Quantcast
Channel: Mimpi Senja
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2146

Pilihanraya PBT... Mustapha Ali dakwa Guan Eng 'mulut celupar'

$
0
0
Siapa bohong... itu tanda tanya dalam episod baru perbalahan antara PAS atau DAP dalam isu pilihanraya kerajaan tempatan (PBT) selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali lepas semua cerita dalam satu sidang media khas di ibu pejabat PAS pagi Rabu.
Menurut beliau, cerita Guan Eng bahawa beliau tidak jujur dalam isu tersebut adalah satu pembohongan.
"Lim Guan Eng bukan sahaja cakap tidak tepat tapi tidak betul. Dia ni celupar mulut..." kata Mustapha Ali.
Serentak dengan itu beliau mencabar Guan Eng berdebat secara terbuka selepas Ketua Menteri pulau Pinang itu bercakap separuh benar berkaitan isu tersebut.
"Saya akui memang Lim menelefon saya berkait dengan pilihan raya PBT tetapi selepas enakmen itu diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang," kata Mustapha.
Katanya, beliau dimaklumkan mengenai enakmen tersebut apabila ADUN PAS Pinang Tunggal Salleh Man menghubunginya untuk memberitahu dewan akan bentangkan usul tersebut dan tanpa apakah perkara tersebut sudah dibincangkan diperingkat tertinggi parti.
"Saya nasihatkan beliau (Salleh Man) jangan bercakap dan jangan undi," katanya.
Jelas Mustapha, Guan Eng ada menghubunginya selepas anekmen tersebut diluluskan oleh DUN Pulau Pinang.
"Dia telefon saya, jika ada media yang meminta komen mengenainya, tolong komen yang positiflah.”
Berikutan itu kata Mustapha, tuduhan Lim yang mendakwa dirinya tidak jujur ketika membuat kenyataan mengenai pilihan raya PBT tidak benar sama sekali dan ia hanya membayangkan keceluparan Lim.
"Saya mencadangkan adakan debat terbuka antara saya dengan Lim supaya masing-masing dapat menjelaskan perspektif sebenar mengenainya.
“Supaya orang ramai boleh menilai siapa bercakap benar dan siapa bercakap bohong," katanya.
Mustapha menjawab tuduhan Lim yang mendakwa dirinya tidak bercakap jujur dalam isu pilihan raya PBT selepas Guan Eng mendakwa Mustapha dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah dihubungi dan tidak membantahnya.
Mustafa berkata menurut Lim, enakmen itu dibuat selepas mendapat tekanan dari NGO yang meminta ia dilakukan kerana ada dalam manifesto DAP.
Beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan komen terlebih dahulu mengenai isu tersebut sebelum apa-apa komen diberikan kepada pihak media.
Katanya, Lim sendiri pernah dimaklumkan SPR tidak akan bersetuju dengan cadangan mengadakan pilihan raya PBT di Pulau Pinang.
"Lepas itu, saya berdiam diri kerana saya jangka SPR tidak akan bersetuju dengannya. Bagi saya tidak perlu kita membuat heboh yang menjadikan suasana tidak harmoni dalam Pakatan Rakyat," katanya.-28/1/2015 OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2146