Kesemua exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini akan tetap datang kerja esok selepas merasakan pemecatan mereka tidak sah.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim berkata surat tersebut bukan rasmi kerana menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar dan tidak disertakan arahan dari Istana.
Beliau juga mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim belum lagi menghadap Sultan untuk mendapat perkenan baginda mengenai pemecatan itu.
"Mengikut Artikel 53 (7) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri pelantikan Exco dibuat Sultan Selangor atas nasihat menteri besar oleh itu hanya Sultan Selangor sahaja berkuasa tamatkan khidmat ahli Exco.
"Hari ini menurut surat menyatakan sultan Selangor telah 'bersetuju' tamatkan perkhidmatan kami.
"Beliau (Khalid) guna perkataan bersetuju, bukan perkataan 'diperkenankan'," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR tadi.
Khalid hari ini menghantar surat pemecatan kepada lima Exconya, tiga dari DAP dan dua dari PKR kerana mendakwa kesemua tidak bekerjasama dengan partinya.
Seorang lagi Exco - Rodziah Ismail masih belum mendapat surat kerana masih berada di luar negara.
Semalam Khalid berkata beliau akan menemui semua Exco untuk mengetahui kesanggupan mereka untuk bekerjasama dengan "pasukan menteri besar."
Bagaimanapun keenam Exco PKR dan DAP membuat kenyataan hari ini untuk mengekalkan jawatan mereka tetapi tidan mahu menemui Khalid kecuali dalam mesyuarat mingguan Exco.
Menurut Teng bagaimanapun beliau tidak akan menghadiri mesyuarat Exco esok kerana dimaklumkan demikian oleh Khalid.
"Kami diminta tidak menghadiri mesyuarat Exco.
"Kami akan tetap datang dan membuat kerja di pejabat kami," kata beliau.
Sementara itu Elizabeth Wong dan V. Ganabatirau yang turut bersama dalam sidang media mendakwa terkejut tidak diberitahu langsung oleh Khalid untuk menemuinya sepanjang hari ini.
"Tiada notis, tiada panggilan telefon atau SMS memaklumkan (untuk bertemu kami," kata Wong.