KUANTAN - Siti Fairrah Asyikin, 30 yang dirakamkan membuli seorang warga emas di kawasan tempat letak kereta pusat transformasi bandar Isnin lalu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh sebentar tadi.
Wanita tersebut yang lebih dikenali dengan gelaran Kiki hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada pukul 4.00 petang bersama ibu, ayah dan keluarganya sebelum ditahan.
Abdul Aziz enggan mengulas lanjut tempoh penahanan wanita tersebut sambil menjelaskan bahawa ia bergantung kepada perkembangan siasatan. -