PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Bukit Besi, Terengganu kira-kira pukul 3.16 pagi Isnin.
Allahyarham maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang.
Difahamkan pembantunya, Hasmizi Hasan yang turut berada di dalam kenderaan yang dinaiki Abu Bakar tercedera.
Maklumat awal mendapati kereta jenis Toyota Camry yang dinaiki mangsa melanggar sebuah van yang dinaiki enam pemumpang.