WELLINGTON: Bekas atase tentera Malaysia di sini, Muhammad Rizalman Ismail, 38, mengaku tidak bersalah di atas tuduhan cuba melakukan pencabulan di mahkamah daerah Wellington pagi ini dan memohon agar dibicarakan oleh juri.
Rizalman diekstradisi ke New Zealand bulan lalu selepas meninggalkan negara berkenaan mengikut kekebalan diplomatik selepas dihadapkan ke mahkamah Mei lalu.
Dalam perbicaraan hari ini, dia menafikan tuduhan memecah masuk ke sebuah rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk mencabul kehormatan.
Ketika dihadapkan di mahkamah sebelum ini, Muhammad Rizalman dibebaskan dengan jaminan di sebuah tempat yang tidak dinyatakan tetapi dikehendaki menyerahkan pasport dan diletakkan di bawah perintah berkurung pada waktu malam.
Dia dituduh mengekori dan melakukan cubaan untuk mencabul kehormatan seorang wanita, Tania Billingsley, 21, di rumahnya di Wellington pada 9 Mei lalu berdekatan dengan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand- AFP/BH