melayu, Perkasa, mengkritik cara pihak berwajib menangani isu penemuan DNA babi dalam produk coklat Cadbury baru-baru ini.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan siapa yang memulakan insiden ini yang menimbulkan keraguan di hati pengguna terhadap produk coklat terkenal tersebut.
“Isu mengenai kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kata tak ada DNA babi dalam produk coklat Cadbury. Sebelum ini siapa punya angkara. Kementerian Kesihatan atau Jakim yang mengatakan Cadbury ada DNA babi?” soal Ibrahim melalui kenyataannya.
Menurut Ibrahim, kekeliruan yang timbul melalui isu ini menunjukkan kelemahan prosedur operasi standard (SOP) di antara Jakim dan Kementerian Kesihatan.
“Ianya amat memalukan. Bukti tidak teliti degan halusi. Tidak ada SOP yang profesional antara Jakim dan Kementerian Kesihatan.
“Kesilapan ini tidak boleh dimaafkan. Ianya melibatkan kerugian perniagaan yang tidak sedikit dan menjejaskan reputasi Cadbury. Siapa yang silap dan kecuaian mesti diambil tindakan,” tegasnya lagi.
Dakwa Ibrahim, perkara ini menyebabkan Malaysia diketawakan oleh masyarakat antarabangsa lantaran kelemahan dalam menangani isu remeh ini.
“Ada yang saya jumpa di London komen negara awak ni kelakar, tak profesional langsung. Malaysia ada menara berkembar tertinggi tapi macam mana boleh ada dakwaan ada DNA babi dalam coklat Cadbury, heboh dan riuh rendah kemudian tak ada pula,” katanya.
“Tak tahulah nak cakap apa lagi,”
Ibrahim ternyata kecewa dengan perkara tersebut dan mengakhiri kenyataannya dengan berkata “Tak tahulah nak cakap apa lagi,”.
Pada 24 Mei lepas, Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan ‘porcine’ atau DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 Nov 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Jan 2015.
Namun, Jakim semalam mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan oleh makmal Jabatan Kimia, tidak mengandungi DNA babi.
Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu mungkin tercemar kerana tidak diambil terus dari kilang.
“Keputusan itu masih positif, tetapi kemungkinan sampel berkenaan diambil dari tempat yang tercemar tidak boleh diketepikan, dan kami tidak meragui ujian makmal itu tetapi sampel itu tidak diambil dari kilang,” Noor Hisham dipetik sebagai berkata oleh Bernama.
Jakim hari ini juga menyatakan kesediaan untuk memakan coklat Cadbury bagi membuktikan kandungannya tidak memiliki DNA babi seperti yang didakwa sebelum ini.
Viewing all 2146 articles
Browse latest View live